home
login::signup
we::blog

ID Name : sitimas, Hometown : Kulim Kedah, Currently working in Ipoh,Perak, Type of Person : i'm a pioneer, independent, original, smart, frank, funny..yup!yup!, sensitive, loyal, stubborn!!stubborn!!, quiet, romantic, cute??, hardworking, honest, jealous on competing basis(ye ke!!ahaks..True.. True..)kind hearted & heart broken also.., lurve to travel, friendly and authoritative :)) and for me, IMMPOSIBLE IS NOTHING....(yer meh??) u just H.A.T.E M.E!!!ha ha ha... oppsss!! one more thing, i love cats!! erkkk.. i mean all animal as well lah, accept reptile.. euuuwwwww (eh, katak dikecualikan.. sebab dia amphibian, cute ek!) n i also like stuff in pink n white color!!
Adiema
Adiazali
Afxzal
AinQaisara
ALyn
Bintang D LAngit
Bintang D Syurga
Cindy
Chic
Gigitakbertatoo
Horatio
Jiwarasa
JarL(PaPa)
ME 1
Mr. Lonely
Noorthuraya
Purbe
RANDOMNess
Razzi
Selendang
Sofeanny
Sri Diah
Temp2escape
Zareeda
zZzSS
zzorro
Powered by eSnips.com
adopt your own virtual pet!

Luahan & Gelodak di Jiwa

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... 
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.... 
Jika aku bukan pelita yang mampu menerangi malam.. 
Memadailah aku menjadi kunang-kunang yang menemani dikegelapan.. 
 
"Life is to be fotified by many friendships. To love and be loved is the greatest happiness. Fate determines who comes into our lives. The heart determines who stays..." 
 
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

last modified Jun 15, 2007 at 22:01


Sunday, September 30, 2007

Words of Wisdom

This Thought..... is too beautiful not to share..

**********************

Anger is a condition in which
The tongue works faster than the mind .
You can't change the past,
but you can ruin the present
By worrying over the future !

Love...and you shall be loved.

God always gives His best to those who leave the choice with Him.

All people smile in the same language.

Everyone needs to be loved...
especially when they do not deserve it.

The real measure of a man's wealth
is what he has invested in eternity.

Laughter is God's sunshine.
Everyone has beauty
but not everyone sees it.

It's important for parents to live
the same things they teach.

Thank God for what you have,
TRUST GOD for what you need.


If you fill your heart with regrets of yesterday and the worries of tomorrow,
you have no today to be thankful for.

Man looks at outward appearance
but the Lord looks within.

The choice you make today
will usually affect tomorrow.

Take time to laugh, for it is
the music of the soul.

Patience is the ability to idle your motor
when you feel like stripping your gears.

Love is strengthened by working
through conflicts together.

Harsh words break no bones
but they do break hearts.
To get out of a difficulty,
one usually must go through it.

We take for granted the things
that we should be giving thanks for.

Love is the only thing that can be
divided without being diminished.

Happiness is enhanced by others
but does not depend upon others.

For every minute you are angry with someone,
you lose 60 seconds of happiness
that you can never get back.

Do what you can, for who you can,
with what you have, and where you are.

HAVE A NICE DAY

******************************************

Pagi-pagi dah dapat email macam ni dari cuz.. hu hu hu..
Kalau dari segi tempoh pengalaman ketika bersama.. hum.. i guess, aku jelas dengan pamahaman & maksud yg cuba disampaikan.. hu hu hu.. sedih le.. (tetiba sedih.. hu hu hu..)

tah la.. aku totally agree dgn ayat2 kat atas tu.. setiap patah & bait-bait ayat ada maksud tersurat & tersirat.. tatau le aku perasan ke.. apa ke.. tapi, kena pulak dengan aku..

Anger is a condition in which
The tongue works faster than the mind .
You can't change the past,


kalau aku fikir jauh & merepek2 sangat.. aku rasa ayat ni mengingatkan aku tentang satu konflik family... hummm.. aku kesal ngan apa yg berlaku.. but.. wat to doo.. "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.. buruk padahnya.." aku le ni, tah la.. apasal tah.. asyik cam rasa nak smashed je.. tah apa yg terjadi.. terkeluar je dari mulut.. bila dah terkeluar tu, baru menyesal tak sudah la..

Mungkin juga sampai sekarang & 4ever, dia memendam rasa & berkecil hati dengan aku pasal kejadian yg lalu.. aku akui silap aku.. uhuks.. maafkan aku.. tak ada explaination kenapa jadi cam tu.. why eyh?? mana kesabaran aku?? tah la.. time tu betul2 marah, piss off.. rasa 'hangat membara', rasa cam mana pon tatau.. geram.. humm.. geram lah kut.. sebab bg hal yg tah tak seberapa tu dah melibatkan maruah family.. dan family2 sekitarnya sibuk bertanya.. "betul ke.. tak ajak ke majlis tu".. mama & abah pun kecil hati & sedih.. tak sangka jadi cam tu.. (itu la yg aku sedih tu..) dengan perasaan yg tah pe pe tu, bila dapat jumpa mereka.. macam aku loose control.. haku terus smashed ayat yg aku rasa.. aku tak patut kuarkan.. cam tak hormat org tua pula.. sampai sekarang aku kena bersabar dengan apa yg dah aku buat tu.. guilty menyelubungi.. kira.. betul la apa yg aku rasa selama ni..

