home
login::signup
we::blog

dan jendela pun berbisik...

"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) 
 
"I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 
 
"A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous 
 
"If you read, you will judge" - Kurt Cobain

last modified Mar 17, 2005 at 0:17


Wednesday, June 10, 2009

aku dan kereta

lepas kerja hari jumaat hari tu, aku singgah uptown damansara. aku nak beli yong tau foo favourite aku untuk dibawa balik ke seremban. masa dah nak sampai tu, tiba2 aku rasa macam kereta aku berat dan senget sebelah. aku dah cuak dah, tapi aku bawak jugak sampai kat tempat yang nak dituju. keluar aje dari kereta, aku terus check tayar. memang sah tayar depan sebelah kanan aku pancit. bukan pancit tapi melepek habis macam lempeng.

aku takdelah panik sangat, siap pergi beli yong tau foo dulu baru lepas tu aku fikir macam mana nak tukar tayar. nasib baik ada workshop dekat deretan kedai tu. aku approach satu mamat cina tu dan mintak dia pasangkan tayar spare, nasib baik tayar spare aku tu ada angin. aku tengok mamat tu berpeluh jugak nak tukar tayar, lepas tu terpaksalah aku bayar dia RM20. kenapalah hidup aku ni tak macam dalam novel ya. kalau dalam novel tu, kereta heroin pancit tepi jalan, mesti ada hero yang offer tukarkan tayar. hahaha..tak habis2 angan-angan aku.

aku ingat lagi masa belajar dulu, aku pernah janji dengan diri aku bila ada kereta nanti, aku mesti pandai tukar tayar sendiri, mesti tau mana satu carburetor, in short, aku mesti pandai berdikari dan tau benda-benda basic pasal kereta sendiri. aku siap cakap kalau boleh nak pandai baiki kereta sendiri kalau rosak. dah tujuh tahun aku pakai kelisa tu, jangankan nak baiki kereta, nak check minyak hitam dengan air pun aku malas, apa lagi nak tukar tayar sendiri. reti. kalau tanya aku pasal carburetor, lagilah aku tak ambil peduli.

aku cakap dengan the muse yang aku ni konon ajer nampak macam wanita moden yang independent tapi sebenarnya taklah berapa nak independent. kata the muse pulak, it's not about being independent at all. sometimes, if we have extra money, why should we want to change the tyre ourselves when somebody else can do it for us. betul jugak cakap dia tu.

cerita kereta aku ni tak habis setakat tu aje. balik seremban, aku call liza dan suruh dia tempahkan slot untuk aku tukar tayar baru. aku ni memang kes teruk. bayangkan sepanjang tujuh tahun aku bawak kereta, adalah dalam enam kali aje aku pergi service centre perodua kat seremban tu. selalunya, kalau aku nak service kereta, liza akan ambik kereta aku kat rumah bawak pergi ofis dia dan tinggal kereta dia kat rumah aku. aku tau bayar ajer. itupun nasib baik liza kerja dengan perodua. yang kelakarnya, staf dia kalau nampak kereta kuning dengan sticker ac milan, memang dah kenal sangat dengan kereta tu tapi tak pernah tengok tuan punya kereta.

apa yang bestnya, mekanik dia akan explain kat liza pasal condition kereta aku dan liza pulak akan explain kat aku dan bagi aku ruang untuk decide sendiri sama ada nak ikut cadangan dia orang tu ke tak. dan dia orang tu jenis tak berkira sangat especially macam kes tayar ni, aku dapat diskaun dan dia orang tak include pun service charge ke apa. lagilah menjadi-jadi perangai aku bila "dimanjakan" macam ni.

bukannya aku tak sayang kereta kelisa kuning aku tu. hey! walaupun dah nampak macam besi buruk yang bergerak tapi ramai jugak yang offer nak beli kereta aku tu. walaupun luar buruk tapi dalam semua tip top condition, thanks to mekanik2 perodua tu. boyfriend anak buah aku siap offer cash RM25k nak beli kereta aku tu, dont play2. oh tidak! kalau kereta aku tu maintain elok, aku rasa macam nak pakai sampai bila-bila, boleh ke macam tu.

apa-apa pun, aku sangat-sangat berterima kasih kepada liza dan staf dia di perodua seremban tu kerana memastikan kereta aku tu dalam keadaan baik. kecik-kecik macam tu, lepas jugaklah buat road trip tiga hari ke kedah. tak payah pakai 4 wheel drive, kereta aku sampai kat sungai sedim, lembah bujang dan baling, boleh.

aku bukan macam orang lain yang bagi nama pada kereta. the muse panggil kereta dia betty boo. kereta aku kelisa jadi itulah nama kereta aku. orang kata kereta hanyalah satu liabiliti tapi apa yang aku tahu, aku dan kereta kelisaku akan bersama selama-lamanya selagi termampu.

