|
Luahan & Gelodak di Jiwa
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. "Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
last modified Jun 15, 2007 at 22:01
uwaa.. uwaa.. tak suke.. tak suka.. pagi ni baru tau kena main futsal, uwaaa.. tak tahannn.. mampos tak layan.. baby c'dahhh.. i'm dead man!!hu hu hu.. hu hu hu.. posisi.. har ha ha DIRAHSIAKAN..
sat gi kena jaga otel utk check in bilik.. so, tak keje la saye ni.. har har har.. har har har.. har har har.. tapi keje ni banyak gilos ni.. betimbun.. (nak sedapkan hati je ni.. adoi.. adoi.. uhuks.. benci lah..)
opsss lupe nak cakap.. partition ofis dah pasang.. nampak semacam je.. tah haaa..

Kenapa fitrah manusia menghargai sesuatu apabila kehilangannya, Kenapa nikmat usia disia2kan Bila tahu umur singkat, jiwa menggelabah mencari memenuhi sesuatu yg tiba2 menjadi kosong Pedih kerana segala impian dan cita2 duniawi seakan2 ‘menghilang’ Pilu memikul beban harapan dua org tua tersayang Tapi takdir dan kudrat Tuhan menentukan segalanya Apalah daya manusia sekerdilku Yg hidupnya,matinya, amal ibadatnya, rezkinya dari dan utk Yg Maha Esa
Namun kalimah Alhamdullilah masih dilisankan Kerana masih diberi Taufiq dan Hidayah Harapnya masih terbuka pintu taubah Harapnya masih berpeluang menambahkan ilmu dan iman yg senipis kulit bawang Harapnya hati masih disimbah cinta Tuhan yg hakiki Harapnya perjuangan diselarikan dengan perjuangan menegakkan kalimah Tuhan Harapnya kudrat tersisa disalurkan kpd yg memerlukan
Ada tangisan disebalik senyuman Salah satu illusi dunia
Seolah tersentak dari lena yg panjang Nikmat dunia yg dikejar seakan2 hilang tarikkannya Air mata tumpah di tikar sembahyang Malam diulit tahajud keinsafan dan taubat Takut berbaur berharap simpati Tuhan Mengenang baki2 dosa sesama manusia Harapnya dosa lebur di tapak tangan kemaafan
Seandainya ketetapanMu ini dilaksanakan Harapnya cukup bekalanku Bagi membela diri yg hina
Sekalung bunga penghargaan kepada sahabat2 Yg memberi kunci Kepada pintu2 kebenaran Yg memberi sokongan rohaniah Hanya Yg Maha Esa mampu membalas
Tiada tuhan melainkan Allah Dan Muhammad itu pesuruhNya Harapnya syahadah suci terakhir yg ku ucapkan








Tuhanku, ketika hati sedang menangis hanya Engkau saja yang tahu betapa merananya diriku tak mungkin yang lain tahu...
Tuhanku, ketika mereka meninggalkan aku sendiri terkapai-kapai ketika dunia tiada simpati kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih ketenangan kurasa mendekatiMu syahdu malam tak terasa sunyi...
Tuhanku, ketika aku dalam kepayahan keseorangan dihimpit beban derita Kau beri aku kesabaran pengalaman mengajar erti kematangan lantas kau membuka pintu hatiku untuk memberi kemaafan pada mereka yan pernah melukakanku.. pada mereka yang terus melukakanku... dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan..
Tuhanku, ketika aku buntu keliru dengan masa depanku kau berikan aku kekuatan Kau tunjukkan aku jalan peluang kedua yang sungguh bermakna sebagai penyuluh hidupku menebus usia yang sia-sia mengganti semalam yang pergi memperbaiki kelemahan diri mempelajari pengajaran dari kesilapan menimbus kekecewaan dan dendam
Moga tiada lagi aku bercita-cita lemas di laut atau terlanjur menelan berlebihan pil sungguh pelik bunyinya tetapi benar hanya kau saja yang mengerti hatiku terseksa sekian lama kini akhirnya bangkit semula melupakan episod terakhir dan menyambut lembaran baru...
Tuhanku Yang Maha Pengasih rahmatMu tak terkira syukurku melangit pun tak tercapai sungguh aku rasa berdosa kerana dulu sering terlalai semoga penyesalanku kau terima...
Cinta luar biasa.. Cinta seorang Kekasih kpd umatnya.. Hingga pd hembusan nafasnya yg terakhir.. Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti.. Ummati.. ummati.. ummati..
