home
login::signup
we::blog

cinta gila

aku jatuh cinta hari sabtu hari tu. aku tak pernah ada perasaan macam ni. kata orang cinta pandang pertama. tengok terus suka. lepas tu dah tiga hari ni aku tidur tak lena, makan tak kenyang sebab teringat-ingatkan cinta aku tu.  
 
asalnya, aku pergi kelas macam biasa hari sabtu hari tu. hujan pulak renyai-renyai, aku pun takdelah suspek akan ada sesuatu istimewa yg akan berlaku ke apa ke. aku pun dah dua minggu tak pergi kelas. praktis pun macam ikut mood. 
 
sampai-sampai aje terus mula kelas, borak sikit-sikit lepas tu cikgu aku kata dia nak ajar satu lagu beatles - let it be. aku pun suka jugak lagu tu. dalam setengah jam tu aku praktis lagu let it be. chord dia mudah jugaklah lagi pun aku boleh curi tulang sikit tak payah main barre chord. plucking aku dah ok sikitlah aku rasa, cuma yg istimewanya lagu let it be ni ada sikit permainan bass kat hujung lagu. aku suka part yg tu jelah pun. 
 
lepas tu dia kata nak ajar aku satu lagu beatles favourite dia. tajuknya And I love her. aku ada 20 lagu beatles dalam simpanan tapi aku tak ada lagu yg ini. budus betul aku ni. bila cikgu aku mainkan lagu tu, bedebush! terus aku jatuh cinta...kat lagu tulah bukan kat cikgu aku walaupun dia cute giler. aku tak taulah, dah banyak jugak lagu aku main tapi macam ada sesuatu kat lagu 'and i love her' ni. 
 
berhantu gila sampai buat aku teringat-ingat. especially intro lagu tu, E, F#m, E. jarang aku nak praktis lagu sampai berjam-jam tapi dgn lagu ni aku sanggup walaupun cikgu aku kata nak main lagu ni tangan memang akan sakit sikitlah especially bila banyak barre chords. susah nak main especially untuk beginner yg pemalas tahap dewa macam aku ni. 
 
entahlah! rasanya memang aku dah betul-betul jatuh cinta dengan lagu ni. malam tadi aku praktis dekat empat jam sampai pukul 2 pagi. pergelangan tangan kiri aku dah cramp, tak pasal pasal zal kena urut. semalam petang, sibuk aku cari lagu ni nak bubuh kat weblog aku as a background music. aku rasa geram sangat sebab masih tak boleh nak main dgn baik lagu ni. tapi aku macam dapat satu motivasi pulak nak berusaha bersungguh2 praktis sampai mahir. strumming style dia pun aku suka, sumerlah aku suka tentang lagu ni.  
 
jadi aku rasa nak dedicate jer lagu ni pada sesiapa saja yg datang ke weblog aku ni sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja. 
 
p/s: kalau mak aku tau ni mesti dia cakap baguslah tu, org berjaga baca quran, bulan puasa ni, kau main yg bukan-bukan. 
 
betul jugak tu kata mak aku. minggu kedua puasa aku cuti seminggu, lepak kat kampung. habis jugaklah dua tiga juz quran aku baca. bila dah balik kl ni hampeh. teruk betullah aku ni. kalau tak kena bebel tak buat. aku selalu ingat oh sembahyang lima waktu dan baca yassin tiap-tiap malam jumaat tu dah cukup bekalan aku nak ke akhirat. memang tak senonoh, tah bila nak berubah. insyaAllah.

last modified Nov 1, 2004 at 21:07



[ add a comment ]

assalamualaikum

best lagu nih..saja singah jap..

149121 | posted by keruean on October 19, 2005 at 23:24

ARGHHHH!!!!!

Ko tgk tak Liv v Birmingham? Takda Baros, takda sapa boleh score!! Siul betul!!

127518 | posted by khalilur on November 8, 2004 at 0:07

macam mana agaknya lagu tu ye.tak pernah dengar lagi.lagu beatles,yang saya tahu..cuma Yesterday je kot.

erm,kita semua boleh berubah,Insya Allah.tak terlewat lagi..

127053 | posted by zuril on November 4, 2004 at 1:47

nak carik la..

nak ronda2 dan nak carik la umah yang ada bunyi gitar lagu beatles... hehehe

cikzz tengah carik rumah baru ni sebab hsemates semua nak kena pindah ke Putrajaya.... tapi kan, rasa macam dah selesa kat PD ni... :(

126976 | posted by ladyfloppy on November 3, 2004 at 18:38

macam-macam cinta yg ada di dunia nih .........

126850 | posted by zaza on November 2, 2004 at 21:28

waahhhh congrats sis...!!!

126831 | posted by zz on November 2, 2004 at 20:25

lagu ni pernah jadi nyanyian aku semasa mengorat mem dulu.

siap main gitar kapok sambil nyanyi di telefon lagi diKuching masa tu....
.
.
.
I know this love of mine
Will never die
And I love her .....still and forever n ever n ever.....

126743 | posted by saorangorang on November 2, 2004 at 2:48

:: tahniah ::

tahniah atas cinta pertama yang jatuh ke hati anda

126718 | posted by unsunghero on November 1, 2004 at 21:59