|
Luahan & Gelodak di Jiwa
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. "Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
last modified Jun 15, 2007 at 22:01
waduh2... aaaaaaaaaaaaaa!! aku menipu.. aku menipu.. uwa.. uwa.. sekarang rasa bersalah gilerrrrrrrrrrrrr... what was i'm thinking..!! kantoi daaa...
hu hu hu.. aduh!! sian nye haku..
dalam diam aku memohon dalam sendu aku merintih dalam senang aku merapati dalam derita aku mengakrabi
hanya padaNya tidak hanya kenal jasad dan hidup malah aku akrab bertaut dengan roh dan makna hanya padaNya
Hidup tidak memerlukan kita tetapi kita memerlukan hidup walaupun hidup itu penuh cabaran. Gunakan akal kerana akal seperti payung terjun tidak akan berfungsi jika tidak dibuka. Untuk tunjukkan pada orang kita kuat, dalaman mesti kuat. Pokok tak akan sihat, kalau akarnya tak kuat.
Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab tidak disukai manusia dan haiwan. Tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur. Begitulah! pada setiap musim luruh, diri ini setia mengutip kekuatan dan semangat untuk tabah menghadapi sejuknya musim dingin. Dan bila musim panas tiba, diri ini dapat gagah berdiri merentang angin. Begitulah perumpamaan hidup ini.
Ombak datang kita terima. Ombak pergi, kita relakan juga walaupun dengan hati yang pasrah. Pantai tahu ombak tak pergi sendiri-sendiri, pergi bersama pasir kelautan. Pasir itulah kenangan.
Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap dengan langit... seperti mahu mnghirup embun dan melupakan air di kali.... kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha...? sedangkan ia tetap pergi jua.
Kalau kita terpaksa menderita untuk menahan diri daripada melakukan apa yang Dia tak suka, biarlah kita menderita kerana pengorbanan itu biarpun pahit, tapi janji Allah tetap pasti bahawa akan ada manisnya dalam pengorbanan itu. Kita hanya kan sedar kemanisan itu setelah berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disitulah letaknya nilai kehidupan.
Fajar tiba membawa sinar baru buat insan yang menunggu kehadirannya dengan harapan pada sepanjang malam. Titisan embun yang menempel didedaun sesekali kelihatan seperti sebutir permata tanpa kilauan. Apapun yang pastinya apabila jendela dibuka, angin pagi senyaman udara subuh akan menyapa dan membawa khabar rindu seperti selalu.
Kalaulah diri ini seperti embun, agaknya diri ini akan lebur sebelum fajar terbit. Ya Allah kiranya yang aku tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yang sia-sia disisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah. ... namun kiranya rasa kasihku ini adalah dalam redhaMu, mekarkanlah selalu meskipun diri ini harus bertarung antara bahagia dan derita. Mungkin diri ini lebih lemah daripada setitis embun... tiada kekuatan menghadapi malam yang gelap sepi dan dingin, ti ada kekuatan untuk menanti meskipun ada kesetiaan di hati.
Dan perasaan itu sama ada bahagia atau cinta, derita atau kecewa, kalaulah boleh diambil dan dicampak sekehendak hati manusia..... maka pastinya tiadalah yang bernama derita. Tiadalah istilah sengsara. Cinta derita, bahagia dan kecewa itu sesungguhnya ialah anugerah yang mencorakkkan kehidupan insan menjadi seperti pelangi.
Ya Rabb, demi kelembutan cintaMu, aku mohon untuk sujud hanya di bawah limpahan Rahmat dan ampun kasihMu. Tidak aku melihat akan sia-sia Engkau ciptakan jasadku ini. Pun bukan hanya untuk bergembira. Ya Allah, meskipun kerap kali aku rasakan akan betapa tak layaknya diri ini untuk memijak walau sebutir pasir di bumiMu, apalagi untuk meneguk dinginnya air pada kala diri ini kehausan, namun berilah aku kekuatan dan keampunanMu untuk ku kembali berdiri menyuci diri dan hati. Untuk kembali mentaati dan melaksanakan amanahMu yang terpikul di bahuku. Maafkanlah kealpaan dan kelalaian diri ini . Terimalah diri ini untuk kembali kepadaMu.