Cinta luar biasa.. Kisah cinta Handzalah.. Meninggalkan isteri di malam pernikahan.. Lantaran menyahut seruan jihad.. Akhirnya syahid di medan perjuangan..
Cinta luar biasa.. Seteguh kasih Khadijah.. Tak pernah jemu memberikan sokongan.. Rela mengorbankan segala kemewahan.. Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..
Cinta luar biasa.. Kisah kesetiaan Abu Bakar.. Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan.. Insan yg sentiasa membenarkan.. Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..
Cinta luar biasa.. Kisah ketabahan Hajar.. Ditinggalkan di tanah yg gersang bersama Ismail.. Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air.. Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..
Cinta luar biasa.. Umpama keberanian Ali.. Di malam penghijrahan Nabi.. Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya.. Walaupun jiwa menjadi taruhan..
Cinta luar biasa.. Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah.. Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah.. Iman di dada tak sedikit pun goyah.. Kerana keyakinan yg teguh atas segala janjiNya..
Kisah cinta luar biasa.. Insan pilihan yg berada di atas jalanNya.. Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa.. Redha dan sabar menempuh segala ujian.. Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..
Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??


subhanallah... disamping gembira, ada insan lain di dunia dirundung duka.. humm.. kekuasan ALLAH SWT.. pasti ada hikmahnya.. kita patut bersyukur dilahirkan dan dilindungi Allah swt di M'sia...
nanti aku sambung lagi...nak solat sat....tuhan dah beri rahmat....x sepatutnya aku leka...tapi ntahlah kita manusia nie kan ....lemah sangat...bukan x sedar rahmat tuhan ...tp leka...sahutan syaitan tu kuat sangat agaknya.. nanti kalu sempat aku sambung lagi...sbb sat g nak compile inventory yg dah siap di print.. perggg sket lagi nak setinggi meja nie..

**Behind These Hazel Eyes** Swallow me, then spit me out For hating you, I blame myself Seeing you, it kills me now No, I don’t cry on the outside anymore Anymore
Here I am, once again I’m torn into pieces, can't deny it, can't pretend Just thought you were the one Broken up, deep inside But you won't get to see the tears I cry Behind these hazel eyes...
-eedaa-
wah.. bulan september ni giliran buffday puteh, amir & kak bi.. hu hu hu.. nuthing much tooo sayy.. hu hu hu.. bored.. no idea.. here goes some pic.. the picture was taken by kak aznee..








Hari tu kita gaduh. Saya main-main. Awk ingat betul-betul Tak tau nk buat mcmana lg Lantak awk lah
Semlm kita berselisih.. Saya buat dunno Awak pandang saya Saya buat dunno jugak Degilnyer saya..
Saya nmpk awak Saya nk panggil Tapi awak x toleh Sebab saya panggil awak dalam hati Bodohnya saya..
Awak tegur saya Saya buat dunno Tapi awak xtahu happynya saya Saya dengar awak cerita Awak kata dah jatuh cinta Sedihnyer saya
Awak keluar tgk wayang Saya pun Awak keluar dengan dia Saya tengok aje
Awak call saya Mengacau betul. Tgh tido lah Saya layankan aje Awak ckp awak dah putus Saya senyum sampai ke telinga Tapi awak tak nampak
Saya cakap..
Kesiannya awak..
Hipokritnya saya
Hari ni hari jadi saya Tapi awak luper Saya sedih. Tapi takpe.awak bukannya sesiapa
Awak mintak maaf Saya senyum aje Saya kata tak kisah Awak belanja tgk national treasure Isk tak romantik nyer
Tapi best per
Saya dapat bunga Cantik suker sgt Tapi tak tahu sape pengirimnya Awak nampak Awak terus balik
Saya panggil awak Tapi awak tak toleh Saya Cuma nak bgtahu
Awak.!!!!!LORI!!!!!!!!!
Saya kejar awak Awak terus jalan Saya tolak awak. Awak jatuh.
Saya nampak lori Betul-betul depan saya Kalau ia sempat Saya nak bagitahu.
Awak..SAYA SAYANG AWAK
HONKHONK
P/S : ITS BETTER TO LOSE YOUR PRIDE WITH SOMEONE YOU LOVE RATHER THAN LOSE SOMEONE THAT YOU LOVE WITH YOUR USELESS PRIDE LIFE IS SHORT JUST TELL THEM THAT. THEY'RE MEANT SOMETHING TO YOU....
