|
lagu dan irama
Qing Fei De Yi tiga minggu lepas, aku belajar main lagu ni. mula-mula bila cikgu aku kata nak ajar aku main lagu harlem yu. aku macam tercengang sikit sebab harlem yu? sape harlem yu???? rupa-rupanya harlem yu tu pencipta dan penyanyi lagu tema drama Meteor Garden yg pernah meletup sekejap kat malaysia ni. ramai yg gilakan kumpulan F4 dari taiwan tu termasuklah roommate aku zal. aku taklah minat sangat ngan boy band cam tu. tapi bila dengar lagu tu, memang bestlah pada pendengaran telinga aku. tapi bila main aduh! susah banget. kiranya tempo dan melody tu dah ada cuma aku punya plucking dgn tapping tu lambat tak selari dengan pertukaran chord aku. aku memang tension kalau lagu banyak plucking ni. boleh nak strumming kalau main lagu ni tapi tak mencabar. bunyi dia pun lebih sedap plucking. dah ler aku ni pulak pemalas nak praktis. bila tengok linda, pelajar akademi fantasia nyanyi lagu sambil petik gitar dia, aku rasa macam wah! bestnyalah budak ni. sebab aku kalau start strumming country style atau plucking aku mesti tak leh nak nyanyi. tapi kalau aku main down strumming, boleh pulak nak nyanyi sikit2. lepas tu aku tengok linda tu plucking pakai dua jari je, ibu jari dgn jari telunjuk dia. kau tau kalau orang main stail-stail camtu, dia orang tu self-taught punyalah. lagilah aku respek. mesti dia tak ambik peduli pun nak main stail PIMA ke apa ke cam aku ni. kalau PIMA, masa plucking tu kena guna empat-empat jari kecuali jari kelingking. kata zal, tak bolehlah nak rigid sgt macam cikgu yg selalu marah kalau salah guna jari. asal ada melodi dgn tempo cukuplah. entahlah mungkin betul kata dia tu. tapi aku suka cara aku yg aku belajar sekarang ni. at least aku tahu basic yg betul, lepas tu barulah berani nak eksperimen-eksperimen sikit. cuma yg aku tension sekarang ni nak tune gitar. dah berapa banyak kali tali gitar aku putus masa mula2 nak belajar tune tu. sekarang ni boleh lah tune sikit2 tapi takdelah dapat tune tepat sangat. aim aku nak beli tuner tu pun belum kesampaian lagi. nantilah. kalau ada tuner, senang sikit. ikut jer indicator tu tak payah susah2. dua minggu lepas, cikgu aku ajar main lagu nirvana - about a girl. itu memang salah satu lagu kegemaran aku. ingat lagi masa mula-mula dengar, aku berangan nak main gitar lagu ni. tak sangka lak akhirnya dapat main. entahlah mungkin aku beranggapan bahawa mesti susah nak main lagu ni, jadi bila cikgu aku ajar hari tu. lah senangnya, simple chords, cuma intro E dgn G tu cara strumm dia lain sikit. dulu aku ada masalah dgn bar chord tapi sekarang dah ok sikitlah. setakat C#, G# dgn F# tu, dah boleh handlelah. lepas tu tiap2 hari asyik nak main lagu ni aje. gila. hari ahad hari tu tak keluar rumah langsung. daripada pagi sampai malam asyik dok jamming lagu ni jer. zal pulak tengah gila main lagu rozana. dia ada kawan jamming dia. budak tu yg ajar dia main lagu2 rock kapak ni. aku sebenarnya rindu nak dengar dia main lagu2 klasikal yg dia belajar tu tapi dia gila nak main akustik plak sekarang ni. sekarang cikgu aku dah start bagi dua lagu serentak untuk praktis. hari tu kat kelas dia ajar lagu about a girl tu tapi dia bagi chord satu lagi lagu untuk aku cari sendiri tempo dgn melodi. lagu knocking on heaven's door. dia tak cakap pun version yg mana. jadi aku ambik jalan selamat, buat version avril lavigne, slow sikit. hehehe...tapi chord dia punyalah senang. tiga chord jer. main ulang2. tak mencabar langsung. tunggulah hari sabtu ni camna verdictnya. susah nak puaskan hati cikgu aku tu. p/s: harap-harap janganlah portugal masuk final kalau tak aku kena belanja dia. arghh!!!!!budus punya itali.
last modified Jul 1, 2004 at 1:38
omg, i just went humping to sites and I just saw nesta's site is revamped. I thought it was dead. ok I know. I'm being very very outdated. damn. but ah well. i like this fanlisting of nesta as well. cun lah. haha shall make you a cun banner like that on nesta. still polishing my darn skills. http://nesta.magikstar.net/
another guitar player! how long have you been playing guitar? and what guitar do you use?
zaza: eh, zaza betullah kau ni. confirm hardcore meteor garden. hahaha...kau suka lagu tu ya! nantilah tiap kali aku praktis lagu tu, aku tujukan kat kau ya! ;-)
dania: yeah dania! actually, i was secretly hoping for portugal to beat holland. hehehe...
macam berabad tak dengar cite pasal meteor garden tuh. dulu (padahal last year je kan?), punyela kecoh pasal drama nie and f4. But anyway heard of the song(more like polyphonic version) and wonders how it'd be with you playing it. Hmm,portugal oo portugal..
waduh..waduh.......waduh.....zaza pun minat habis tau dgn lagu harlem yu tu. siap buat ring tone tetap lagi....meteor garden I dah 2 kali tgk. meteor garden II baru sekali tgk. ada masa nk ulang tayang balik meteor garden I. heh...heh...heh
|