161794 | posted by sitinesta at 21:28 | 3 comments

Thursday, May 28, 2009

ada apa dengan ultras!

aku rasa kalau pun ada masalah maldini dgn curva sud's ultras, that wasnt the time and place to show your disatisfaction or apa2 sajalah.

kenapa the so called ultras cannot differentiate Maldini as the football player dengan Maldini when he is off the field. he is human after all.

memang gampanglah, bila dia orang buat macam tu kat Maldini, hina dia macam tu. tak pernah dibuat orang. if you can applause former milan players yang datang ke san siro wearing other team's jersey, why cant u show some respect to your own captain.

itulah tak mengenang budi namanya or tak understand football langsung. Capelli should be shot or banned from the san siro. ego gila besar sampai sanggup buat maldini macam tu. if other players and coaches from all over the world boleh show their love and respect to maldini but your own team's so called hardcore supporter show their disrespect in front of the whole world, memang sesuatu yang gila bodoh!

bengang betul! the ultras are wrong, baresi wasnt the only milan captain, maldini is also one of the greatest il capitano for AC Milan. Pada aku, Maldini mungkin bukan pemain terbaik dunia tetapi dia memang the best captain yang pernah aku tengok dalam sejarah bola sepak.

161787 | posted by sitinesta at 21:14 | 0 comments

Tuesday, April 21, 2009

The sun has shined again!

I've been working for five years with the same government agency which is some kind of a record for me. So far, i still find my work interesting and i do love and respect the industry. however, in the course of five years, i've worked under four different ministers. it's still too early to say anything about the fourth minister but from what i've seen so far, this new minister has really impressed me.

Today was our first monthly assembly with the new minister. The Minister's speech was really impressive and she has brought back the sunshine into this ministry. Work has become fun and honest again because you know your leader put the ministry's and the industry's well-being first before politic and other thing. there's a good vibe in the air.

You know, it was a huge relief for everybody when the former minister left. Oh my God! i've never seen such a worst leader/minister/human being in my entire life. I dont think this former minister has conscience at all. sheesh! in such a short time, this person has managed to wreck the whole organisation's reputation and destroyed so many people's live.

Now, the sun has shined again on all of us and maybe, just maybe we can be proud of our ministry and agency again after suffering from the darkest year of our working life.

So, there is hope after all! Good luck to us!

161764 | posted by sitinesta at 1:41 | 0 comments

Wednesday, March 4, 2009

perjalanan yang panjang ke singapura

sebenarnya singapura tidak termasuk pun dalam list percutian aku, liza dan supik untuk tahun ini tapi tanpa perancangan yang rapi, kita orang bertiga terus ambil keputusan untuk bercuti di sana.

sebab tak plan, semua benda pun buat last minute. hari sabtu nak pergi, hari jumaat baru liza nak renew passport dia dan aku pulak pagi sabtu baru nak pergi beli tiket keretapi, padahal malam tu nak bertolak. petang sabtu tu, aku ngan liza baru terhegeh-hegeh nak tukar duit. macam-macamlah kita orang ni. supik ajer yang takde problem.

aku tak tau kenapa aku suka pergi singapura naik keretapi sedangkan tiket airasia punyalah murah sekarang. mungkin aku dah terbiasa naik keretapi pergi sana sejak aku kecik lagi. zaman sekarang ni, bolehlah aku pilih seat yang ada tempat tidur tapi aku ingat lagi masa kecik dulu aku dengan mak aku kena berdiri dalam keretapi dari seremban sampai singapura. kalau ada yang kesian, dia orang bagilah duduk, tapi selalunya aku mencangkung aje kat atas lantai bila dah penat sangat.

ramai rakan aku yang tak faham kenapa aku suka sangat dengan singapura. pada mereka singapura tu macam city yang takde soul tapi apa yang mereka tak tahu ialah singapura tu kampung aku. arwah nenek, aunties, uncles and cousins semuanya bermastautin kat negara itu. kata nenek aku manalah nak tahu yang singapura tu akan berpisah dengan malaysia masa dia berpindah ke sana mengikut majikannnya konsulat negara mana aku pun tak ingat dengan membawa dua makcik aku dan meninggalkan dua lagi anaknya iaitu mak aku dan kakak sulungnya di bukit mertajam bersama arwah atuk aku. adik beradik arwah bapak aku pun kebanyakannya penduduk singapura juga. jadi, dari kecik aku memang selalu berulang alik ke sana.

