|
malam gema warisan
jumaat kelmarin, malamnya begitu dingin sekali. aku dan diy hampir putus asa untuk meramaikan majlis puisi di muzium negara. namun keinginan yang menebal buat aku dan diy menggagahkan jugak diri menuju ke muzium bersejarah tu. majlis puisi mainan teater elit yg bekerjasama dgn pihak muzium ni sangat menarik perhatian aku. cumanya tidak berkesempatan untuk hadir di dua sesi terdahulu. ah!ruginya. apa yang bagusnya pasal majlis puisi ni, ia sangat santai sekali dan tanpa protokol, majlis tu begitu mudah dan indah sekali aku rasakan. masa kita orang sampai, majlis dah bermula hampir satu jam dan ada monodrama yang tengah disampaikan kat atas pentas kecil tu. monodrama bertajuk dialog burhanuddin. mantap sekali bait-bait dialog dr burhanuddin helmi yang disampaikan. aku seolah-olah dibawa ke zaman pra-merdeka dahulu. kalaulah ada terowong masa, mahu rasanya aku kembali ke zaman-zaman tu. melihat sendiri pejuang-pejuang bangsa bertungkus lumus memerdekakan bangsa dan negara. selesai sahaja monodrama itu, kami disajikan dengan nyanyian lagu-lagu puisi oleh "folk singer" Meor. dia memang antara penyanyi favourite aku. walaupun dia tak famous macam Iwan Fals atau Bob Dylan tetapi hasil kerjanya jujur sekali. pertama kali aku tengok persembahan dia masa festival gitar kat balai seni lukis negara tahun sudah. best giler. meor nyanyi lagu ciptaan dia sendiri - Itu Padang...Aku Di Situ. sukanya suara dan stail main gitar dia. nampak rusty tapi bunyi memang best. lepas tu naik pulak kumpulan sahabat palestine. aku tak berapa familiar dgn dia org ni. tapi dia orang nyanyi pun best jugak - a nice rendition of Bukan Kerna Nama.
hidup aku ni memang penuh dgn ironi. lepas habis baca buku erskine hari tu, aku sambung pulak baca buku dr siti zainon ismail - Alam Puisi. tiba-tiba masa malam puisi tu, dia muncul kat depan mata aku. terperanjat gila aku bila tengok dia kat atas pentas tu. rasa berdebar-debar pun ada bila dapat jumpa idola. cantiknya zainon malam tu, suaranya pun gemersik bila baca puisi. masa zainon baca puisi Suaraku Sedingin Musim Salju yg dia tulis untuk rakan puisi dari rusia - boris parnikel, suaranya bergetar, air matanya bergenang. aku pun rasa sayu semacam. aku tiba-tiba teringatkan usman awang. lepas tu bila dia berbalas sajak Sa dan Di dengan teman rapatnya Sutung dan Dinsman, suasana menjadi lucu. aku suka sekali bila sajak zainon disambut pula oleh sutung dan dinsman yang berada di bawah. seronok sekali melihat mereka seperti berbalas pantun. kata zainon, ini pernah mereka lakukan ketika tahun 70-an dulu. aduh, di saat2 macam ni, aku seperti mahu dilahirkan seusia dengan mereka, menjadi sahabat mereka dan tenggelam dalam arena seni puisi dan syair melayu, biar aku lemas janji aku puas. tapi aku fikir, kalaupun aku tak cukup berseni macam dia orang sekurang-kurangnya aku berpeluang menikmatinya. zainon dah memulakan kembara seninya sejak berusia 19 tahun. belajar lukisan di studio yogyakarta, bergaul dengan guru lukisan hebat seperti affandi, berteater di sana manakala teman-temannya merupakan jaguh-jaguh seni seperti rendra, mochtar lubis dan chairil anwar. malah puisi-puisi awalnya diedit tokoh hebat, usman awang. aku kagum dengan wanita ini. perjalanan hidupnya begitu hebat sekali. puisi-puisi yang dihasilkannya begitu indah. aku cemburukan kehidupannya. habis sesi bersajak, penonton diberi peluang membaca sajak mereka tapi aku dan diy tak berani mencuba. lepas tu kita orang dihidangkan pulak dengan dondang sayang. sekali sekala dengar memang best sebenarnya dondang sayang ni. habis je persembahan, aku dgn diy pun balik. masa tengah jalan tu terserempak dgn dr zainon. kita org macam nak tegur tapi lidah masing-masing kelu, akhirnya cuma berbalas senyum aje. aku dan diy tak sabar nak menunggu setiap jumaat ketiga muncul. akan ada lagi majlis puisi ini dan kita orang dah janji tak nak miss walau satu pun. p/s: fabio, since you are the only italian i know who read my weblog, this entry was about my visit to a poetry event. hehehe..
last modified Jul 27, 2004 at 6:28
saorangorang: insya-Allah, saya bagi tau nanti kalau ada apa2 acara puisi yg menarik.
fabio: yippie! i am so glad to finally able to read ur word here. it's really precious my friend. and i promise to write to you a very long letter after i return from langkawi. hehehe...
mokciknob: no, it's not APUKE. this is the first time i heard of it. your weblog is very-very interesting and cool, who doesnt want to link it. ;-)
pires: diy, kau dan puisi kau yg selalu keluar macam air je. tu yg aku jeles tu.
malam gema warisan yang menggetar perasaan membangkit kenangan yang memertabatkan puisi, pemuisi sajak dan penyajak membakar perasaan dengan dendang dan dondang merapat dan menjalin yang tua dan muda baru dan lama malam yang kita cari tiga minggu lamanya dan pasti akan ketemu lagi di tiga jumaat lagi
Siti Nesta, Acara ni ada kaitan dengan APUKE? (Puisi Pusing Keliling). Dulu saya rajin jugak menghadiri, tapi malangnya sudah lama tidak diberi notis oleh penganjurnya, Budi.
And thank you for the link!
Thank you, Siti. But i understood everything.... almost! Ciao fabio
jeleslah aku...
asyik terlepas acara2 macam ni...
nanti ko maklumkan ya kalo ada lagi ...
|