Tiada suatu kenikmatan kecuali mesti disertai dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Tak ada kebahagiaan, kecuali mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan. Tak ada kelapangan, kecuali mesti disertai oleh kesempitan. Berikanlah dunia untuk hidupmu dan raihlah bahagianmu dalamnya dengan tangan syarak. Kerana itu adalah merupakan penawar terhadap apa juga yang di perolehi di dunia ini.
Hari ini bukanlah semalam, walaupun hari ini bermula dengan terbitnya fajar seperti semalam. Semuanya sebagai suatu ketetapan yang ditakdirkan Tuhan semenjak terciptanya bumi ini sama ada datangnya dengan awan yang cerah atau awan yang berarak mendung. Fajar tetap fajar dan tetap datang..... senja semalam juga sama datang dan perginya menghilang di sebalik tabir langit yang memisahkan pandangan manusia dengan segala rahsiaNya...
Seperti kelmarin dan hari-hari yang sudah. Sunnatullah terhadap bumi ini begitulah setiap harinya. Peredaran waktu bermula dari fajar menjadi siang..... siang beransur ke senja..... senja berlabuh hingga malam tiba dan malam pula berlalu sehingga bertemu semula dengan fajar. Tidak kan terhenti putaran itu sehinggalah tiba saat Allah menetapkan bumi ini akan hancur.
Sesuatu yang kita dapat daripada sebuah persahabatan yang berlandaskan sekeping hati yang suci ialah, cuba memurnikan hati dengan menerima kesilapan orang lain sebagai pengajaran untuk kita.... bukan sebagai hukuman.
Serahkan diri untuk agama, kita akan sentiasa mulia di sisi Allah. Berbaik sangkalah kepada Allah meskipun sewaktu kita benar-benar di timpa kesulitan yang menyakitkan, yang membuatkan kita tidak berdaya untuk hidup. Bahawa Dia akan memberikan yang terbaik untuk kita.
Kadang diri ini keletihan di perjalanan ini.... namun kadang-kadang diri ini begitu bersemangat meniti harapan masa depan.....
Kesilapan adalah sebahagian daripada kehidupan. Kita tidak akan dapat mengelakkannya. Apa yang dapat kita harapkan hanyalah agar ia tidak menjadi begitu membebankan dan kita tidak melakukan kesilapan yang sama, dua kali.
Garisan pemisah diantara kejayaan dan kegagalan adalah terlalu halus hinggakan jarang kita sedar bahawa kita telahpun melampauinya demikian halusnya sehingga kita tidak sedar bahawa kita sering memijaknya.
Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas..... tetapi kita dianggap tewas sekiranya telah berputus asa.
Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya, dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
Di mana pun berada, atau berapa pun jauh jarak yang memisahkan, senyumlah dengan gagah dalam menghadapi segala keadaan. Berjalan terus tanpa memperdulikan apa yang terjadi. Sembunyikanlah kesedihan di sebalik senyuman...
uhuks..!!
Assalamualaikum Semua.. hee.. hari ni birthday kak linda.. mlm ni nak celebrate di Secret Recipe.. suami kak linda tak der.. out station.. so, kami sambut berempat je lah.. kita tunggu gambar nya nanti yep..
erk!! kursus access dari 21 may - 8 June ??? lamanye.. bio betol.. ermm.. ooo.. setiap 2 jam je sehari.. padan ar.. hu hu hu..cammm ada keje nak kasik je suh pi kursus ni..... humm.. hummm.. ok ar.. arios..!!
Kita Merubah Masa Depan Dengan Merubah Pemikiran Kita
Berfikir Dengan Penuh Kesedaran Boleh Menukar Tabiat Seseorang
Sikap Yang Optimis Membuat Kita Lebih Efectif Daripada Sikap Pesimis
ORANG yang tidak dapat mengendalikan lidah kecilnya yang merah itu akan membuatkan kepalanya yang bulat itu menderita.
PERSAHABATAN umpama garisan lurus diatas batu, walaupun batu itu pecah tetapi garisan takkan putus.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia itu.
KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.
HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. SAHABAT sejati menjadi pendorong impian. SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.
KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.
JANGANLAH hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi alpa. Dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
JANGANLAH seseorang itu mati dahulu sebelum ia yakin akan kasih sayang Allah.
