home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Luahan & Gelodak di Jiwa

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... 
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... 
Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. 
Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. 
 
"Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." 
 
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

last modified Jun 15, 2007 at 22:01


Thursday, March 30, 2006

MADAH CINTA

purnama mewarnai malam yang kian lusuh,
adalah sunyi mu kian menggigit..

menembus hati berbalut secawan
anggur merah kerinduan...

dan aksara cinta
tetap teruntai disudut hati mu...

(andai masih tersisa ruang hati ini?
ingin aku melingkarinya dengan mutiara cinta...)

152878 | posted by sitimas at 1:02 | 0 comments

Kepada cinta...

Aku tahu,
Aku tidak tahu,
Adakah esok bagiku,
Tapi aku tahu,
Kerana ku tahu,
Ada cinta di hatiku,
Dan ku tahu,
Cinta itu bagiku,
Kerana ku,
Tahu hanya itu,
Dan hanya itu,
Yang ku tahu.

Ju`an Einriqie

152877 | posted by sitimas at 1:01 | 0 comments

Cintai Aku...

ketika perjalanan ku habis disisimu...
apakah kau akan meratap dalam jiwa mu yang penuh warna..,
aura mu yg hidupkan aku selama ini, membuatku tetap berjalan dalam garis yg selalu hempaskan dan hempaskan aku ke dasar bumi..
hanya karna dirimu buah hati pelipur lara yg selalu hadirkan asa di jiwaku...
tetaplah berdiri disisiku...
cintailah aku sepenuh hatimu...
dan cintaku tak kan pernah pudar oleh sang waktu...

from my friend,
ria

152876 | posted by sitimas at 0:54 | 0 comments

Sebagai Pedoman...

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan.
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini Lalu dijawab:

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang=20 sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

152874 | posted by sitimas at 0:46 | 0 comments

Monday, March 27, 2006

Best Bangat balik tis week..

uhuhu.. letey.. tapi i've spent QualitY time la dgn semer2.. roslina ikut balik rumah.. humm sib baik lina leh ikut rentak.. dia letih gak tu.. tapi ok la.. hu hu hu.. sian dia..

Balik & Pergi rumah sapuan.. sesat.. hu hu hu..sampai rumah lam kul 6 lebih jugak le.. hu hu hu.. besoknye gi Opis KUlim anta barang.. pehtu kami p pasaraya baru kat area situ.. then balik masak lunch.. dahtuuu.. ptg buat 'karemel' then.. then.. ptg nye.. balik ke Ipoh.. aduh, penat.. aku ngantuk.. benti Sg. Prak.. pastu.. baru sambung balik ke Ipoh.. lam kol 9 lebih baru sampai..

152775 | posted by sitimas at 1:54 | 0 comments

Wednesday, March 22, 2006

Seronoknye!!

Alhamdulillah.. syukur.. akhirnye.. jumpe jugak member lama masa time sekolah menengah dulu.. ihiks.. mcam tak cayer je.. uwargh!! teruja.. ihiks..

mula2 terjumpe zack(zakiah lam satu forum) then dia invite masuk f'ster.. dah tu.. dalam tu baru jumpe member sekolah semer.. yaw!! tak tahan.. ihiks..

152665 | posted by sitimas at 19:34 | 0 comments

Tuesday, March 21, 2006

:: Marah ::

Assalamualaikum wbt.

Ini diambil dari mail yg sahabat bagi, bolehlah dikongsi bersama dgn sahabat dlm ni..

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong
(ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna ilaillahi raji'un.".

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh
mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat,masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil
Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman
"Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi
muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais
memandang segala kejadian itu adalah dari Allah.
Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan
ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu
mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika
kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada
perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (
A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal
tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu
datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

wassalam

152648 | posted by sitimas at 20:51 | 0 comments

Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu - Francessca Peters

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

1
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

2
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

152647 | posted by sitimas at 20:43 | 0 comments

Monday, March 20, 2006

Mawi - Hanya Untuk Mu

Dear Darlene.. here's the song tat u're reQuested.. enjoy..

Bulan bintang
Cahaya mu menyinari lagi
Dinihari berganti zaman
Malamkan hiba

Siulan irama
Aku menjadi saksi mu
Jendela bumi di hujung dunia
Akan ku teruskan nyawaku untuk mu

(Korus)
Kan ku junjungkan namamu ke pintu syurga
Kan ku pejamkan mataku buat selamaya
Dirimu menyinari bagaikan Sang Helang tiba
Akan kuteruskan langkahku untukmu

Kan ku kibarkan sayap melindungi mu
Kan ku binakan mahligai istana
Hanyalah untuk mu sayang
Hanyalah untuk mu saja

Pejamkan mata mu
Jangan kau lihat hariku
Hadirmu jua bagaikan janji
Akanku teruskan nyawaku untuk mu

152614 | posted by sitimas at 20:44 | 0 comments

MADAH CINTA - Kepada Sang Waktu...

kepada sang waktu inginku bercerita...
tentang sesosok pria yang kupuja...
tentang hati ini yang telah lama tergoda...
tentang cinta...dan hanya cinta...