Semalam mengungkitkan sejuta ingatan, Semalam mengimbau kembali kenangan, Pahit.. Manis.. Suka.. Duka.. Kecewa.. Bahagia.. Semuanya berbaur.. Hari-hari yang mendatang, Tidak akan memberikan sebarang makna... Jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
Kini aku pasrah menyerah segalanya pada Yang Maha Esa.. Setelah puas aku berusaha.. Setelah puas aku mencuba untuk kesekian kalinya.. Aku tak mampu untuk meneruskan perjalanan hidup ini.. Biarlah aku membawa diri.. Membawa diri mengikut jalan hidup ku sendiri.. Menentukan arah tuju ku ini Tanpa perlu aku berselindung lagi.. Tanpa perlu aku berpura-pura.. Bahawa aku bahagia Bahawa aku ceria Di dalam derita sengsara.... Pedihnya ku tanggung sendiri.. Seksanya ku rawati hati ini.. Tiada siapa yang tahu... Ku menangis di malam hari.. Bertemankan bintang-bintang bergemerlapan.. Berkasihkan sang rembulan...
Ahhhhh..... Kerana hidup ini tidak dapat memberi kegembiraan Sampai diri kita sendiri menghendakinya... Hidup ini hanya menyediakan waktu dan tempat, Terserah pada kita untuk mengisinya..
"Ya Allah, jangan Engkau memberikan kepadaku dari kenikmatan dunia yang terlalu banyak agar aku tidak melampaui batas larangan-Mu. Jangan pula terlalu sedikit sehingga aku lupa kepada-Mu. Sesungguhnya yang sedikit tapi mencukupi,lebih baik bagiku daripada yang banyak tetapi melalaikan"
September 14, 2005 11.00 am
My love is my sweet misery.... by Hanna Aziz
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Kelmarin pas keje, seperti yang dijanjikan.. pi Kampar amik Grace & nak jumpa Suzy.. penat gilak tapi sebab dah berjanji.. pi la jugak.. cuma lambat je.. (ingat dekat, jauhnyeeee....)pas amik Grace, pi jumpa Suzy.. then we're off to SPCA saje je nak carik mimi (anak kesayangan).. kot2 ada org hanta sana.. tapi malangnye mimi mmg takder.. me feel so.. so.. sad..
************************************************
Sebenarnya SPCA tu dekat je ngan area umah aku, tapi tak tau jalan nak pi sana.. almaklumlah baru baper bulan pindah sini.. So, minta Suzy tunjukkan jalan.. Grace pulak nak ikut.. so jadik lah plan tu utk ari Sabtu tu.. jumpe kawan baru.. dari Kitten Forum.. ihiks.. at first aku ingan perjalanan ke rumah Grace yakni kat kampar.. dekat.. tapi.. jauh nak mamposs!! hahaha.. penin.. aku bitau Suzy.. suh tunggu sebab aku lambat.. pehtu Suzy gelakkan aku.. cehh!!
Pas amik Grace.. pi amik Suzy plak.. pehtu baru la kami pi SPCA, syiok.. sebab cam masuk jalan kampung je.. rasa cam jauh sebab jalan berlopak2.. esk esk esk.. sakit blakang.. Dapat rasa pengalaman baru.. bila sampai SPCA je, Suzy tanye.. kalau dia takde.. dapat carik tak tempat tu tak.. har har har.. aku gelak, then aku jawab.. "NO" hu hu hu.. mmg ha, dah dekat bawah tokong cina tu, tersuruk gile.. mmg takkan jumpe kalau aku mai sorang2.. masa nak masuk tu takut gak sebab dikelilingi kandang anjing2 yg besar2, masuk gate je depa dah nyalak.. ee.. ee.. bila anjing2 tuh nyalak, bergema kawasan tu.. perghhh!!serammm..
