|
Luahan & Gelodak di Jiwa
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. "Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
last modified Jun 15, 2007 at 22:01

Di mata mu ku lihat Sinaran bercahaya Permata hati
Di wajah mu ku lihat Senyuman yang berseri Menawan hati
Pabila bersua Bertentangan mata Kelunya lidah ku Tak dapat berkata
Renungan mata mu Mendebarkan sukma Terjalinlah kasih Ikatan mesra
Pandangilah daku Sepuas hati mu Pabila berjauh Tak merindu
Di mata mu ku lihat Sinaran bercahaya Permata hati Di wajah mu terbayang Harapan Hidup sama Antara kita
ops.. lupe nak citer.. baru-baru ini ada lah aku sembang dgn syah kat YM.. dia dah ada baby.. hua hua hua.. dahsat tu.. chaiyo!! pe nama tah.. baby boy pulak tu (jelesnye saye..) namanye.. berbelit sket le cekgu nak sebut nanti. tapi sedappp.. ihiks.. muhammad thaqif fudhail kalau tak silap nak masuk 3 minggu sudah dia bergelar bapa.. TAHNIAH..

adui, sakit blakang.. sakit kaki.. semer sakit lah.. penatnye.. hu hu hu.. barang rumah sewa hubby + barang rumah sendiri.. bila dah duk bersama.. puiyo.. aiyaya.. banyak nye.. menimbun.. tatau nak simpan mana.. barang Yanti masih ada dalam bilik yg satu tu.. itu la slack tu.. itu la yg tak leh susun lagik.. kalau tak.. selamat lah juga space tu.. leh himpun barang dlm bilik tu.. ihikk.. tapi tak per.. katanya akhir bulan ni dia bule balik dah.. alhamdulillah.. dah baik dari sakitnya..
Tadi angkut barang-barang dari rumah sewa hubby di Rawang, pinjam abahnye lori.. pinjam abahnye pekerja (ehem termasuk pinjam kudrat adik..) ngeh.. ngeh.. sib baik le dia baikk hatttttttttti sangat nak tolung... eiii!! sukanye.. he he he.. kira sampai Ipoh dalam jam 4pm gitu.. hu hu hu.. pas angkut barang yg tak berapa banyak tu.. tapi penat le juga sebab berat OOOO.. pastu.. arrange bilik, nampak lah sikit kemasnye... ihiks.. baru nampak cam umah orang.. keh keh keh.. tapis barang-barang pun semalam.. masih ada sisa sikit.. tapi tak pe lah.. nampak dah okey lah tu.. yang lain.. semuaaa haku buang.. hu huuu..
letiy.. pas dah 3/4 keje dah siap.. kami pun kuar p tgk wayang.. Ocean 13.. hee.. bule lagik p tgk yep.. pestu baru g makan mlm.. (ratah2 je la gitu..) pastuu.. aiyer.. balik.. buat2 aper yg perlu.. angkat yg balance brg2 sikit.. thennnnn.. deboooommmm!! ZzZZZzz
Malas nak gi keje pun ada.. mesti lewat lagi lah hu hu hu..
segala rayu kuberikan padanya sebagai pelipur luka di hati segala tawa kuhadirkan di hadapannya untuk hapuskan airmata adakah ia sadar hadirnya airmataku yang mengalir deras untuk nya harus sampai kapan..... sampai kapan badai ini bekecamuk dalam bahtera di dada
tolong ,tolong aku singkirkan batu derita di jantungku ia mulai menghujamku dan kini perlahan ia membunuhku
tolong ,tolong aku beritahu sang bayu untuk segera membawaku pergi aku tak tahan lagi, tak kuasa lagi kini airmataku semakin menderas .
tolong , tolong aku bawa aku pergi segera derita ini menghancurkan segala dan meluluh lantakkan jiwaku
tolong , tolong aku bisikkan pada pelangi untuk ikatkan aku pada rantainya jangan biarkan aku terjatuh dalam nestapa dan menghujam bumi hancur berkeping-keping
oh kicau burung hibur aku dengan nadamu usir gelisahku karena nya karena aku tak kuasa talah hilang semua asa yang tersisa
oh air bawa lah aku mengalir dimana aku tak lagi dapat bertemu dengan nya
by : Lyla
Semalam... hati ini tercalar lsgi... kali ini lebih parah dan berdarah.... kali ini gurauan mu lebih berbisa... katamu... andai aku tersilap... tamparan kan kau hadiahkan buatku... terpaku aku seketika... apakah aku bermimpi ...? apakah aku tidak tersilap mendengar ? malah kau mengakui dengan lantangnya.. . kau tidak akan ambil tahu... andai aku meninggalkanmu. ..! aduh sakitnya.... sakitnya... bilamana aku tahu... bahawa aku tiada pernah ada harga buat dirimu.... bilamana aku sedar.... cintaku tiada makna buatmu... bilamana aku mengerti... kasihmu tiada pernah aku milikki...