MALAM itu panjang, janganlah kamu pendekkan dengan tidur. Siang itu terang, janganlah kamu gelapkan dengan dosa.
The way to Happiness
Keep your heart free from hatred, your mind from worry..... Live simply...... Expext little..... Give much.....
Life is a Rope that Swings us through Hope Always believe Today is much Better than Yesterday and Tomorrow will be Better than Today! Life gives Answers in Three ways, It says YES and gives whatever u Want It says NO and gives u something Better It says WAIT and gives u the Best..
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
Sometimes we must be hurt in order to grow, Sometimes we must fail in order to know, Sometimes we must lose in order to gain, Because some lessons in life are best learned through pain...
Being defeated is often only a temporary condition. Giving up is what makes it permanent. - Marilyn vos Savant
If you're never scared or embarrassed or hurt, it means you nevertake any chances. - Julia Sorel
Just because the past is painful, Doesn’t mean the future will be. So never let events from the past, Change the events for future, or You will be miserable forever…
HIDUP ini umpama air dimuara HAMBAR TAWAR MASIN JERNIH PUDAR Silih berganti semoga tabah kepada Allah kita berserah.
Tidak ada pintu menuju kebahagiaan. Kebahagiaan itulah pintunya. Untuk menjadi bahagia. Jadilah bahagia. dan Tetapkanlah memilih kebahagiaan yang berterusan sepanjanag masa.
MEREKA hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang didalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
TINGGALKAN apa yang kau ragu-ragukan, kepada apa yang tidak kau ragu-ragukan (kerjakan apa yang tidak kau ragu-ragukan) . Sesungguhnya kebenaran membuat ketenangan dan dusta itu menimbulkan keragu-raguan.
ALANGKAH baiknya jika kita boleh membuka dan menutp telinga semudah kita menutup dan membuka mata. APA yang ada dihadapan kita dan dibelakang kita adalah perkara kecil berbanding dengan apa yang ada dalam diri kita.
SABAR terbahagi kepada dua, iaitu ketika menjauhkan apa yang engkau tidak suka dan sabar dalam mengejar apa yang engkau suka.
APA yang kamu perlu dalam hidup ini ialah keyakinan dan sikap tidak peduli, pasti kamu mencapai kejayaan.
AHLI-ahli fikir sependapat bahawa sikap mendiamkan diri pada saat yang memerlukan percakapan, lebih berbahaya daripada percakapan menceceh pada saat yang sepatutnya berdiam diri.
Apakah diharapkan hujan tanpa awan...
KELEBIHAN manusia berbanding dengan makhluk lain ialah kerana gerak gerinya yang timbul dari dalam bukan dari luar. Jadi, jika kebersihan hati dan kematangan akal tidak dijaga, manusia itu sama seperti makhluk lain.
SAHABATMU suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
YANG dihadapan sana adalah kenyataan untuk diri kau. Kau harus berani mencuba memberikan yang terbaik untuk kehidupan diri kau sendiri. Setelah mencuba, barulah berserah kepada Allah dan takdir.
UNTUK pencapaian yang memuaskan, kau perlulah berfikir, merancang dan melaksanakan. Berfikir dengan baik adalah sesuatu yang bijak. Merancang dengan baik pun sesuatu yang bijak. Dan melaksanakan sesuatu yang baik adalah yang terbijak.
Sepatah nasihat ilmu yang berguna, secubit budi jadi kenangan....
BERINGATLAH, hidup perlu ada akal, perancangan dan perlaksaan. InsyaAllah kita akan berjaya.
LETAKKAN akal di hadapan perasaan. Hidup akan sentiasa waras dan tidak kecundang.
SEMAKIN dekat tercapai cita-cita semakin berat cabaran dan penderitaan yang harus kita alami.
SALURAN kelemahan manusia ialah cinta diri terhadap kebendaan. Orang yang berbangga diri sebenarnya amat sedikit mengambil berat tentang dirinya.
Jika ada tuah dibadan, kaca kupegang jadi permata...
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, diamemberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana ia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa danmenyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawansebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. .....
"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu"
Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
P/s: fahami dan huraikan sendiri untuk dijadikan panduan hidup.