Sedih je tengok kucin2 kat sana.. rasa nak jadik voluntere kat situ, nak jaga kucing2 tu.. kalau laa ada kandang besaq camtu.. alahai.. bestnye.. hu hu hu.. dah berapa kali ronda.. mmg sah MIMI takde.. pehtu.. Grace berkenan ngan seko kucin ni.. pehtu tanye la org yg jaga SPCA tu.. dia suh mai arik Ahad deal ngan Miss Doreen.. sebab dia cuma jaga je.... hu hu hu masa tengah sembang2 tu.. tetiba ada anak anjing yg comei2 (tuan jaga tu punye gaknye..)dia mai ikut aku.. ee.. ee.. sib baik puppy lagi.. jenuh lah aku nyuruk2 kat blakang Grace.. larik blakang Grace.. dia ikut.. ikut.. comel.. nak pegang, malas nak samak lak.. ihiks!! dia asyik ikut je aku.. uwaa.. uwaa.. sib baik Grace menyelamatkan keadaan.. fiuhhh.. pastu.. Suzy bawak pi minum2 & makan2 roti.. burrRrppp.. kenyang deh.. (Suzy banje..)
ape nak cakap ekH.. 1st time jumpa depa.. Suzy funny gile.. Grace pendiam.. but she's nice2 person..
AHAD... bangun lambat.. subuh pun telajak.. jadik subuh gajah.. apa la nak jadik aku nie.. esk esk esk, hummm.. humm.. ingat nak pi pasar karat tu (Lokkin) yg jual semer barang antik tu, tapi.. malas lah.. dah tu.. kemas rumah.. kasik anak-anak mandi.. hu hu hu.. dahtu rehat tgk tv sambil makan roti..
huarggg.. bored..rasa ngantuk, tapi tahan gak le mata ni.. kalau tak sure telajak lagi.. petangnye aku kuatkan semangat.. jogg ct.. jogg.. come on.. nak gain stamina balik.. kang nak lonjak2 main ping pong tak leh plak.. dahh ha semer bukan calang2 org.. hua hua hua.. hua hua hua.. pas tu, pi sauna kat depan tu.. best.. aku rasa aku benafas tak tesekat dah.. hu hu.. lancar.. lancar.. leganya.. semlm tido awal, bangun pun awal.. pas sahur.. tak tidoo.. sekarang, baru rasa ngantuknyeeeee...
Rasa nak marah kat seseorg.. bengang jee.. eeeeee! saba je lah.. tension tgk org tu.. serabut kepala ni.. ya allahhhh...
Masih ku merasa angkuh Terbangkan anganku jauh Langit kan menangkapku Walau ku terjatuh
Dan bila semua tercipta Hanya untukku merasakan Semua yang tercipta Hampa hidup terasa
Lelah tatapku mencari Mencari hati untukku membagi Menemani langkahku namun tak berarti
Dan bila semua tercipta Tanpa harus ku merasakan Cinta yang tersisa hampa hidup terasa
Bagai bintang di surga Dan seluruh warna Dan kasih yang setia Dan cahaya nyata
Oh bintang disurga Berikan cerita Dan kasih yang setia Dan cahaya nyata
Wahai orang yang bergembira di atas penderitaan orang lain dan selalu memburuk-burukkan masa apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi atau apakah kamu punya perjanjian kuat yang menjaminmu dari hari ke hari. Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu.
Gerhana di Hati
KECAPI dipetik lagu beralun. Iramana pilu sinonim liriknya dengan hatiku nan dilanda kesepian. Gurindam cinta berpantunkan rindu, lenggok bertarikan perasaan di hati ini. Ingin kusentuh untuk dijadikan penglipur lara.
Agar terubat rindu di sebalik sendu. Tiba-tiba bayanganmu seakan menjelma. Lalu hati ini ingin mencapainya, tapi sayang kau tiba-tiba hilang di sebalik gerhana.
Hati ini benar-benar menangis hiba dan kecewa kerana cahaya gemilang tiba-tiba bertukar rupa. Untuk apa seandainya kukutip pecahan cahaya, jika hasilnya bukan lagi seperti kehendak di hati?
Aku tertanya sendiri apakah silapnya diri ini dalam taruhan cinta kita.
Sehingga kau pasrah sebegini, di mana letaknya kemesraan yang dengan susah payah kita jalin bersama. Begitu tega kau berdiam diri seolah bersemayam di tempat yang tertinggi… sedang aku malangut sendirian memikirkannya… alangkah…
Teramat sayang untuk kubuang, namun pahitnya terpaksa kutelan jua. Ingin bertanya dimanakah kejujuranmu. Ke mana menghilangnya keikhlasanmu dan sejauh manakah pula eratnya perhubungan kita. Jawapannya tiada langsung pengertiannya.
Kau seakan tega melihat aku terluka. Begitu patuh kau berdiam diri seolah tiada pernah memikirkan langsung insan yang pernah kau sayangi dan cintai ini…atas alasan apakah aku kau tinggalkan sebegini cara.
