|
hadapi dengan senyuman
diy was grinning from ear to ear when once smiled warmly at her. Menonton konsert Dewa dan berdepan dengan ahli-ahli Dewa memang merupakan antara impian yang terdapat dalam senarai kehidupan "keduniaan" aku. tak sangka pulak impian itu benar-benar tercapai bila khamis lalu aku ke kamdar mid valley untuk sesi bertemu Dewa. aku puas dapat bersalam dan bergambar dengan ahmad dhani yang pada pendapat aku sangat bijak bermain kata-kata dan menghasilkan alunan-alunan merdu yang menjadi santapan aku setiap hari. pertama kali menatap wajah dhani dari dekat, terngiang-ngiang di telinga aku lagunya yang berjudul Hadapi dengan Senyuman. entah kenapa lidah aku menjadi kelu bila berhadapan dengan dhani lantas aku hanya mampu menghulur tangan untuk bersalam. mahu sahaja aku ucapkan semoga dia tabah menghadapi dugaan-dugaan hebat yang sedang melanda dirinya itu tapi lidah kelu tidak boleh berkata-kata. hanya senyuman yang dilemparkan. aku juga mahu bertanyakan sesuatu dengan once tapi senyuman lebarnya membuat aku terpana lantas hilang segala skrip di dalam kepala aku. hahaha.. akhirnya aku hanya mampu bertukar senyuman dan bersalaman sahaja dengannya. pertemuan itu membuat aku tidak sabar untuk menonton konsertnya di kl tower. sabtu pagi, aku pergi kerja dengan penuh semangat kerana malamnya aku dan diy akan menonton konsert dewa buat pertama kalinya. petang sabtu, aku pergi ke kelas seperti biasa. sebenarnya dah dua minggu, aku belajar main lagu-lagu peter pan kerana lagu-lagunya sangat senang untuk dipelajari. chord2nya simple gila, aku pun suka sebab sekali ajar aku dah dapat. tapi minggu ni cikgu aku kata dia nak ajar sesuatu yang baru, strumming cara reggae. aku dengan penuh semangat, terus bersetuju. manalah aku tau yang strumming cara reggae tu susah nak mampos lebih-lebih lagi bila banyak main barre chords. lagu dye'r make'r tu sheryl crow nyanyi as a tribute to led zeppelin. cikgu aku main 2 stail, satu cara sheryl crow, satu lagi cara original led zeppelin. dia tanya mana satu aku nak ikut. termenung aku sekejap. memang excited gila nak main. aku pilih version sheryl crow. 4 chords, basic giler tapi susah jugak nak main. rhythm dah ada tapi aku punya pause in between strumming tu tak dapat-dapat sampai kelas aku terlajak jadi 40 minit. sikit punya geram aku. kalau aku dapat master strumming reggae style ni, macam2 lagu reggae aku boleh main, no woman, no cry ke, lagu big mountain ke. nampak senang tapi sebenarnya quite complex jugak. i mean nak masukkan bunyi the staccato attack tu. senyapkan bunyi bass. argghh!!!mencabar kesabaran aku betul. tak apa - hadapi dengan senyuman. d-day - 28/5/05 lepas mahgrib, aku dgn diy keluar rumah dengan penuh semangat menuju ke kl tower untuk menyaksikan konsert Dewa bersama beribu-ribu baladewa yang lain. aku tengok ramai jugak budak-budak kat apartment aku yang keluar serentak menuju ke destinasi yang sama. sampai sana dah dekat pukul 9 kut. gerhana ska cinta tengah nyanyi. punyalah ramai baladewa yang lain, aku tengok pun seram. aku pelik kenapa dia nak buat konsert ni kat kl tower. status band macam dewa ni, kena buat kat stadium barulah gempak. oang yg datang awal dapatlah duduk kat depan-depan dan orang macam aku ni datang lambat, diri ajelah kat belakang pastu tengok kat skrin. w/pun sound system hancus tapi suara once tetap menggegarkan apatah lagi bila nyanyi lagu-lagu lama dewa - aku milik mu, kosong, pupus, arjuna mencari cinta, separuh nafas, diselang selikan dengan lagu-lagu daripada album laskar cinta. Kamu … seperti hantu Terus … menghantuiku Kemanapun tubuhku pergi Reff : Didalam keramaian aku masih merasa sepi … Sendiri memikirkan kamu … Kau genggam hatiku Dan kau tuliskan namamu … Kau tulis namamu … dah lama aku tunggu nak dengar once nyanyi lagu ni live. entah kenapa lagu kosong ni begitu memberi kesan dalam jiwa aku sejak pertama kali aku mendengarnya. terutamanya bait-bait ayat di dalam keramaian aku masih merasa sepi... kadang-kadang aku pun ada rasa camtu. rasa sepi walaupun dikelilingi keluarga dan rakan-rakan dan aku sendiri tak tau kenapa. melodi lagu ini yang agak mellow sangat meruntun jiwa. ah! bukan boleh layan sangat perasaan ni. once and the gang macam tak percaya bila tengok the fans can sing every words siap dengan lenggok2 sekali betul. hahaha...mungkin