home
login::signup
we::blog

fete de la musique rules!

 
 
aku dah janji hari ni tak nak cakap pasal bola. aku rasa macam nak tercekik bila teringat final game itali ni nanti. dia org semua pun dah warning aku jgn tutup handphone, yalah tu semua tgh tunggu nak belasah aku kalau itali kalah. siott!!hehehe... 
 
suara aku pun dah setanding dgn itik serati, penangan menjerit selama seminggu. kata diy, kalau jerit jgn pakai tekak, kena dari perut. gila lu, ingat ni akademi fantasia ker???? sheesh! 
 
aku nak cakap pasal muzik pulaklah. jumaat maghin, baru aku perasan festival muzik yg aku nak tengok tu rupanya buat hari isnin - 21 jun. hampeh betul! mangkuk ayun mana punya idea buat hari isnin tu aku pun tak taulah. tapi aku rasa dia org ni nak buat serentak satu dunia kot. siot mat salleh ni, ingat kehidupan ini revolves around dia org je ker.  
 
tahun lepas masa aku dgn diy tengok fete de la musique ni, hujan lebat giler, last2 dia org stopkan dulu show. malas nak tunggu sampai malam, kita org pun blah. ingatkan this year bolehlah tengok lama2 sikit tapi hampeh. 
 
aku dgn diy pergilah singgah sekejap semalam lepas kerja. penat dan mengantuk sebenarnya. diy lagi gila sebab dia tak tidur langsung dari ahad malam tu sampai isnin petang. dua2 otak dah jam dan semi-comatose tapi nak jugak pergi tengok fete tu. sebab tulah sesat dekat nak setengah jam. padahal dah selalu pergi. 
 
bila sampai, kita org mula dari berjaya times square. tengok kat situ ada group budak-budak perempuan dari performing arts school tengah menari. alamak boringlah, kita org ke bukit bintang pulak. kat situ lagi tension, group orang tua tengah nyanyi koir. mungkin kalau hari dan masa yang lain, aku bolehlah terima but not last night. 
 
tanya kat crew, dia org kata 'main stage' kat changkat. aku dengar hah! jauhnya nak menapak lagi dah ler lapar. jadah! nasib baik gua pakai sandal je.  
 
sampai2 dia org tengah launched the event. lepas tu adalah pelbagai tarian asli yg dipersembahkan kat stage. aku dah pening2 lalat dah. pinjam kamera digital diy, aku pun snap ler apa2 gambar kat situ. tensionnya, kamera digital tu zaman tok kadok yg pakai disket tu. dah ler berat gila, lembap betul kamera tu nak rakamkan gambar.  
 
tapi terubat jugaklah hati bila tengok persembahan brass band yg menarik, siap menari lagi budak2 tu. capoeira dance pun ada, best jugak tariannya dan budak2 tu pandailah handle tarian tu. macam nak join jer rasanya. hehehe... 
 
 
 
malam tadi panas macam apa, aku dah tak selesa rasa belengas sangat. hati pulak berbelah bahagi nak balik, tak balik. bila dah rasa macam nak balik, muncul pulak satu group yg datang dari johor kat atas pentas tu. bawak tong dram, didgeridoo, gitar, keyboard dan tabla. aku pun excited gilalah. aku suka sangat dgn bunyi didgeridoo, alat muzik orang asli australia. bunyi dia buat aku terbayangkan landscape kat australia tu. 
 
sekarang ni didgeridoo banyak group underground pakai termasuklah koffin kanser. malam tadi bebudak tu memang kreatif. kombinasi alat2 muzik dia orang campur pulak dgn muzik reggae, teruja aku dibuatnya. tapi dia orang main dua lagu jer, tu pun aku dah puas hati. 
 
lepas show dia org, tiba pulak giliran wakil french embassy. alamak, dia org nyanyi opera, menyesakkan kepala otak aku, diy pun ajak blah. kita orang turun balik ke bukit bintang, sheesh! choir lagi ker? pegi kat stage sebelah, ada band tengah prepare nak buat show dia org. tapi nak tune guitar dia pun ambik masa berjam2, kita org pun blah. sebenarnya, dah penat, tu yg sakit hati tengok semua benda tu.  
 
kita org pusing balik ke berjaya times square, nak tengok apa lagi yang ada sebelum kita org betul2 balik rumah. oklah persembahan satu band tu. muzik dia orang very2 interesting dan yang pentingnya original. tapi by this time, kita orang dah nak nyawa2 ikan. dengar satu lagu jer kita orang pun balik, tapi sempat gak la ambil gambar dia orang. 
 
aku wish sangat tahun depan dia orang buat event ni hujung mingu. pergi pun tak boleh nak enjoy the music pun tak guna jugak. dah ler clash dgn bulan euro. argh!!tempat jauh-jauh pulak tu. kita orang balik masa tu dah pukul 10 lebih, aku rasa bila dah dekat pukul 12 malam, show dia orang mesti makin best. takpe! next year ok! aku pun akan join sekali. ceh! berangan. main plucking dgn tapping pun sangkut-sangkut lagi. 
 
bila dah dekat nak sampai rumah, dua-dua rasa lapar, jadi singgah kat pantai hill park beli chicken chop kat restoran mama chop papa grill. lazatnya, mash potato dgn gravy resipi tersendiri.  
 
sampai rumah, diy kata dia tak tahan ngantuk dan dia nak terus tidur. dia kata nak makan masa tengok bola nanti. ok jugak tu. last2 aku masuk peti ais sebab tak tahan ngantuk masa tengok bola. hari ni baru nak makan. hehehe...

last modified Jun 22, 2004 at 3:40



[ add a comment ]

Aku pun pergi menonton & menangkap beberapa gambar masa fete de La Musique tu. AKu pergi yang kat Times Square. Ada member2 perform... not bad but then aku rasa promotion & hari kureeng sesuai sikitla..
Citer pasal bola.. aku ni dah kena mc 1 hari..tido tak cukup doktor kata..so semalam lepas makan ubat n tidoq..langsung miss game itali.. but i feel really bad bout Itali. Macam ada tak kena je..kan?
Anyway.. I am praying for France..since buah hati aku ada kat sana kan... heheh ( u know sapa kan?)..and I hope Portugal & Czeck pun mara...ke aklhir..

111189 | posted by kulatkulat on June 23, 2004 at 22:56

mamma mia?

trap resigned trap resigned trap resigned trap resigned. I can chant that forever and be happy with it. This calls for celeberations! We say Lippi? Yes NO MORE TRAP. NO MORE THE SICKENING LOVER. bleh.

But yeah i heard your bleed during the game. Don't worry it's for the future. So I hope.

Only Buffon, Nesta, Cannavaro, Zambrotta and Cassano can hold their heads up high.

Well at least the comment in football italia is definately correct. So yeah it's not all gone TRAPS GONE! -lunatic sick aren't i?-

111148 | posted by dania on June 23, 2004 at 11:09

Ahh, bestnya pergi festival muzik. At least boleh la mengubat sikit hari yang duka lara sebab Itali kalah!

Takpa. Itali tunggu World Cup 2006 je lah...

111096 | posted by khalilur on June 22, 2004 at 22:44

apa sudah jadi pada itali ek.ramai kata itali punya performance kurang memberangsangkan..

kalo zuril,rasanya mesti enjoy sangat-sangat tgk capoeira dance tu..teringat dulu,salah seorang classmate zuril pandai menari tarian tu..

111065 | posted by zuril on June 22, 2004 at 16:01