|
demam bola??
sebenarnya, aku bukan aje demam bola tapi demam betul2. hari ahad maghin, badan tiba-tiba rasa tak sedap lepas penat kemas rumah. capai sweater lepas tu berselubung bawah selimut tengah-tengah hari buta tu. diy cakap aku demam sebab terkejut tengok liverpool main macam siot. memang pun. sungguh menyedihkan betul. aku sanggup berkorban tak tengok konsert final AF sangat sbb nak tengok bola tapi hampeh! lagi ahad malam tu tengok pulak arsenal belasah everton, lagilah aku demam. aku belasah ubat demam diy, mengantuk gila. tertidur sampai maghrib baru terjaga. malam tu pulak sambil tengok game epl sambil exercise bagi keluar peluh. malaslah nak demam2 ni. bila tengok buku rawatan aku, kali terakhir aku sakit, bulan jun 2002. dapat MC. kira last year aku tak sakit langsung. best gila. hari isnin aku kerja gak macam biasa. kawan sepejabat aku pulak bagi aku makan ubat selsema dia. tapi kepala sebenarnya dah miong-miong sikit. balik malam tu sempat lagi praktis gitar sikit-sikit. semalam pagi kepala rasa berat, batuk-batuk dgn selsema, aku pun telefon ofis cakap MC. kebetulan pulak diy cuti sebab ambik ujian bertulis untuk memandu. tahniah babe! dia temankan aku pergi klinik kat bangsar, klinik favourite aku sebab doktor tu hensem gila + baik. hehehe... doktor nasihat minum air dan tidur banyak2. bestnya aku dengar tapi kenapa doktor bagi mc satu hari jer. hehehe...lepas pergi klinik bukannya aku balik tidur tapi pergi melepak kat mid valley pulak dgn diy. hampeh! frust giler bila pergi jual majalah2 lama kat recycle centre di mid valley tu. 15 kilo adalah dalam RM3. berde'eh macam nak mati aku dgn diy angkut majalah2 tu, dapatnya tiga ringgit jer. sheesh! nak buat beli makanan gendon dgn kaka pun tak cukup. hari ni kat ofis mengantuk gila tak boleh nak tahan-tahan. kalau ikutkan hati, mau aku balik rumah ni. 14/8 - sabtu maghin, aku belajar dua lagi lagu baru. lagu inggeris dan kantonis tapi cara main hampir sama. dulu, aku tak berapa gemar main cara finger-picking atau pun plucking ni. jari-jemari aku selalu tersangkut antara strings tu. sekarang main dah improve sikit tapi masih kena banyak praktis. bila fikir balik, a'ah dah lama jugak aku tak pakai pick bila main. lagu first, five for fighting - superman. lagu ni piano based dan memang best giler. chords lagu ni pun empat jer - C, G, Am dan F. masalah aku ni, cikgu cakap main tu takde feel, so bunyi pun tak berapa nak sedap. kata cikgu aku, quote: "playing guitar is all about feeling. kalau takde feel memang takkan jadi punya,". unquote. memang betul pun. bila kita org main serentak, chords yg sama, cara plucking yg sama tapi bunyi yg berbeza. aduh macam mana nak dapat feel ni. hayati lirik ke, tak jugak. camne ni. sebenarnya, macam mana nak feel kalau main, jari asyik sangkut-sangkut jer. kena cepat tapi kena pastikan tempo tak lari. aduh, tensionnya gua. macam mana nak dapat feel kalau asyik nak fikir teknik. cikgu kata tak pandai balance lagi tapi skil tu akan datang sendiri nanti, kalau rajin berlatihlah. macam perli aje. lagu second - Beyond - hei foon lei (saya suka awak). ni pun kira adik beradik jugaklah dgn lagu first tu. sekurang2nya lagu superman tu boleh jugak nyanyi tapi lagu kantonis ni, nak nyanyi apa. wuaaaa!!! apa-apa pun, buku aku dah habis. this week mesti dapat buku baru. cikgu jangan naikkan level aku dulu, nanti kena bayar fee tambah RM10. aku cakap dgn cikgu, aku beginner sampai mati so tak payah naikkan level aku. hehehe...
last modified Aug 18, 2004 at 3:49
zuril: memang murah giler. frust sangat sbb 16 sen sekilo kot. tapi memang ada kaunter alam flora utk recycle kat situ.
berhenti berharap, belum lagi tapi nantilah. akak belajar lagu so that i can play it just for you walaupun zuril tak dapat dengar. hehehe...
hehehe..dah sihat dah?entri kali ni bunyi macam happy je,especially part "kepala miong-miong" and "berde'eh" tu..kepala miong-miong first time dgr..hehe..oh,kat MIDV boleh jual majalah lama?termasuk newspaper ke?rasa macam murah sangat tu..just RM3 je..hmm...lenkali dah takleh jual situ dah.. 
P/S : sis,lagu BERHENTI BERHARAP pandai main tak?intro lagu tu best..tp,nak main kena guna cara plucking kan?
'twas thinking of selling old textbooks (nie gaurantee more than 20kg) but haven't found the spot to sell. MVMM nie jauh la pulak. Anyhoo. Heh, mana vicks? Kalo demam, Vicks is your bestfriend. I mean seriously. It helps alot. But then by the time you read this pun, dah sihat walafiat kan? Heee..I was sicked last week tho. So that's the best advice I have to say, aside from drinking mugs of thick herbal ginseng tea (Ergh). Oh yeah, Me friend nie hardcore liverpool fan (I still reckon it's more of owen, but no matter) and I've been getting updates of the club like everyday. Players punyer la banyak superstars, it's just a matter of time before they perform. Look at me Lazio, nazak gile. But oh well.
But then I also realized, in this ugly competition, the beauty actually stood out. I meant to say, Juve, Milan, Parma were all helping Lazio by paying their off loan players advance wages so Lazio won't have to bother so much about the money. The little things that keep my football enthusiasm alive. 
Dahla tu, Liverpool ader Rafa. Hmph. I have alot of trust in that fella although many dislike him in EPL. Bleh. Therefore, So it's just a matter of time before Rafa creates magic. But gotta say, Gunners really have powerhouse backup.
One day we should hang out Me granma says thank you btw. Amin Nesta straight. Got himself a great girl too. Oh lagu apa ini?
|