Aku hanyalah lilin yang membakar diri untuk menerangi cinta kita…
Di kala gerhana menimpa, aku sanggup menyelimutkanmu dengan kasih sayang walaupun aku sendiri kedinginan.
Nyata kau tidak sedikit pun menghargai pengorbananku selama ini.
Anggapanmu cintaku hanyalah jelmaan ditafsiran mimpimu yang paling indah di kala lena.
Andainya kutahu ini bakal terjadi tidak akan pernah kubuka kan pintu hati ini walau untuk apa rasa sekalipun…cukuplah…terima kasih atas segala penderitaan pengalaman yang kau tinggalkan. Airmata telah kering dipipi. Jika tidak kerana mu aku tidak pernah akan tau bagaimana sakitnya sebuah kelukaan.
Sedarlah aku kini, jika menghias tanduk emas dihati, gading nan bertuah jualah yang indah. Ku pasti bahagia kan hadir nanti, rupanya harapan tinggal pasrah.
14 September 2005 Tanyakan kepada dirimu apakah air mata dapat mengembalikan hal yang telah hilang?
Hasil Nukilan, Mr. Lonely
Janganlah hanya mengukir janji Sedangkan dikau masih mencari Adakah benar kata kata Bukan ungkapan sementara
Kaulah pancaran yang daku rasa Bagaikan obor yang menyinar Jika terpadam tiba tiba Sunyilah insan alam gelita
Jika kau selam hati ini Pastinya engkau kan mengerti Betapa sucinya cintaku Jangan diragu
Jika kau rasa getarnya Debaran kasih cinta yang meronta Nilai kasihku padamu cukup berharga
Bukan simpati yang aku pinta Kebenaranmu memutus kata Agar dapatku abadikan Untuk pedoman peniti cinta
Jika kau selam hati ini Pastinya engkau kan mengerti Betapa sucinya cintaku Jangan diragu
Jika kau rasa getarnya Debaran kasih cinta yang meronta Nilai kasihku padamu Cukup berharga
Bila Aku Terkenangkan Mu Di Malam Hari Tidur Ku Terganggu Sampai Bila Harus Fikir Ku Dibelenggu Sampai Bila Harus Aku Termanggu
Mengapa Terjadi Begini Walau bukannya Keinginan Hati Jiwa Ku Yang Engkau Menguasai Diri Melepaskan saja Dirimu Pergi
Senyuman Mu Di Potret Aku Terlihat Semua Kekesalan Di Hati Ku Menambahkan dosa Yang Ku Rasa... Yang Ku Rasa... Kepadamu
Kekesalan Berlarutan Melepaskan Apa Yang Tersimpan
Sejenak Ku Rasakan Semua Apa Yang Berlaku Ada Hikmahnya Seperti Mengejar Kita Jadi Dewasa Menilai Kita Sepantas Usia
Saat ku merindukan dirimu Jiwa meronta kau ku damba Oh gerhanalah seluruh pancaindera
Ku hilang dalam memori cinta Membakar seluruh jiwa raga Hanya kau untukku Kau tiada dua
( korus 1 ) Bagaikan siang tiada mentari Bagai malam tiada cahaya purnama Tanpamu tiada erti hidup berdua Ke akhir masa kau ku cinta
( korus 2 ) Bagaikan syurga tanpa bidadari Kau ibarat hembusan nafas terakhir Pulanglah sayang usah kau berpaling Di sini ku pasrah menanti
Dikau bak salju ditiup bayu Kan rebah di pangkuan bumi Ku yakini kasih Restu Illahi
( ulang korus1 & korus2 )
Ku doa kau hadir Permaisuri mahligaiku Hidup mati cinta kita bersama
( ulang korus1 & korus2 )"
Malam ini.. Aku termenung sendirian, Mengenang masa silam... Tanpa ku sedari airmata ini menitis lagi, Mengalir tanpa henti.. Bukan ku memaksa, Bukan ku meminta, Namun... Ianya hadir jua.
