|
Luahan & Gelodak di Jiwa
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. "Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
last modified Jun 15, 2007 at 22:01
humm.. maaf kerna menyakiti hatimu.. uhuks.. bukan sengaja.. bukan juga berdalih.. kalau itu yg kau fikirkan.. apa lagi yg harus dikatakan..
Bored.. bored.. sekarang kena update reporting guna web!!
Yang paling menakjubkan pada diri manusia adalah hatinya, padahal ia merupakan sumber hikmah sekaligus lawannya. Jika timbul harapan, ketamakan akan menundukkannya. Jika ketamakan telah berkobar, ia akan dibinasakan oleh kekikiran ( kebakhilan ). Jika ia telah dikuasai oleh keputusasaan, penyesalan akan membunuhnya. Jika ditimpa kemarahan, menjadi jadilah marahnya. Jika sedang puas, ia lupa menjaganya. Jika dilanda ketakutan, dia disibukkan oleh kehati-hatian. jika sedang dalam kelapangan ( kaya ), bangkitlah kesombongannya. Jika mendapatkan harta, kekayaan menjadikannya berbuat sewenang-wenangnya. Jika ditimpa kefakiran, ia tenggelarn dalam kesusahan. Jika laparnya menguat, kelemahan menjadikannya tidak mampu berdiri tegak. Dan jika terlampau kenyang, perutnya akan mengganggu kenyamanannya. Sesungguhnya setiap kekurangan akan membahayakan, dan setiap perkara yang melampaui batas akan merosak dan membinasakan.
Ada empat perkara yang mematikan hati, iaitu : a. Dosa yang bertumpuk-tumpuk, b. ( mendengarkan ) gurauan, lawak jenaka yang berlebihan, c. Banyak bersikap kasar dengan kaum wanita, d. Dan duduk bersama orang-orang mati.
Lalu mereka bertanya, "Siapakah orang-orang mati itu, wahai Amirul Mu'minin?"
Imam 'Ali a.s. menjawab, " Iaitu setiap hamba yang hidup bergelimang dalam kemewahan."
Ketahuilah! Sesungguhnya di antara bencana ada kefakiran, yang lebih berat daripada kefakiran adalah penyakit badan, dan yang lebih berat daripada penyakit badan adalah penyakit hati.
Ketahuilah! Sesungguhnya di antara kenikmatan adalah banyak harta, yang lebih utama daripada banyak harta adalah kesihatan badan, dan yang lebih utama daripada kesihatan badan adalah ketakwaan hati.
Tanyakanlah hati tentang segala perkara kerana sesungguhnya ia adalah saksi yang tidak akan menerima rasuah.
Sebaik baik hati adalah yang paling ingat.
Nyalakanlah hatimu dengan adab, sebagaimana nyalanya api dengan kayu bakar.
Harta simpanan yang paling bermanfaat adalah cinta hati.
Sesungguhnya hati memiliki keinginan, kepedulian, dan keengganan. Maka, datangilah ia dari arah kesenangan dan kepeduliannya. Sebab, jika hati itu dipaksakan, ia akan buta.
Sesungguhnya hati mengalami kejemuan, sebagaimana jemunya badan. Maka, berikanlah padanya anekdot-anekdot hikmah.
Jika engkau ragu dalam perkara kecintaan seseorang, maka tanyakanlah hatimu tentangnya.
" Dan Tuhan mu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. "
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan itu Dia hidupkan bumi sesudah mati ( kering ) nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda ( keesaan dan kebesaran Allah ) bagi kaum yang memikirkan.
" Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan ( Yang berhak disembah ) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan ( pada ) pertukaran malam dan siang dan ( pada ) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga ( pada ) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga ( pada ) peredaran angin dan awan yang tunduk ( kepada kuasa Allah ) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda ( yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya ) bagi kaum yang ( mahu ) menggunakan akal fikiran.