berbalik pada percutian kita orang bulan lepas, keretapi yang sepatutnya sampai pukul lapan pagi tetapi delayed sampai pukul sembilan. kita orang dah tak keruan kerana risau cousin aku dan suaminya terpaksa menunggu lama. sampai aje, kita orang terus dibawa ke arab street untuk sarapan pagi. kita orang makan murtabak daging dan ayam dan minum teh tarik. murtabak daging dia memang heaven aku cakap kau. tak berminyak dan banyak isi dan yang paling penting portion dia besar sampai boleh kongsi lima orang.

cousin aku tanya nak balik dulu atau jalan terus, kita orang terus kata nak jalan sebabnya dua tahun dulu aku dengan liza balik rumah dulu, terus terlajak tidur sampai malam. dah rugi sehari. tempat pertama yang kita orang pergi ialah Malay Heritage Centre kat Kampung Gelam tu. Dulunya, bangunan ni merupakan istana Kampung Gelam tapi dah dijadikan macam muzium oleh kerajaan singapura. berbaloi jugaklah melawat pusat ni sebab penuh dengan sejarah masyarakat melayu singapura. siap ada sudut sejarah perfileman melayu masa kegemilangan jalan ampas. kita orang siap ambik gambar kat replika set filem seniman bujang lapok, set bilik tidur p.ramlee, sudin dan ajis. dah ambik-ambik gambar baru perasan yang fotografi tidak dibenarkan kat situ. hahaha....

lepas tu, kita orang jalan kat sekitar arab street, tengok kedai-kedai souvenir dan restoran melayu, mamak dan minang yang berderetan. kalau aku berposing kat depan kedai tu dan tak cakap aku kat mana, orang akan kata aku mungkin ada kat penang atau melaka. that's how similar the buildings are in singapore, penang and malacca. pengaruh kolonial le tu.

lepas tu cousin aku bawak kita orang pergi marina barrage (reservoir in the city) yang merupakan tarikan terbaru kat singapura. sampai aje kita orang naik lif sampai rooftop. kat rooftop yang bersaiz empat padang bola sepak tu siap ada orang main layang-layang lagi, angin memang kuatlahkan. kat dalam marina barrage tu ada cafe dan multimedia gallery on environment and water. interesting stuff dan memang brilliant tempat tu pada aku especially untuk singaporeans menghilangkan stress. yelah, kalau asyik terperuk kat concrete jungle, sesekali dapat lepak dekat reservoir yang nyaman tu best jugak. kalau kita kat malaysia ni, banyak tempat yang nyaman macam lake gardens or beaches atau belakang rumah kita pun boleh berpiknik, kat singapura susah le sikitkan. makan tengahari kat changi village, nasi ayam penyet dia buat aku sampai menjilat jari, kalau boleh dengan pinggan-pinggan tu aku nak jilat, punyalah sedap. hahaha....

hari kedua - pukul sembilan kita orang dah keluar naik mrt ke jurong sebab nak jumpa cousin aku yang sorang lagi. dia nak bawak kita orang pergi zoo singapura. kalau dia bawak boleh masuk free sebab dia gunakan pass tempat kerja dia. cousin aku dapat masuk free sebab ofis dia ada sponsor a few animals kat zoo tu. aku memang gila zoo, semua negara yang aku lawat, kalau ada kesempatan memang aku akan pergi melawat zoo. memanglah zoo sebenarnya tak bagus untuk binatang tapi kalau takde zoo, orang tak dapat tengok haiwan dengan lebih dekat dan macam mana dia orang nak ada perasan sayang pada haiwan. kalau tak sayang, dia orang takkan ada kesedaran untuk menyelamatkan haiwan dari kepupusan pulak.

sukanya aku dapat tengok harimau putih dan polar bear. memang rasa macam nak peluk aje. lemur dia punyalah jinak sampai boleh berlari-lari keliling kita orang. aku pulak yang seriau tengok. awal tahun hari tu, aku ada melawat zoo negara kita and i cant help but compared the two zoos. memang payah kita nak catch up dengan zoo singapore. kalau ikut lanskap ajer, zoo kita dah failed dan aku rasa kalaulah taxpayer money tu digunakan untuk menyelenggarakan zoo negara instead of guna untuk projek yang tah apa-apa dan kepentingan politik peribadi, mungkin zoo kita ada chance untuk menjadi antara yang terbaik.