Bukan bererti aku ini insan yang lemah, Aku punya kekuatan.. Aku punya semangat.. Cuma terkadang ianya lelah di perjalanan. Perjalanan yang penuh ranjau, Onak duri.. Penuh keperitan.. Tiada siapa yang tahu, Tiada siapa yang ambil peduli, Akan kepedihan hati ini, Dipaksa dan terpaksa mengikuti, Segala kehendak... Segala kemahuan... Yang tidak pernah untuk aku ingini.
by Hanna
tis is the story between miss intan & miss erda.. uhuhuhu.. silap, silap.. puan erda (baru kawen da..)perihal citernye.. ehem, gini.. masa nak sambut buffday mr razif ekh.. memula kak intan happy gile.. dia yg tak sesaba nak serbu makanan tu.. hahaha.. pehtu, masa kami dok sebok tgh makan, aku kena jawab phone call.. aku masuk la lam ofis balik.. tengok2 dia nangis.. aku tanya kak intan, dia cakap.. "dia ok.. dia ok.." peliknye..peliknye.. tetiba je ni.. (mushkil) pehtu perkara tu diam cam tu je la.. sampai lah one day ni.. kak aznee tumpang kak intan nak balik Taiping.. pehtu kak intan citer la ngan kak aznee.. dia cakap, arik tu dia nangis sebab.. miss erda ni.. dok cakap sumthing.. ada ka patut cik erda ni cakap opss!! pua erda cakap.. "kak intan gile glamer" ape ke menda nye ayat dia tu.. tetiba je cakap kat org cam tu, tak sedar diri ke.. tak dok use brain ke? dia tu dok balik tepeng kadang2 tumpang kak intan.. doh tu nyusahkan atik org, eee... dengki la tu, asyik dengki je.. susah gak ada penyakit dengki ni.. hu hu hu.. tah le, menurut informasi dari kak aznee, nih kemungkinan sebab akhir2 ni mmg kak intan dapat banyak keje gile.. dah tu nak handle pasal sukan.. n of course la kak intan kena deal with all the boses.. dan dia plak.. dok nganga jak.. isk isk isk.. geramnye aku nie..!! (over plak..) tapi, aku dok gitu je la.. menten.. har har har.. buat tatau.. malas nak layan ngan masuk campur, pagi ni depa (puteh & erda) ajak makan sekali.. eee.. eee.. takot lah dok makan ngan depa.. sebab pasti ada citer ngumpat org tu.. org ni.. tah tah citer pasal aku pun ada.. heee heee.. tuh ha.. jgn baik sgt ngan org.. kang.. hesh.. nauzubillahhh.. opss.. dah dah.. cukup sampai sini..
tak sangka kan, ada jugak orang kat dunia, yang aku kenali macam tu.. ee.. mintak simpang le aku tergolong dalam org cam tuh.. esk esk esk..
dan semalam.. menangis lagik..
"HiDuP Ini pENuh DeNgaN ILLusI HaNYa KEikHLasAN MeNJadi HarTA paLiNG BerHaRGa... TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN, TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa keKaLuTaN..."




hu hu hu.. macam tak pecaya je.. semlm dapat panggilan telepon dari public.. area KL, ingat ADN.. encik areff upernye.. eshh.. buang tebiat la tu.. angkat2 phone je, dia tanya aku kat mana..?? aku cakap le kat umah, dia cakap dia ternampak org cam aku..kebetulan dia lam lift, pintu lift pun tutup.. so tak sempat le nak panggil or sumthing sumthing? wut the heck.. (ihik.. cam ganas je ayat ni..) hu hu.. dah tu aku cakap la.. tak ah, aku kat umah ni.. pehtu aku cakap.. hukeylah.. bye, then letak.. ihiks.. hu hu hu.. nak hape agik le org ni.. esk esk esk..
ADN.. ADN.. uhuks.. :(
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS Bukan kerana merah kilauan lipstik Pada bibir memekar senyuman kosmetik Teta[i pada keperibadian terpelihara Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah Untuk menggoda pandangan nafsu mata Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira Menjadi tunjang perjuangan syuhada Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan Mengalir mutiara di kelopak mata Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga Tetapi sentiasa bersama Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU Bukan kerana kemewahan dimata Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU Bukan terletak pada kebangkitan anak Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA Tidak kerana berjaya meruntuh istana Tetapi jalinan kasih sayang Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK Bukan memberi harta dunia Sehingga generasi lupa Tetapi menjadi pada pendita Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA Bukan kerana menyandang puncak dunia Tetapi bijak menangkis rintangan Peka membela nasib dan maruah negara Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA Bukan kerana jernihnya mutiara Mengalir deras di kelopak mata Tetapi senantiasa mengumpul cahaya Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS Bukan kerana menjadi sebutan Sehingga menjulang keegoaan Tetapi dalam mencari ilmuan Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH Bukan kerana keindahan paras rupa Sehingga menjadi ingauan mata Tetapi berpegang Akidah Solehah Disebalik tirai jiwa Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah Mengharap keredhaan kehidupan awana
Tidakkah engkau mengetahui bahawa Tuhanmu memiliki kekuasaan yang tanpa batas baik sekarang mahupun dahulu Lepaskanlah dirimu dari kesedihan sebab tidak ada sesuatu yang terus menetap Demikian pula kesedihanmu tidak mungkin akan terus-menerus berlanjut Mudah-mudahan setelah ini Allah akan melihat engkau dengan penglihatan yang penuh rahmat
PEREMPUAN
Engkau murni, suci bak embun engkau dingin, segar bak pagi engkau manis, lunak bak madu engkau aroma, harum bak kesuma engkau cahaya, terang bak siang engkau tawa, riang bak burung engkau bayang, samar bak malam engkau syair, indah bak rembulan (perempuan.... masih tak tertafsir olehku).