kini baru aku mengerti... rupanya selama ini aku hanya bermimpi... bermimpi.. yang kau milikku...
by lady delima merah
ditaqdirkan tanda Kun Faya Kun namun menidakkan menolak tepi bukan kehambaan!
kehambaan rantai membelenggu namun ketundukan sudi pada cinta- Nya bukan dipeluk dibelai dipegang berlabuh di daerah parah berdarah tabah menahan amarah disuap indah sehingga kenyang sakinah manifestasi cinta suci
keringanan pada jiwa menggila kerehatan minda yang lemas kelelahan tekanan lerai mengalir seperti air hujan membersih kekotoran tinggal hanya takjub dan ternganga indahnya pertolongan suci tenangnya gelora di hati
makin tunduk tidak ' ujub
makin faham tidak riya'
makin sujud tidak takabbur
Hari - hari yang berlalu ... terasa semakin hambar... kering tiada bermaya....
semakin hari.. semakin galak dia melukakan hati ku... semakin gembira dia memusnahkan impianku...
hanya satu pintaku... andai aku tidak kau ingini lagi... katakan sahaja... akan ku bawa jauh cintaku yang musnah... jauh dari hidupmu... tidakkan ku izinkan ianya tinggal ... kerana aku tahu kau pasti ... tidak menginginkannya. ..
dan mohonku jua... hentikanlah. .. kata-kata kejammu... kerana luka hati ini semakin ... parah dan berdarah... kasihanilah aku...
Wahai Bulan, ruangkanlah sedikit masa sepi mu marilah duduk berbual dengan ku bukan kisah cinta bukan soal rindu kita bicara tentang mayapada ini dan kau ajaklah gemintang turut bersama agar kau tidak canggung untuk membongkar rahsia alam yang zaman berzaman kau simpan
Bulan, aku ingin bertanya dengan mu, mengapa bumi sering saja mengamuk dewasa ini, dikocak ombak lautan, menyimbah pantai, menenggelamkan daratan dengan air mata, di gegarkan gunung ganang, dan mencampakkan batuan, ke pucuk pepohonan yang tak pernah ingin menjamah noda, merempuh hati-hati yang tegar dan meruntuh tembok kemanusiaan
Bulan, ku pohon pada mu dengan bulat mata bundar mu tolonglah intipkan buat kami bahagian mana bumi yang sakit, sebelah bumi yang luka, agar dapat kami ubati, kami bebati
Dan aku merayu pada mu, dengan lembut cahaya temaram mu, kau pujuklah buana, agar tidak lagi bermusuh dengan kami, dan yang pentingnya janganlah nanti sampai bumi memalingkan mukanya dari kami kerana kami masih sayangkan nya dan masih ingin mencumbuinya. ..
Duhai kekasih sejati…. Di keheningan pagi buta Ku tersungkur.. Bersujud, Coba mengetuk pintu-Mu Sudilah kiranya, Kau izinkan ku masuk Bawa semua kekhilafan.. Segunung kelemahan.. Dengan segala ketiadaan.. Setiap kealpaan.. Juga segenap ketidaksempurnaan. .
Duhai Kekasih Abadi, Tertatih kulewati setiap penggalan kehidupan Tak mampu lagi ku berdiri Tak kuasa kutantang hari Tak bisa kupendam semua beban diri Tiada niat tuk berontak Tak terlintas tuk meratap Ampuni aku jika lelah meraja Ampuni aku jika letih mendera
Kutak tau kemana lagi harus kubawa duka ini pergi Tak tau mesti kemana luka ini berlari.. Teramat pedih Perih, mengiris nurani
Wahai Kekasih Hati Dipintu-Mu ku tersungkur… Dekap aku.. Temaniku lewati sepi Peluk aku, Agar ku tak merasa sendiri.. Usap wajahku.. Basuh hatiku...