kepada sang waktu inginku meminta jeda...
agar debaran ini tak lagi terasa...
agar jiwa ini tak lagi gulana...
agar tentram...dan hanya tentram...

kepada sang waktu inginku bercinta...
dengan pria yang berbeda...
dengan cumbuan yang tak sama...
dengan siksa yang kusuka...dan hanya siksa yang
kusuka...

kepada sang waktu inginku bertemu...
ketika malam tak lagi termangu...
ketika jiwaku tak lagi membeku...
ketika kisah cintaku tak lagi layu...

sebab hanya kaulah yang mampu...
membawanya ke sisiku...
mengikatnya pada auraku...
menghentikan perputaranmu...

hingga pria itu menoleh padaku...
pria itu mulai mengenalku...
pria itu mulai memahami cintaku...
lalu pria itu mulai membuka hatinya untukku...

kepada sang waktu inginku tetap begini...
walaupun jiwa terasa pedih dan sunyi...
walaupun kau menusukkan berjuta duri...
walaupun hanya dalam mimpi...dan hanya dalam mimpi...

sebab saya jatuh hati...
sebab saya cinta mati...

hasil nukilan
'zMien zeRia'
October 25, 2005

152612 | posted by sitimas at 20:16 | 0 comments

Sunday, March 19, 2006

KITA BUKANYA BAIK UNTUK CAKAP KITA BAIK...

1) Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2) Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3) Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

4) Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

5) Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

6) Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

7) Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut TAPI...

- Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

- Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

- Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

- Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain...

152593 | posted by sitimas at 21:31 | 0 comments

~ A Betrayed Trust ~

A time so long ago
A dark memory in the hour glass of time
Each grain of sand
That falls
Has a broken tale to tell
A child, inoccent to the rules of life
Was implanted with a inner fear
That will be in the shadows of her mind
For a never ending eternity
Betrayed by an elder
Someone of trust
The rules of love shown by force
A forbidden tale
That was never meant to be told
Hidden in the days of life
For one so young
With a will that was so free
Full of childhood dreams and fantasies
The pain that should never have been sent
To break the spirit within her heart
Now the scars are deeply inbedded in her soul
There to haunt the dreams of life
A dark mist now leaves a cruel shadow
Never to trust the hand of love
For a fear will shield
The emotion from time within

Her tears could tell a saddened tale
Of a time long past
But now just a nightmare in the background
Of all her yesterdays
Far in the distance of nights gone by
Forever in the shadow of her being
A heart that will never trust
ln a memory of a child
Who has now grown from the dark
Her secret that will never be told
The tears that will never be seen
The broken dreams
And lifes cruel test
That will always be invisible
Till time ends

****

152590 | posted by sitimas at 19:12 | 0 comments

Wednesday, March 15, 2006

Boring Bangat..

hua hua hua.. bencik la.. huaa!! huaa!! sabaQ.. sabaQ.. uhuks..

152472 | posted by sitimas at 0:18 | 0 comments

Monday, March 13, 2006

Our Life..

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALlah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Renung-renungkan lah...

152440 | posted by sitimas at 16:17 | 0 comments

Wednesday, March 8, 2006

Persahabatan... terlerai...

Dalam hati ada sepi,
Dalam tidur ada mimpi,
Dalam jiwa ada luka,
Dalam pasrah ada gelisah,
Dalam cinta ada dusta,
Dalam rindu ada sendu,
Dalam kasih ada pedih,
Dalam pendam ada dendam,
Dalam suka ada duka,
Dalam mengerti ada pasti,
Dalam angan ada harapan,

Dalam balang ada ikan,
Oppps!...melalut pulak, meh
Kita sambung lagi...ihiks..

Dalam persahabatan ada kebahagiaan,
Dalam persahabatan ada penantian,
Dalam persahabatan ada kemanisan,
Dalam persahabatan ada kepahitan,
Dalam persahabatan ada gelakan,
Dalam persahabatan ada tangisan,

Mungkinkah dalam persahabatan ada kekecewaan?....

152367 | posted by sitimas at 18:03 | 0 comments

Monday, March 6, 2006

Sedikit Renungan utk Difikirkan...

Jangan, jangan dan jangan Jangan sengaja lewatkan solat. -Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). -Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. -Makruh kerana ia membahayakan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Andaikata malam ni anda bercouple,keluar bersama-sama pasangan,berdating, pegang sana-sini, aurat tidak ditutup, terdedah sana-sini, ...pastu balik ke Desasiswa dan tidur keletihan....tatkala anda bangun esok paginya, suasana menjadi kecoh dan cemas... orang sekeliling kaku melihat sesuatu dilangit...rupa2nya matahari sudah terbit dari sebelah Barat... kala itu, dosamu malam tadinya tidak lagi terampun sedikitpun walau menangis air mata darah sekalipun.... Oleh itu, sentiasalah mohon keampunan ALLAH setiap masa. Elakkan drpd melakukan dosa kecil mahupun besar. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yg tk sempat bertaubat. teman tetap paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman tetap paling berharga. Kirim jika kamu anggap aku temanmu..

**************************************************

eee.. takutnye baca yang perenggan ke dua tu...

152337 | posted by sitimas at 19:39 | 0 comments