|
nirvana, skoobs dan amcorp mall
akhirnya, aku punya keberanian untuk mintak cikgu aku ajar main lagu The Man Who Sold The World version Kurt Cobain. lagu favourite aku sebenarnya walaupun ia hanyalah cover version tapi aku lebih sukakan cara kurt bawak lagu ni berbanding david bowie. aku pun tak tau kenapa aku takut nak belajar main lagu tu mungkin sebab lagu tu memang sacred buat aku dan aku takut kalau aku tak dapat nak main lagu tu dgn baik, aku sendiri yg frust nanti. tapi alhamdulillah, senang jugaklah nak bawak lagu ni sebenarnya. praktis sitinesta, praktis. hehehe...pemalas betul lah aku ni. ada empat pilihan lagu yg cikgu aku samplekan hari tu, lagu sejati, bernafas dalam lumpur, isabella dan behind blue eyes. dia tanya nak belajar lagu yg mana tapi aku pilih lagu nirvana. hehehe...tapi seronoknya tengok cikgu aku nyanyi dan main lagu2 lama wings dan search tu. budak cina yg minat lagu2 rock kapak, itulah cikgu aku. aku pun tak dengar damasutra, dia pulak yg dengar. lepas kelas, aku, diy dgn zal pergi skoobs sbb nak check out ada tak buku baru yg sampai. ada byk buku best kat skoobs tu tapi harga dia mahal sgt. aku jumpa buku The Promise. rasa tangan tu gatal jer nak beli tapi tengah sesak sikit sekarang ni dan bukunya mahal. aku ada buku tu yg versi paperback tapi dah kena makan anai2 masa aku study dulu. nak menangis rasanya. susah nak cari buku yg ditulis oleh Danielle Steel ni. sebabnya cerita the promise tu asalnya ditulis oleh screenwriter garry michael white thn 1979 dulu utk dijadikan filem. filemnya tu taklah bagus sgt masa aku tengok tapi danielle steel yg masa tu belum terkenal lagi ambik cerita dari filem tu dan dia tulis dalam bentuk novel. power jugaklah jadinya cerita tu. cerita ni bagus dibaca masa mood tengah jiwang karat. cerita cinta org kaya vs org miskin hollywood style. tapi aku suka jalan ceritanya dan wording dalam buku tu - si lelaki cakap "i promised never to say goodbye" dan si wanita cakap "i promised never to forget". happy ending. moral cerita ni jgn kahwin lari. hehehe... sebenarnya buku yg nak dicari tak jumpa, kita org terus pergi Payless Amcorp Mall pulak. entah kenapa sejak dua menjak ni teringin sangat nak baca semula cerita The Brotherhood of the Rose karya David Morrel. diy dah mula kumpul karya2 david morrel cuma satu buku jer lagi yg dia tak dapat buku the brotherhood...tu. rasanya aku dgn dia kena berebut sebab aku pun nak simpan buku tu. memang cerita spy david morrel lebih berkesan kat aku berbanding penulis2 cerita spy yg lain. aku rasa memang cerita klasik tu dah tak dicetak semula, filem dia pun tv dah tak siarkan. dulu masa sekolah, aku tengok filem tu kat tv2. setakat ni hanya auntie kat plaza library seremban jer yg ada buku tu tapi dia pun ada satu copy jer, dah buruk sgt. aku rasa nak pujuk lagi auntie supaya jual buku tu kat aku, pujukan yg entah keberapa kali, aku pun tak ingat. sedih tak jumpa buku david morrel, aku ended up beli buku agatha christie dan mary higgins clark. tak sabar nak baca ni tapi aku ada lima enam novel lagi nak baca, aduh bila nak ada masa ni. dulu masa study, sebulan boleh habiskan baca berpuluh2 buku tapi sekarang ni sebulan satu buku pun belum tentu habis baca. cantik2 jugak baju yg dijual kat foyer amcorp ni. aku, diy dgn zal yg memang dah kekeringan duit ni sempat gak shopping. aku jumpa satu slack warna coklat, stylo gila. best buy RM39, aku pun tutup mata je beli. makan malam kat restoran sri anjung melaka, lebih pada restoran nyonya. cendol dia sedap gila, aku rasa cendol tu yg paling istimewa kat restoran tu. memang sedap. sebenarnya, ni baru kali kedua aku melepak kat amcorp mall, kira ok gakle tempat dia. tak ramai org tu yang aku suka tu. dari amcorp mall terus ke puchong sbb zal nak jumpa makcik dia. singgah sekejap kat kedai barangan elektrik yg berderet tu, aku ended up beli dvd player. ish!!gila apa aku ni. sebenarnya dah tak larat nak layan vcd player aku yg dah semput tu. empat tahun aku pakai vcd player tak berjenama tu, beli kat carrefour subang. akhirnya kantoi jugak dia. balik rumah terus bukak game liverpool. alamak gerrard, kenapa dgn kau. lepas game epl tu tengok pulak game milan vs siena, nasib baik menang...forza milan!
last modified Apr 19, 2004 at 0:36
zuril: terima kasih sbb bagi tau pasal The Specialist Shop tu. nantilah satu hari yg senang akak akan pergi melawat kedai tu. dah dekat sethn apa tak pergi KLCC, rindu jugak nak pergi kinokuniya. last sekali pergi, tengah baca buku puisi dylan thomas, sekali kena halau dgn guard sbb duduk kat tepi tangga tu. terus dah tak nak datang. ;-)
SKOOB = BOOKS..hmm,bila agaknya zuril nak ke situ.mesti best kan.Hari tu masa Zuril pegi KLCC baru perasan ada satu kedai buku yang sama aras dengan Times tapi dekat dengan escalator.(tapi zuril pun tak penah masuk kedai tu,just tgk dari luar je).Entah-entah Sis pernah pergi situ,tak silap nama kedai tu The Specialist Bookshop.Kadang tu,bookshop yang kecik tu,mungkin ada buku yang kita cari.Mungkin...
|