Jangan pernah Kau palingkan aku dari-Mu Jangan pernah Kau campakkan aku tanpa Cinta-Mu Tanpa-Mu, aku tiada arti Tanpa-Mu, jiwaku sepi…sunyi…bahkan mati.
by Chee Shee
cintailah hatiku sahaja kasihku bukan mataku, bukan hidungku cuma hatiku
cintailah hatiku sahaja kasihku bukan puisiku, bukan lidahku cuma hatiku
cintailah hatiku sahaja kasihku bukan jasadku, bukan kelaminku cuma hatiku
cintailah hatiku sahaja kasihku jangan kau pandang aku...
RUJUKAN Diambil dari blog kuncup. blogdrive
Janji langit kepadaku hadirkan rembulan dan venus malam ini Ku tunggu depan jendela kejadian itu Namun mata kasafku tak mampu melihatnya
Aku terus menungu dalam masa yang tak berbatas Hingga waktu pun jenuh melihatku Bayangan cerah malam tak kunjung kudapati Hanya tarian kilat yang saling sahut menyahut
Rembulan dan venus Akankah ku dapat melihat indahnya penyatuan diri kalian Sebelum kututup rapat kedua mata ini
malam yang mulai tua aku tak bisa tidur,suara malam memecah sambil berselisih lalu dalam dada menderu
mencari segala hati yang berai dari diri ku ...
aku memejamkan mata, tak terbuka setitik cahyapun ngeri ini malam luka melebar ... meranum jeram ...
sekali terpandang bara menyulut terang merah-padam
ku sarungkan tangan kebelakang pedang-hati hitam berkarat
habis apa terucap jeriji janji melayang ingatan, di jalan setapak hutan raya jauh!, sejuk tak' nampak
ini malam aku tak bisa tidur darahku menggelucak matang tumpah-ubun ubun pecah
mungkin bilaku mati mati saja engkau terbakar sendiri api bergelora nyesak hangus; penyesalan pernah menyia-nyia cinta-kasih
segala menghabur, segala kelam bila ku terkubur engkau ikut terpendam
Sebagaimana mengenali dirimu sendiri, begitulah pesan ibu pada suatu hari. Pesan seorang ibu tentunya sebuah pengalaman yang telah dilewatinya setelah puluhan tahun bekerja keras membesarkan anak-anaknya.
Kala malam tiba. Telihat isteri tertidur lelap. Terbayang kerja keras yang telah dilakukan adalah pengabdian dan pengorbanan yang tak ternilai. Didalam keheningan malam tak lupa membisikan ucapan terima kasih ditengah mimpi indahnya.
tiada kata secantik bahasa mu lalu ku gubah menjadi rangkaian lagu tiada lukisan seindah potret mu wajahmu itu menjadi rindu
andainya bulan retak seribu bayangan mu ada dimana-mana jika kaca terhempas berderai luka tertusuk seluruh jiwa
kata janji bukan ukuran hanya sejati didalam diri kuburkan aku dalam hati mu demi cinta sebelum mati
sejauh manapun kita terpisah dikau tetap bertahta dihati ku dalam tidur dalam terjaga ku kirimkan salam rindu diangin lalu....
RUJUKAN Diambil dari blog kuncup.blogdrive
boleh kupinjam bahumu? sejenak saja.. tuk sekedar menepi dari deraan lelah
jangan kau tanya mengapa apalagi bicara tentang cinta
sudah, diamlah kau tak mengerti apa-apa semua kata, tanya dan cerita kadang hanya sia-sia saja bila tak tau maknanya
untuk apa kau cari sejuknya embun kala mentari meradang tak akan pula kau dapati sisa terik hari saat hujan membayang kenapa tak dinikmati saja semua yang ada
boleh kupinjam bahumu? tanpa tanya.. tanpa kata juga tanpa cerita.
by Chee Shee
hubby dah lama tak main futsal.. badan pon dah nampak cam lembik je.. he he.. (jgn mara eyh cayunk..)
dia teringin nak main.. tapi xder geng pulak kat sini, soo.. nak join bebudak opis ni.. aku tanye le bebudak ofis bile depa main.. then depa cakap, tetiap mlm khamis gik main futsal.. (mlm khamis tu..) ihiks..
so, mlm tadi gik le.. hua hua.. sian hubby.. dah 45min main, sampai rasa nak pitam.. tu lah, sebab dah lama tinggalkan futsal.. hum.. tak peh.. slow n steady.. pas ni leh start balik wokeyh!! chaiyoooo!!