JANGANLAH engkau cemas tentang rezekimu, kerana pencariannya kepadamu lebih kuat daripada engkau mencarinya. Apabila kamu telah memperolehi rezeki untuk hari ini, maka janganlah engkau risaukan rezeki untuk hari esok, sebagaimana engkau tidak lagi merisaukan hari kelmarin yang sudah berlalu. Sedangkan hari esok, apakah engkau tahu sama ada ia akan sampai kepadamu atau tidak?
Uruslah keperluanmu untuk hari ini. Seandainya kamu mengenal Allah, maka kamu akan menyibukkan diri denganNya dan menjauhkan dirimu daripada memburu rezeki, kerana perasaan takut kepadaNya itu akan mampu mencegahmu daripada memburu rezeki.
Wahai hamba, aku melihat, bahawa kamu hanya sedikit sekali mengenal Allah dan rasulNya, sedikit sekali mengenal kekasih Allah dan pewaris para nabiNya untuk menusia. Kamu ialah manusia yang kosong daripada pengertian, tidak ubahnya bagaikan sebuah sangkar tanpa burung, atau bagaikan rumah kosong yang sudah hancur luluh, atau bagaikan pepohon kering yang daunnya berguguran.
Semaraknya hati seorang hamba adalah dengan Islam, kemudian dengan meyakini hakikat dan kewujudan Islam itu, iaitu penyerahan jiwa raga secara menyeluruh. Serahkanlah dirimu kepada Allah yang Haq, maka Dia akan menyelamatkan engkau, menyelamatkan nafsumu dan dirimu sendiri. Keluarlah engkau dari hatimu dan daripada semua makhluk, khususnya manusia. Kemudian menetaplah kamu di hadapan Yang Maha Haq dengan bertelanjang daripada dirimu dan dari pada segala insan. Jika al-Haq menghendaki, maka Dia akan memberimu pakaian dan mengembalikan engkau kepada makhluk manusia. Kerana itu ikutilah perintahNya kepadamu dan kepada semua makhluk, disertai dengan sikap reda kepada rasul dan sudah diutusNya.
Hai manusia! Apakah yang engkau miliki dan untuk apakah semuanya itu? Engkau hanyalah seorang hamba nafsu, hamba dunia dan hamba makhluk. Engkau hanyalah hamba manusia, engkau bersekutu dengan mereka. Kerana engkau berpendapat, bahawa akan ada manfaat dan mudarat yang datang daripada mereka.
Wahai kaumku.... malulah engkau kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Janganlah kamu melalaikan masa-masamu, janganlah kamu mensia-siakannya, janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak akan dapat engkau makan, mengangan-angankan sesuatu yang tidak mungkin dapat engkau capai, membangun sesuatu yang tidak mungkin engkau diami. Kerana semuanya itu akan menghalangimu daripada makam Tuhanmu.
Ingatan kepada Allah selalu terhunjam didalam hati orang yang arif, sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu. Apabila hal itu kamu dapat laksanakan dengan sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yang dipilih dan syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah reda kepada Qadak Allah, dekat hati kepada Allah, bermunajat kepadaNya, menyingkap tabir yang ada diantaranya dengan Allah. ; Ini akan menjadikan pemilik hati itu sebagai berteman dengan teman Allah di dalam kesunyiannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan. Ada pun yang dijanjikan, ialah segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah Taala kepada orang yang beriman dan melihat Zat Allah yang Maha Agung, tanpa hijab. Tidak disangsikan lagi, bahawa semua kebaikan adalah disisi Allah, manakala keburukan itu berada di sisi makhluk.
Kebaikan adalah dalam menghadap kepadaNya sedangkan keburukan adalah berpaling daripadaNya. Setiap amalan yang kamu harapkan ganjarannya, maka ia adalah milikmu. Manakala semua amal yang kamu lakukan demi Allah dan untuk Allah, maka amal itu adalah untukNya. Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya, maka balasan untukmu ada kepada makhluk, dan apabila kamu beramal kerana ZatNya, maka balasan untukmu ialah kedekatanmu kepadaNya d an melihatNya.
Syeikh Abdul Kader Al-Jailani.
alhamdulillah.. kami udah kembali dari Medan.. hu hu hu.. selamat sampei.. cuaca.. peh, panas seyh di Medan, cuma di tempat peranginan Lake Toba, Parapat & Berastagi tu.. sejukkk.. brrr..
bye-bye Medan.. Horassssssssssssssssss!!!
|