Dewa masih trauma lagi dengan kegagalan konsert dia orang masa tahun 2003 dulu kot. so, that's why once macam tak percaya dia org ada ramai peminat kat sini. tapi apa yang pasti, once memang a true performer. a very smart performer at that. dia memang pandai berinteraksi dan sangat peka dengan apa yang berlaku di bawah pentas. it's almost like he knew what the fans were doing. he's witty and has a high sense of humour. aku tabiklah dekat once. tiada apa yang boleh aku katakan tentang dhani melainkan dia seorang artis yang berada dalam kelas yang tersendiri. sukanya aku tengok dia at his best dengan gaya rambut barunya tu. nampak lebih muda dan hensem. hahaha...gifted musician and lyricist. a music maestro. bunyi drum tyo walaupun dibantu kerana kecederaan yang belum pulih sepenuhnya, memang superb, power giler, kalaulah dia orang bagi dia perform solo at least sekali pun, mesti aku happy gila. andra membuktikan kenapa dia layak bersama dewa bila permainan gitarnya itu sendiri membuatkan aku teruja gila terutama bila bab solo, macam tu gak yuke dengan bassnya. dekat 20 lagu jugak Dewa persembahkan untuk peminat-peminatnya malam tu. kata once, baladewa2 di KL bagus sebab tak merusuh atau apa. memanglah. rata-rata aku tengok, memang peminat dewa lebih ramai yang berumur pertengahan 20 dan ke atas. rata-ratanya educated, matang dan pergi ke konsert untuk menikmati persembahan, tidak lebih daripada itu. remaja pun ramai juga yang datang. baguslah, biar mereka sama-sama menikmati lagu-lagu Dewa yang tidak hanya berbekalkan kisah percintaan sesama manusia tetapi juga cinta kepada Tuhan yang maha Esa. tapi ada jugaklah yang datang konsert hanya untuk apa, aku pun tak tau. to each his own, i guess. ini adalah konsert yang terbaik pernah aku tengok. memang best giler. aku harap dewa akan datang lagi. dua tiga kali setahun pun aku tak kisah. yang pastinya muzik dewa kekal dalam senarai top 10 aku. dewa rules!
last modified Jun 1, 2005 at 1:08
ko ni tak betol aku rasa... aku pun minat gak dgn diorang nih tapi aku rasa ko nih kategori "baru minat dewa"
sebab style ko poyo
pires: ditto. hehehe...
adi: yah, aku memikirkan Once perhaps. hahaha...
kulatkulat: kau gak yg best.
dania: im sure you'll do great in whatever profession u've chosen.
kudo: macam tulah lebih kurang. bukan stage rendah. stage tu sama tinggi ngan main stage. budus betul...
i wish i was in KL!!!! i heard the stage rendah and view is blocked by fans with large banners. ye ke?
gila best! haha go figure why you were excited about dewa when you tagged me aritu. this would be next best written after spider's performance kan? for some reason you sure do love gigs/showcase/ape ntah lagi they call it. one day we go together! tho i've lost touch with reality dah.
graduate=unemployed, well semi employed. europe..tunggu next year la kot. tak pun in 3 years time, kena kumpul duit dowh. haih..the currency is outrageous these days. sigh.
Hehehe... tulah ko, kasi aa number ko, nanti apa2 info aku leh kasi. Aku pi antar diorang pun last minute sebab nak fetch memebr gak kat KLIA. Sempatlah lepak bareng. Pagi tu aku pegi ikut diorang ke RED sebab assignment...sempat lah borak2. yang sempoi & peramah tu, Yuke. Once & Tyo tak datang masa pagi tu. Aku tanya Andra pendapat tentang konsert..dia cakap sound tak elok... aku rasa pun, ada masalah ngan sound system sikit. N dhani harap dia boleh main kat tempat yang lebih kecil... Aku rasa dari segi sound, konsert Gigi aritu lagi ok kut, may be faktor tempat. tapi semua baladewa aku tengok memang enjoy abis. Cuma yang sedih sebab half of them hanya hafal lagu2 baru. Mungkin baru kenal dewa. Harapan dewa boleh main lagi kat sini... Insyallah..
psst.. ko nak tarik rambut aku yea... mm.. heheh apa kata ko tgk gambar2 ni dulu.. hehe http://kulatkulat.fotopages.com baru tarik..hehhe ehh, bagila contact.. ko email aku kat kulatkulat@yahoo.com k?
"Di dalam keramaian aku merasa sepi..."
Lagi mellow memikirkan seseorang ya? Hehehe...
aku suka muzik...aku lagi suka muzik dewa...aku gila lagu...aku lagi gila lagu dewa...aku dengar orang nyanyi live...aku dengar dewa live...aku lagi gila dewa...aku demam dewa...tutup mata dengan kasidah cinta...buka mata disahut pengeran cinta...bila bos marah aku hadapi dengan senyuman....hehehe...tapiiii...yang satu tetap ONCE...hehehehe
|