( Walaupun demikian ), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah ( untuk menjadi ) sekutu-sekutu ( Allah ), mereka mencintainya, ( memuja dan mentaatinya ) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat ) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman ( syirik ) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, ( nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu ). "
Q.S Al-Baqarah : 163 - 165
Ikhwah fiLlah RahimakumuLlah,
Ada diantara kelompok manusia yang manakah kita ?
Saudaraku,
Pernahkah terfikir oleh diri, ketika pagi hari kita memulai aktiviti, berapa banyak orang yang mendasarkan seluruh aktivitinya atas keredhaan Allah?
Setiap kali fikiran itu terlintas, sepenuh syukurlah harusnya kita pada Allah bahawa ketika itu dan ketika ini kita masih mendasarkan langkah kita atas redha Allah dan senantiasa merasa berada dalam pengawasanNya.
Satu kenikmatan untuk boleh diizinkan belajar mencinta Allah, belajar menghayati setiap hikmah dari setiap kejadian dari kehendakNya, belajar menikmati pemeliharaanNya, teguran-teguranNya, yang seluruhnya adalah bukti cintaNya.
Berapa banyak pelajaran yang menjadikan kita dekat padaNya, bersandar padaNya dan merasakan pemeliharaanNya. Belajar memaknai bahawa seluruh kehidupan yang kita jalani adalah bentuk cintaNya pada seluruh makhluk ciptaanNya dan hamba yang terpilih untuk dicintai secara lebih.
Dengan seluruh bukti cintaNya .
Masih adakah ruang yang tersisa untuk yang lain selain Dia?
Yang pasti satu yang nyata.
Adalah kebahagiaan untuk dapat membawa seluruh jiwa tunduk pada Allah
Rabb yang maha dicinta.
Seperti tunduknya semesta yang tanpa penolakan sedikitpun.
Seperti tunduknya raga yang sebenarnya tidak pernah tunduk pada jiwa.
Teguran untuk diri.
Malu rasanya menginjak tanah yang begitu tunduk pada Allah.
Malu menginjak-injaknya, sementara dia jauh lebih tunduk dibandingkan kita.
Malu menginjak rumput, semut yang nyata-nyata jauh lebih tunduk dibanding kita.
Akhirnya sudah waktunya untuk membawa diri tunduk patuh pada Allah dengan sebenar-benarnya.
Sebuah ketundukkan kerana cinta yang benar, cinta yang melingkupi seluruh jiwa dan raga yang tidak menyisihkan tempat sedikitpun untuk yang lain selain Dia.
Sebuah kepatuhan yang ikhlas yang tidak lagi merasakan sebuah pengorbanan sebagai pengorbanan.
Kerana tidak ada pengorbanan untuk yang Maha Tercinta.
Yang ada hanya keinginan untuk mencintai agar dicintai oleh Sang Pemilik Cinta.
Tidak ada pengorbanan dalam dakwah ini, yang ada adalah keinginan membuktikan cinta.
Yang akhirnya sanggup menggeser kesabaran menjadi sebuah kesyukuran bahawa dalam ujian pun kita merasakan itu adalah kerana cintaNya dan sebuah kesempatan untuk membuktikan cinta kita padaNya.
Bukankah kesyukuran yang layaknya dirasakan kerana pada waktu sempitlah kita dapat merasakan kebenaran cintaNya, bahawa pertolonganNya amat dekat, Kasih sayangNya begitu indah dan impian berjumpa denganNya adalah sumber kebahagiaan.
Sebuah cinta yang jujur seperti dialog tak dapat dilupakan antara empat orang tokoh Rabi'ah Al'adawiyah, Sufyan Attsauri, Syaqiq Albikhi dan Malik Bin Dinar ketika Rabi'ah meminta mereka mendefinisikan kejujuran.
" Tidak jujur pengakuan cinta seseorang yang tidak bersabar menahan pukulan tuannya " ungkap Sufyan Attsauri.
" Tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak bersyukur atas pukulan tuannya " jawab Syaqiq Albikhi.
" Tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak bernikmat-nikmat dipukul tuannya " sergah Malik bin Dinar.
" Tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak melupakan pukulan ketika menghadap tuannya " jabar Rabi'ah Al'adawiyah.
Begitu jujurnya CINTA. Ada yang begitu sabar menahan derita hidup. Ada yang begitu tahan menerima derita dakwah. Dan ada yang begitu syukur dan bahkan menikmati derita sebagai kurnia. Semuanya indah, terutama pada sang totalis ( shahibu't tajrid ) yang tidak menyedari derita, kerana yang ada hanyalah Dia.
Saudaraku, mari mencinta Allah dengan sebenar-benarnya cinta. Mari saling mendoakan agar kita semua terpilih untuk memiliki cinta yang jujur.
Semoga Allah mengumpulkan kita semua dalam satu taman yang disana kita dapat saling bertukar cerita tentang tentang semua pengalaman perang, semua usaha membuktikan kecintaan, dan tentang semua bukti cintaNya.
Kau tentang Tuhan dan nampakkan cinta Dia
Demi Allah. ini perkara luar biasa
Bila cintamu benar tentulah kau taat Dia
Kerana setiap kekasih
Kepada kekasihnya pastilah setia
Imam Syafi'I RA
Wallahu'alam Bishshawab.
Hati... Nah, ambil la benda ni. Apa ni? Ini adalah hati. Hati aku. Hati kau? Hmm..kenapa kau sudi kasi kat aku? Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih.....Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh ye ke...tapi maaf. Untuk apa? Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...
Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya... Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. REntak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih? Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-rubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu indah kembali
Orang kaya duduk dalam kelompok orang miskin, dia terasa amat kaya. Tapi bila orang kaya duduk dalam kelopok orang kaya, dia tak rasa apa-apa. Begitu juga orang miskin duduk dalam kelompok orang kaya, dia terasa amat miskin. Tapi orang miskin duduk dalam kelompok orang miskin, dia tak rasa dirinya terlalu miskin.
Hari ni dapat berita mengejutkan lagi dari C'dah.. hmmm.. aku.. aku.. tahhhh.. tatau nak komen.. bersimpati.. tapi tak mampu nak menolong.. macam mana yer..
C'dah, (if u're reading tis...) i'm so sorry.. i can lend my ears for you.. tapi.. nak menolong cara lain.. tak mampu.. hmmmm.. harap kau tabah menempuhi cabaran.. pasti ada HikmahNya.. percayalah bbbb.. mmmmm.. jgn ikutkan perasaan.. bertenang.. mm..
walah wei.. today.. cik c'dah start keje kat A'satq dah.. tatau la.. hmm.. harap dia berbahagia kat sana...
Malam ini kutermangu berteman sepi Malam ini ku berbicara pada bisikan hati Bahwa disanalah cinta suci yang setia menanti untuk ku Bahwa disanalah seberkas cahaya hidupku yang mesti kuraih.
Disana didalam lubuk hati mu terpelihara kepercayaanku Disana dikelembutan sinar mata mu, makna dari sgala harapanku Bahwa tiada kedamaian dihatiku, kecuali dalam dekapan erat kasihmu Bahwa tiada cinta lain yang tumbuh, kecuali cinta ikhlas ku yang bersemayam dihatimu.
Ketika hatiku resah karena merindukan mu, kau slalu hadir dalam mimpiku Betapa indahnya lukisan kehidupanku Jingganya cintamu, Birunya kasihmu, Kuingin nada dan irama kidung ku malam ini, Kudendangkan hanya untuk mu kasih. Lewat semua mata hatiku, Lewat beragam bunga tidurku, Lalu ingin kukatakan : “ Kasih…..Aku Rindu Bahwa hanya engkaulah, Sebutir mutiara yang terindah tersimpan dikalbuku Bahwa hanya engkaulah, Seberkas cahaya harapanku yang menyinari cinta kasih ku.