seharian jugak kita orang habiskan masa di zoo. masa kita orang bertolak dari jurong, dah nak habis senja dah. kaki dah rasa macam nak patah tapi nak jugak singgah kat orchard road. aku taklah gemar sangat lepak kat orchard road tapi saja nak tunjuk kat supik yang baru pertama kali datang ke singapura tu. sampai aje, aku bawak dia orang pergi hard rock cafe untuk ambik gambar kat luar kelab tu. lepas tu separuh jalan sebelum sampai takashimaya, kita orang berubah fikiran dan terus ambik mrt ke mustafa center kat little india.

tiga jam kat mustafa centre tu bukannya pergi semua tingkat tapi dok habiskan masa memilih minyak wangi. aku memang lemah kalau tengok minyak wangi, sanggup belek satu-satu, tu yang habis tiga jam kat situ ajer. last-last aku beli anna sui tapi lepas tu menyesal. jam dah pukul 11 malam barulah masing-masing kelam kabut nak pergi bayar. kita orang dah janji trip kali ni tak nak naik teksi langsung sebab tu sanggup jalan cari mrt. senang sebenarnya naik mrt ni kalau mulut ringan bertanya. sampai rumah dah nak pukul 12pm, cousin aku pun dah tidur, nasib baik dia ada bagi kunci.

memang kali ni cousin aku pesan suruh buat macam rumah sendiri, kalau nak minum air buat sendiri, makan pun hidang sendiri. memanglah mak aku pesan duduk rumah orang jangan balik lambat-lambat tapi tak boleh nak control le mak oi!

hari ketiga merupakan hari terakhir percutian kita orang di kota singa ni. pagi lepas sarapan, aku lepak sekejap dengan pakcik aku yang aku panggil paman. umur dia dah 74 tahun tapi masih tegap lagi. suami kepada arwah adik mak aku ni adalah antara orang yang paling gentle pernah aku jumpa. sebab tu cousin-cousin aku tak kira lelaki ke perempuan cakapnya perlahan dan lemah lembut as opposed tu keluarga aku yang boisterous.

lepas tu kita orang mintak diri sebab nak pergi membeli belah kat arab street. liza yang memang kaki shopping tu tak sabar nak beli souvenir-souvenir kat situ. kita orang ambik mrt dari tampines ke bugis street. sebelum ke arab street, kita orang lepak tengok tshirt kat chinatown, sempatlah aku beli tshirt gambar van volkswagon yang aku idam-idamkan tu.

lepas penat membeli belah kat chinatown, baru nak teruskan perjalanan ke arab street tapi tak tahu macam mana nak ke sana. nasib baik ada mamat tu nak pergi arab street, dia bawaklah kita orang ke sana. alamak memang dekat gila dengan bugis street sebenarnya. lalu satu shopping complex yang aku tak ingat namanya, banyak barangan untuk muslim kat situ macam baju dan sebagainya. ada satu kedai namanya munawarrah tapi tak sama macam yang kat bangsar tu. bajunya cantik-cantik dan murah dari di KL. aku dengan liza pun beli blouse kat situ. sampai kat kandahar street, kita orang makan kat restoran nasi padang yang bernama sabar menanti. anthony bourdain pun pernah makan kat situ.

lepas tu, kita orang explore lah tempat tu sampai nak patah kaki. tengok si liza shopping macam orang gila. aku rasa ada seribu lebih duit malaysia dia habiskan. yang herannya tu barang-barang yang dia beli tu semua untuk orang, beli untuk keluarga serta staf dan bos dia. barang untuk dia sikit ajer aku tengok. tapi apa yang penting, kita memang suka giler lepak kat arab street ni. lepas penat seharian di arab street, kita orang pun balik rumah dalam pukul lima petang sebab nak packing. cousin aku call tanya nak makan apa-apa yang special, kita orang kata nak nasi ayam penyet. tiga hari kat singapura, asyik makan nasi ayam penyet ajer. hahaha....

lepas dinner, cousin aku hantar ke stesen keretapi dan bermulalah perjalanan balik yang panjang ke seremban pula. namun, trip ke singapura merupakan permulaan yang baik untuk tahun ini. pertengahan tahun, kita orang dah ada plan tapi semuanya bergantung kepada schedule kerja dan tabung pelancongan masing-masing.

161703 | posted by sitinesta at 23:10 | 2 comments