tah la, n awal2 pagi tadi pun aku termimpi kan dia.. hua.. astaghfirullah hal azim, buka email pun dapat email dari dia..

sedih juga lah.. bila tau, tat dulu we're close.. pastu skang jadik cam ni.. aku pon tak sangka la.. nak jadi cam ni.. tak sangka kisah ' tak berjemput ' (ye ke tak?ker kami ada masalah lain..) tah la.. jadi ISU besar OOO dalam diri ini.. akan ingat till the end.. tapi tak der la sampai nak gadoh2.. sampai masam muka.. dengki.. dendam or aniting like tat.. yg berseangkut paut dgn sifat mazmumah.. n aku kesal tindakan aku cam tu.. hummm.. i'm sorry..

"ya tuhan, jauhkan aku dari sifat2 mazmumah.. sifat tercela.. amin.."

tabah lah hati.. humm..

160150 | posted by sitimas at 18:43 | 0 comments

Thursday, September 27, 2007

Merdeka Daripada Jajahan Hawa Nafsu

Kota Mekah telah mencapai kemerdekaan daripada kafir Quraisy pada tahun ke-8 hijrah. Semua berhala di sekitar Kaabah dimusnahkan. Mekah telah bebas daripada jajahan syaitan. Semasa mengerjakan Haji Wada (haji terakhir), Rasulullah telah bersabda, “Ingatlah, sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk disembah di negerimu ini selama-lamanya tetapi dia akan ditaati dalam amal perbuatanmu yang menjadikan kamu hina, dia lalu senang kepadanya.”[1] Kita telah sedia maklum, satu-satunya cara syaitan dapat mempengaruhi amal perbuatan manusia adalah melalui hawa nafsu.

Di dalam surah An-Nisa ayat 118 hingga 119 Allah telah menceritakan azam syaitan, “Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku); Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka …..” Di dalam ayat ini, syaitan telah mula menyuruh-nyuruh dan memerintah pengikutnya. Menurut HAMKA di dalam Tafsir Al-Azhar, mereka akan menurut kehendak syaitan sehingga kemerdekaan peribadi mereka tidak ada lagi. Segala tingkah laku adalah di bawah perintah hawa nafsu yang dirasuk syaitan.

Di dalam Surah Al-Furqan ayat 43 dan 44, Allah telah menceritakan rupa buruk manusia yang telah dijajah oleh hawa nafsu sendiri. Mereka disifatkan seperti binatang. Firman Allah, “Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.”

Rasulullah telah mengajar cara-cara memerdekakan diri daripada jajahan hawa nafsu 1400 tahun yang lalu. Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah berkata, “Seorang Mujahid (orang yang berperang) adalah orang yang memerangi dirinya sendiri”[2] Peperangan dengan diri yang dimaksudkan adalah peperangan menentang hawa nafsu. Berkata Said Hawwa di dalam Al-Asas Fit Tafsir, “Secara dasarnya melawan nafsu bermaksud menundukkan nafsu supaya mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara.” [3]

Jalan terbaik melawan hawa nafsu adalah dengan bermujahadah dan cara paling mudah untuk bermujahadah adalah dengan menitik-beratkan ibadat-ibadat asas setiap hari.

Menurut Dr Danial Zainal Abidin di dalam bukunya 7 Formula Cemerlang, “Ibadah yang ditetapkan agama mempunyai unsur-unsur mujahadah. Solat yang khusyuk, sebagai contoh, mampu membersihkan hati dan mencegah individu daripada perbuatan keji. Solat subuh membantu individu melawan nafsu tidur yang berlebihan. Puasa memberikan kekuatan pada invididu yang mengawal nafsu makan, minum dan seks. Zakat membersihkan hati daripada penyakit tamak haloba. Pencarian ilmu melemahkan nafsu yang sukakan kesenangan dan kerehatan dan begitu seterusnya. Mujahadah adalah jambatan takwa.”[4]

Mudah-mudahan Hari Kemerdekaan kali ini akan mengingatkan kita kemerdekaan menentang penjajah hawa nafsu dan usaha membebaskan diri dari neraka Allah. Mudahan-mudahan Ramadhan kali ini akan menjadi platform untuk kita bermujahadah.

-DIPETIK DARI MYJODOH.NET-

160140 | posted by sitimas at 18:52 | 0 comments

Mengenangmu - Kerispatih

Tak kan pernah habis
Airmataku
Bila ku ingat
Tentang dirimu

Mungkin hanya
Kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini
Ku masih sendiri

Adakah di sana
Kau rindu padaku
Meski kita kini ada
Di dunia berbeda

Bila masih mungkin
Waktu kuputar
Kan kutunggu
Dirimu

Chorus :
Biarlah ku simpan
Sampai nanti aku
Kan ada di sana
Tenanglah dirimu

Dalam kedamaian
Ingatlah cintaku
Kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi

160139 | posted by sitimas at 18:01 | 0 comments