12 September 05 They say that as long as there is one person loving you, life isn't a waste. So, if you lose hope and though that life is not worth living, just remember I'm here.
Hasil Nukilan, Mr. Lonely
Semoga hidupmu selalu indah selagi kehidupan manusia lainnya terasa pahit. Semoga engkau senantiasa nyaman selagi banyak manusia merasa hidup tertekan. Jika cinta yang kau miliki adalah cinta sejati maka segalanya akan menjadi mudah. Setiap yang berada di atas tanah adalah tanah juga.
Kerana tiada harapan lagi, berkucuplah dan berpisah cukuplah sudah dan kau akan gembira, ya, gembira sepenuh hati kan bersihnya dapat kau bebaskan diri.
Berjabatlah kali terakhir, padamkan segala janji dan bila-bila kita tersua lagi janganlah ternampak diwajah sekilaspun garis-garis kedukaan.
Kini di akhir-akhir nyawa kasih itu tika nadinya kian lemah, kasih ghairah membisu.
Tika iman berlutut di katil maut dan kemurniaan menutupkan matanya -kini kalau kau mahu, bila semua dah putus asa, Dari mati ke hidup, mungkin kau memulihkan nyawa!
Hasil Nukilan, Mr. Lonely
huaaaaaaaaaaaa.. semlm main boling.. dalam sejarah hidup aku, mlm semlm lah markah paling tinggi yg pernah aku dapat darik harik2 lain.. har har har.. aku rasa lane tu ada masalah.. ke bernasib baik sangat erk.. he he he.. saja2 praktis.. Sukan dah nak start dah akhir bulan nie.. ping pong tak praktis agik.. mampos.. aku pi ngan kak intan, mu, ros, anim & nor.. aku satu lane ngan ros & nor.. peh.. 2 fighting team.. har har har.. main2 tu macam2 benda berlaku, bola masuk longkang (biasa la), bola jatuh dari tangan tak tahan tuuuu.. berturut plak tu.. memula ros, pastu anim plak.. tak tahan gelak sakan leee kami dok situ.. hesh hesh hesh.. kak intan plak.. kena ngurat ngan bebudak poli.. ha ha ha, hai.. hai.. macam2 eh.. sukenye!! suke.. suke pun ada yg duka..

hu hu hu.. balik darik boling dah kol 1am.. dah tu, call ADN, tapi bila dah dgr suara dia, automatik rasa cam pilu je.. rasa dingin je.. (aku dah dapat rasa benda yg nak jadik ni.. :( bla.. bla.. bla.. (malas nak cite) sambung sms dgn dia.. bla.. bla.. bla.. (boring..tak leh nak tulis..) menangis.. menangis lagik.. mata bengkak pagi ni.. pegi keje kepala pening.. humm.. org2 tanya, i just said.. 'nutt enuff sleep ma, sebab semlm hapi sangat main.. har har har..' dalam hati, tuhan saja la yg tau.. "senyum lah siti.. tabah lah hati.." hu hu hu.... huaaa...
har har har.. dah separuh harik baru tau today buffday mr. razif.. itu pun sebab sis aznee minta tlg temankan beli cake dgn dia masa lunch tu.. kiwi paradise pe menda tah nama cake tu.. tapi sedap gile.. har har har.. secret resipi nye cake, mana leh tak sedap, ye tak..






ni pulak kak aznee.. hai sapa tak kenal, banyak gamba lam ni.. ahahhaa.. org kuat nie.. ihiks..




ni gamba en din, sibukkkk je nak suh amik gamba.. hahaha...