Kau Yang disana, Yang tak pernah lelah berikan senyuman,
Kau, Yang disana, Yang selalu hadirkan ceria,
Kau, Yang disana, Yang tak pernah jemu dengarkan keluhku,
Kau, Takkan kulupa, Walau, Matahari tak lagi bersinar untukku, Walau, Bulan dan bintang taklagi tersenyum untukku,
Aku, Akan selalu menjagamu, Aku, Akan selalu menyayangimu, Aku, Akan selalu mengenangmu.. “Untuk dia, yang akan hadir dalam hidupku” dan "yang pernah singgah dan meradang dihidupku"
irama dan lagu tak dapat dipisahkan dan sebuah kenangan indah alam dalam renungan muda mudi berpandangan. ..
semalam berlalu pergi manisnya hidup bagai ayer hujan mencecah bibir senda gurau mu dan hilai tawa mu menyemarakkan kelipan cahaya hati
istana impian dan angan-angan menjadi rata dilanda ombak kini aku senang dengan malam dan mengelak cahaya siang
semalam berlalu pergi banyak lagu yang ingin ku dendangkan banyak rahsia tersimpan yang ingin ku curahkan banyak kedukaan.. tak sanggup ku saksikan
aku berlari tanpa henti mencari sesuatu apakah sebenarnya erti kehidupan setiap ucapan yang pernah aku lafaskan tiada satu pun memberikan kesan
semalam.. bulan berwarna biru aku masih mengharapkan sinaran baru ku gunakan usiaku sebagai azimat sakti untuk mencari sebuah kebahagian
aku pelakon watak pencinta penuh kesombongan dan kebangaan api yang ku nyalakan padam secara tiba2 kini tinggal lah aku bersendirian
masih banyak lagu yang ingin ku dendangkan terasa pahit ayer mata yang ku telan kini telah tiba masa untuk mengakhiri sebuah lakonan sandiwara kehidupan yang berjudul 'Cinta, Irama Dan Lagu Semalam' .....
RUJUKAN Tulisan ini aku ambil dari blog kuncup.blogdrive
mungkin kah esok kekasih hati ku menghulurkan tangannya penuh mesra kepada aku menjengukkan kepalanya dijendela bagai dewa kayangan berwajah syahdu~??
bilakah penambah ghairah hidupku datang membebaskan tangan dan kakiku~?? *sedang tangan dan kakiku terikat oleh belenggu penolakan yang nyata*
jika ketemu, akan ku katakan padanya wahai kekasih ku, daku tidak mungkin hidup tanpa mu wahai sayang ku, kawan yang riang pun tidak dapat menggembirakan aku
jika kekasih ku menjawab tanpa cumbu pergilah~!! apakah yang dikau harapkan dariku~?? aku takut kesedihan hatimu akan pula membuat murung hatiku~!!"
maka akan kubawa pedang dan kain kafan dan kuhulurkan leherku sebagai persembahan sambil mengatakan, "kepalamu pening kerana aku~?? bunuh lah aku jikalau begitu~!!
RUJUKAN Tulisan ini aku ambil dari blog kuncup.blogdrive
untuk apa katakan sayang bila itu bualan semata jangan pernah ucapkan cinta bila kan jadi sia-sia
rasa sayang bukan permainan kata yang bisa disusun semaunya ditutur seenaknya lalu dilupakan begitu saja
kecuali jika memang seorang buaya yang jadikan cinta sebagai hiasan kata bak pahlawan hendak tawarkan seikat asa namun luka yang dibawa
bagaimana bisa aku percaya semua jika kenyataan yang ada tak satupun yang seindah kata
by : chee shee
alhamdulillah ke hadrat ilahi.. kak linda dah selamat pon melahirkan baby ke 3, lelaki jugak.. wan muhammad adil, 3.52kg..
3 hero in a family.. eh! campo ayahnye.. 4 orang le Hero.. mak aihhh.. hehehe.. tahniah kak linda!!
Minggu Lepas, singgah Johor.. ada kenduri di S'pore.. so, singgah jab di rumah kakak ipar.. tido sana.. jumpe semua anak buah.. ihiks.. lepas rindu jab dgn siti.. muahs semer.. (ramai eyh anak buah ku) hu hu hu..
|