Semakin maju dan berpelajaran… Semakin lalai dan tidak kisah kepada kewajipan agama sendiri! Semakin banyak wang dan berkereta Semakin tidak cenderung kepada syiar agama islam sendiri! Semakin lama semakin mengada-ngada… Semakin sibuk dengan anak bini Semakin jauh dan mulai tidak suka kepada majlis mengaji al Quran!
Semakin sibuk berusaha kuat untuk majukan ekonomi Semakin malu dan takut majlis mengaji! Semakin banyak bersyarah dan berdakwah agama…. Semakin tak nampak batang hidung dimajlis tilawah mengaji!
Semakin banyak berpelajaran dan pengetahuan agama… Semakin ego sombong membangga diri tak tentu pasal! Semakin malas untuk hadir kemajlis tilawah mengaji!
Kalau dijemput untuk hadir kemajlis tilawah mengaji…. Ada2 saja alasan menolak yang diberi!
Majlis tilawah mengaji al Qurqan sudah semakin sepi! Yang tinggal ialah mengaji sendiri-sendiri! Itu pun kalau ada! Lama kelamaan…tilawah mengaji pun ditinggal pergi! Kerana terlalu sibuk mencari rezeki! Terlalu sibuk mengejar kekayaan! Terlalu sibuk mengejar kemajuan! Terlalu sibuk mengejar kesenangan! Terlalu sibuk mengejar kelapangan! Semuanya sudah menjadi alasan! Itulah melayu ku! Itulah bangsa islam ku! Yang ada cuma islam pada kulit sahaja…. Hati dan jiwa sudah tidak suka dan cenderung lagi kepada majlis tilawah mengaji al Quran sendiri!
Diam ! Jangan berfikir. Perbanyak gunakan hati. Diam ! Jangan mengeluh. Perbanyak mensyukuri, apa yang telah anda miliki.
Diam ! Berhentilah meminta. Perbanyak memberi. Diam ! Jangan banyak mengatur. Perbanyak, memberi ruang dan kebebasan.
Diam ! Jangan mengritisi. Perbanyak merenungkan dan perbaiki diri. Diam ! Berhentilah bicara. Perbanyak menikmati ketenangan.
Diam ! Perbanyak mendengar petunjuk-petunjuk kesuksesan anda.
sepi: engkau berlari-lari jauh bila aku ingin mendengarkan suara sunyi bila aku ingin menggapai hidup sendiri dalam pesta sehari-hari engkau lah yang aku tercari-cari
jauh: kita terpisah sekadar dari jarak mata, budaya dan selera kita bertengkar dalam jurang yang berhaliluman sementara kejauhanlah yang menyatukan kita
jarak: mengukur mu adalah kerja sia-sia bila hati merasa cinta membendong mu adalah garis-garis luka menularkan rasa hiba engkaulah paling berharga bila jarak kita sedepa
beza: adalah ketara dari jenis darah dalam tubuh kita adalah sama dalam bentuk harga mencari cinta bahagia adalah sebenarnya matlamat persamaan hidup bersahaya
april 2006
Jauh sudah jalan yang ku jalani dan akan kutetap berjalan karena Aku tidak lelah
Banyak sudah tempat asing kudatangi dan akan kudatangi tempat lain karena Aku tidak takut
Banyak sudah manusia kujumpai dan akan kujumpai manusia lain karena Aku tidak bosan
Banyak sudah kesulitan yang kualami bukan itu yang membuatku menyerah karena Aku tidak patah
Banyak sudah kemewahan yang menghampiri bukan itu yang kucari dan aku tidak tergiur karena Aku tidak silau
Banyak sudah godaan yang kuhadapi kadang membuatku goyang namun ku tegak lagi karena Aku tidak mudah
Sampai saat inipun ku masih berjalan Sampai saat inipun ku masih datangi tempat lain Sampai saat inipun ku masih jumpai manusia lain Sampai saat inipun ku masih hadapi kesulitan Sampai saat inipun ku masih dihampiri kemewahan Sampai saat inipun ku masih hadapi godaan Ku terus berjalan sampai ke pintu itu
|