home
login::signup
we::blog

kalau itu takdirnya....

seminggu sebelum menjelang aidilfitri, banyak benda bersejarah berlaku dalam hidup aku. aku rasa agak tertekan dan banyak benda bermain kat fikiran aku sampai aku lost weight. tapi bagus jugak tak payah aku diet. hahaha... 
 
aku tau apa yg aku buat tu ada pro dan kontranya dan kalau aku buat benda tu my reputation would go down the drain tapi aku percaya sesuatu yg berlaku tu tentu ada hikmahnya. dan org yg kenal aku dan kenal bos aku mesti faham kenapa aku buat apa yg aku buat. lepas 4 tahun bekerja di agensi ni, aku ambik keputusan nekad berhenti 24 jam. memang aku buat kejutan of the year bukan sahaja utk bos aku tapi semua org yg kenal aku. ofismate aku semua tahu plan aku tapi kau suruh dia org rahsiakan dan aku suruh dia org cakap dia org tak tau apa2 pasal aku nak berhenti. aku tak mau dia org dimarahi oleh bos aku. 
 
sakit jugak raya ni, bila aku kena bayar gaji sebulan sebab berhenti 24 jam. menggigil jugak aku bila bayar kat assistant manager akaun tu. dia pun terperanjat gila bila aku kata nak berhenti. so, 8 november hari tu secara rasminya aku berhenti. seminggu sebelum tu bos aku pergi singapore, so memang aku tak jumpa dia langsung. weekend tu aku kemas semua barang-barang aku, tinggalkan souvenir kat atas meja ofismate aku dan akhir sekali tinggalkan surat resign atas meja bos. aku memang tak nak jumpa dia langsung, i didnt want to give her the chance to pounce on me before i leave macam yg dia buat kat senior aku yg berenti seminggu sebelum aku. dia torture kakak tu sampai demam. 
 
isnin tu aku datang hantar surat resign kat HR. aku ucap selamat tinggal kat semua staf HR, teknikal dan semua org yg kenal aku kecuali bos aku. i know it's a coward way out but like i said, i didnt want her to have the last word. 
 
aku sebenarnya berhenti bukan sebab bos aku aje, ada banyak sebab lain. kerja aku misalnya, aku dah boring tahap dewa. it's not something that i created, aku cuma distribute aje. takde satisfaction dan buat aku jadi brain dead. i need a job that can give me the adrenaline rush. jadi, dah sampai masanya aku buat sesuatu utk merubah kehidupan aku instead of whining about it in this bloody weblog. 
 
sebenarnya sebulan yg lepas, aku pergi interview kat another gov agency. masuk minggu ketiga puasa, dia org telefon cakap aku dapat job tu. alhamdulillah syukur. gaji memang lumayan tapi aku tau kalau aku pilih kerja ni, hidup aku hanya akan dipenuhi dengan kerja, kerja, kerja. aku tak tau apa yg menunggu aku di tempat baru nanti. aku mungkin seperti keluar mulut harimau masuk mulut buaya tapi aku rasa aku dah bersedia utk menghadapinya. 
 
it's not like i havent got the experience, eh! 5 jobs in 6 years. teruk betul aku ni. umur dah suku abad tapi masih tercari-cari kerja yg sebati dgn diri aku. kat tempat baru ni, aku akan mula kerja 1 dec nanti. aku rasa aku akan suka dgn kerja baru aku ni. and in my line of work, aku tentu akan jumpa rakan-rakan dari ofis lama. silap-silap, kena berurusan dgn bos aku. ironinya, bos-bos baru aku pernah berurusan dgn bos lama aku dan dia org tak impress langsung dgn atitude bos aku. dia org cuba gak nak korek pasal bos lama aku masa interview hari tu tapi aku diam jer.  
 
aku harap aku akan dapat kepuasan dengan kerja baru aku ni. walaupun, aku terpaksa melalui semula perkara remeh temeh, memperkenalkan diri, terpaksa menyesuaikan diri dgn rakan ofis yg baru tapi aku anggap itu sebagai daripada proses kehidupan yg perlu dilalui. walau apapun, yg pastinya, aku tahu segelintir manusia yg aku kenal di agensi lama tempat aku bekerja merupakan manusia-manusia paling baik yg tuhan anugerahkan kepada aku dan untuk itu aku bersyukur kerana mereka bukan setakat rakan sepejabat tetapi lebih dari itu dan aku akan pastikan persahabatan itu akan terus terjalin...insyaAllah

last modified Nov 22, 2004 at 8:39



[ add a comment ]

loppiess: kalaulah realiti itu tidak terlalu pahit utk ditelan sudah tentu mahu saya campakkan segala2nya ke tepi dan menjejaki loppiess dalam pengembaraannya.