Di manakah kegelapan yang kau sebut itu wahai kawan seperjalanan? Yang ada hanyalah cahaya Allah di hatiku dan hanya itulah yang aku lihat
Manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu yang penuh dengan duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. Jangan ragu-ragu untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan tersenyum. Jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan. Tersenyum tidak akan membahayakanmu. Bicaralah dengan orang di sekitarmu dengan bahasa qalbu. Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum.
Ketika engkau tersenyum di hadapan orang kain, maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan indah, optimis dan khabar gembira yang mereka harapkan. Namun, ketika anda menemui orang lain dengan wajah kusut dan garang, maka sesungguhnya anda telah menyiksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka. Jadi kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain?
6 September 2005 Usah kau buka kembali dan tanyakan kisah perpisahan Hatimu kan damai kerananya.
Hasil Nukilan Mr. Lonely
Perghhh.. i'm backKKk!!! rasa lega cuti berhari lama.. har har har.. hari ni baru masuk offiss.. rasa fresh jer kepala utak ni.. har har har..
So, my problem ngan mama settle dah.. tak majuk dgn mama dah, alhamdulillah.. har har har.. settle2 pon mama sempat tanya lagi, tamau ke budak yg jiran aku nak kenalkan tu... akkuuu jawab "mama... kakak.. tamaaaaaaaaaaaaaau..." tuh mama sengih2 jerk.. adeih.. saba je la..
******************************* Surat untuk Bulan; Selamat Hari Lahir... *******************************
Ketika tali-tali telah terputus dan pintu-pintu juga tertutup maka Allahlah yang akan menghapus kedukaan kami....
Bismillahirahmanirrahim. Allah Berfirman dalam Al Quran Surah Maryam 15: Wasalaamun 'alaihi yauma wulida..... Ertinya : Allah berfirman," Selamat/Sejahatera atas diri-nya ( Nabi Yahya) pada hari ia dilahirkan..." Dan Allah Berfirman dalam Al Quran Surah Maryam :33: "Wassalaamu alayya yauma wulidtu..." Ertinya : Allah berfirman," Berkata Isa putera Maryam,"......dan keselamatan/Selamat-Sejahtera semoga dilimpahkan kepadaku pada hari aku dilahirkan....."
Dua ayat diatas adalah petunjuk bagi orang-orang yang bermata batin dan berfikiran jernih bahawa mengucapkan Selamat atas seseorang pada hari ia dilahirkan adalah mencontoh perbuatan Allah, Tuhan semesta Alam dan contoh dari perbuatan dari para Nabi, khususnya Nabi Isa yang mengucapkan Selamat atas kelahiran dirinya.
Jadi kalau kita mengucapkan " Selamat ( Semoga Allah melimpahkan Kesejahteraan) kepada seseorang pada ia dilahirkan "atau" atas anak yang dilahirkan"
Termasuk mengucapkan selamat ulang tahun itu perbuatan kasih sayang yang dicontohkan Allah kepada kita di Quran dan mencontohi perbuatan Nabi kita Isa AS yang mensyukuri atas hari lahirnya. Kepada siapa lagi kita mengambil contoh kalau bukan kepada Allah dan Rasul-Rasulnya
Umur itu bayangan jiwa
Jika kau telah melupakan segala impian Jika tiada lagi harapan, jika kau tidak lagi memandang ke depan, Jika bahang azammu telah kedinginan, Maka tualah kamu sedemikian.
Tapi jika kau menikmati hidup penuh daya, Dan dalam hidup kau masih mampu berjenaka, Jika kau masih cinta pada asmara, Maka pastilah kau masih belum tua.
Walau bagaimana masa itu berlaluan, Walau berapa hari jadimu yang berterbangan.
JANGANLAH takut bahawa kamu tua. Tetapi takutilah bahawa kamu tidak mempunyai sahabat. Tiada orang yang mempunyai sahabat yang gagal.
Hasil Nukilan Mr. Lonely
SELAMAT HARI LAHIR! 04 September 2005 psstt.. dunno wut he ment by tis.. b'day dia kah? b'day blog dia kah? ke b'day ehem..ehem dia kah? haiyoohh... aaaa!! anyway, Happy Belated B'day yeah....
kekecik lagik.. dah pandai pose.. shafiqah & shakirah.. cuteeee nye!! suka usik depa kasik nangis!! hahahhaa.... hahaa.. (jahat tak aku..) masa kat asrama angah nye si syazwan.. ihiks..





|