kudo: thanks kudo! yeah! i guess that should be the best parting call for my former boss. ;-)

zuril: terima kasih sis. semoga kehidupan akak seterusnya diberkati tuhan.

pires: thanks my friend. u know me, the ultimate wallflower. i can never get rid of this bloody shyness but hey im trying. whatever it is, i believe you will be with me every step of the way to cheer me up or to simply scold me. hehehe...

zz: selamat hari raya zz. thanks. harap-harap aku juga buat keputusan yg betul.

kulat2: thanks. betul kata kau tu. sudah sampai masanya aku menentukan masa depan aku sendiri tanpa perlu bergantung pada sesiapa.

ladyfloppy: zaza, rezeki itu ada di mana-mana dan pengalaman itu yg mendewasakan kita.

rainbowboy82: aku tau satu hari nanti angin perubahan juga akan bertiup ke arah kamu. cuma sama ada mahu membiarkan angin itu menembusi tubuhmu atau mengikut arah angin itu semuanya terpulang kepada diri kamu sendiri.

130293 | posted by sitinesta on December 5, 2004 at 22:23

Backpacker.

aku juga akan berhenti satu masa nanti, tapi bukan 24 jam dan bukan makan gaji lagi, kerja sendiri, tulis cek gaji sendiri, surat cuti sain sendiri, bonus brapa nak?, suka hati....woww
aku akan ambik 3 kali cuti setahun, yg pertama akan daki gunung everest, sampai tahap yg sanggup selama 3 minggu. yg kedua perjalanan dgn keretapi ( turun/naik) dari Shanghai ke Beijing selama sebulan dan ketiga jalan jalan (naik/turun) bas dari Hujung Sumatra hingga ke timor timor via Pulau Jawa / Sulawesi selama dua bulan. errrrrr...apa aku tulis ni Siti? ini semua short term goal.
sapa nak ikuttt?

130177 | posted by loppiess on December 4, 2004 at 10:12

good luck in your new endeavour. boss lama boleh jalan daaah!

129894 | posted by kudo on December 1, 2004 at 17:41

selamat mencari pengalaman baru di tempat baru.

129314 | posted by zuril on November 26, 2004 at 12:21

hey fren,
a step is all it needs for a change,
a change is all it needs to revolt,
a revolution starts with making a decision...don't think of the right and wrongs...time will tell...the most important thing is how all those experiences have molded you...as a person...when you look back...you'll find that u're not the same R at Lendu years ago who prefer to sit at the back of the class...u're no longer the person who thought NST is the best place to know journalism...and when u think of ur last job...u'll smile as the things that come to ur memories are those pleasant ones...u will soon forget all the nasty things...i learn to forgive and forget...an i'm happier...i know u will too...just enjoy ur new job as it is...i'm sure the road ahead promises interesting challenges for you...

128993 | posted by pires on November 23, 2004 at 18:06

kesah berulang

teringat setahun dulu, mula² aku menjebakkan diri dalam dunia blogs ni. Selang beberapa hari notis 24jam aku tinggalkan demi kepuasan hati aku. Tapi syukur, aku buat keputusan yang cukup tepat. Hingga hari ni tiada perasaan kesal wujud dihati.

4 u sis,
Good luck and selamat hari raya.

128890 | posted by zz on November 23, 2004 at 1:13

Things happen for a reason

Aku percaya kau ikut kata hati ngkau yang dah lama terbuku. syabas...
Biarlah apa org nak pk & rasa tapi kalau sesuatau tindakan yang kita buat itu menimbulkan kepuasan dalam diri kita & kita yakin..
itu sudah cukup!
Kadang² perbuatan diluar jangkaan itu akan mendatangkan faedah buat kita..aite?
So..syabas.. & aku doakan hang berjaya dalam hidup
You go gurl!

128866 | posted by kulatkulat on November 22, 2004 at 23:56

selamat menempuh cabaran baru..

siti,tahniah sebab berani mengambil risiko....
zaza, masih tak punya kekuatan yang serupa... masih lagi mengeluh kat blog saja....

semoga tabah menghadapi apa jua cabaran yg bakal ditempuh selepas ini...

Selamat Hari Raya!

128837 | posted by ladyfloppy on November 22, 2004 at 19:54

Angin perubahan dah mula bertiup..

Wush..angin perubahan dah mula bertiup..Semoga kerja baru yang menanti nanti sesuatu yang dapat memberi apa yang selama ini dicari-cari..

Berpindah kerja memang bukan suatu benda yang mudah..Semuanya kena dari gerak mula semula..Tapi lebih baik mencuba daripada diam diri dan sekadar mengharap sesuatu yang ajaib untuk muncul (Macam diri penulis komen ni..)

Semoga berjaya dalam apa jua hendaknya...

128832 | posted by rainbowboy82 on November 22, 2004 at 19:11