home
login::signup
we::blog

kiai kanjeng - backdated entry

aku tak cukup masa nak menziarahi blog sendiri kebelakangan ini tapi aku dah janji pada wahyu untuk bercerita tentang persembahan kiai kanjeng di Kuala Lumpur. dah lama sangat dah, aku pun dah tak berapa ingat details show tu. 
 
aku dengan diy pernah tengok show kiai kanjeng dua tahun lepas di tempat yang sama kat panggung dbp tu. masa tu panggung penuh dengan expatriat dan students indonesia. orang malaysia boleh kira. tapi show tahun ni agak ramai jugak orang malaysia. aku nampak erma fatima dan ramli sarip pun ada.  
 
aku dengan diy tak tau apa-apa pun pasal kiai kanjeng masa kita orang first tengok show tu. kita orang ni jenis main redah aje. kalau rasa macam nak tengok, pergi aje tak payah buat research, lagi pun show tu free.  
 
kiai kanjeng diketuai oleh emha ainun najib atau lebih senang dipanggil Cak Nun. sebenarnya cak nun ni mengingatkan aku pada ustadz ismail kamus. dalam lawak-lawak dia tu, mesej yang disampaikan berbekas di hati. dulu masa aku sekolah rendah, bapak aku suka bukak kaset ceramah ismail kamus, boleh katakan setiap hari. sampai aku adik beradik naik lancar dialog2 ustadz ismail tu. 
 
cak nun ni seorang penyajak, intelektual agama dan kepada golongan2 marhain - seorang guru. kumpulan kiai kanjeng ni dah menjelajah merata2 indonesia, hingga ke segala ceruk kampung dan juga hampir seluruh dunia untuk menyampaikan mesej keagamaan dan keamanan. dan yang paling best, dia menyampaikan dakwahnya melalui muzik. cakaplah apa jenis muzik, semua dia boleh nyanyi. alat2 muzik yang digunakan dari gamelan, gitar elektrik sampailah ke rebana dan biola. kalau dia nyanyi dari irama dangdut, rock, lagu asli sampailah kepada musik padang pasir. 
 
kadang-kadang mendengar kata-kata cak nun tak ubah seperti berada dalam kelas sosialisasi yang aku belajar masa kat itm dulu. dia membuka ruang dan mata kita terhadap kelemahan dan kelebihan bangsa2 lain terutamanya yang datang dari indonesia untk bekerja di sini. dulu lecturer aku pernah kata kalau nampak kaum lelaki bangladesh jalan berpegang2an tangan, jangan tuduh dia orang tu gay tapi itu memang sudah budaya mereka.  
 
sebab itu aku memang suka gila tengok show kiai kanjeng ni, macam-macam ilmu aku dapat. tahun lepas aku miss show dia orang tapi tahun ni nasib baik ada rakan baik dari jakarta yang mengingatkan tentang jadual kiai kanjeng di sini. terima kasih gak kat universiti malaya sebab panggil dia orang datang. 
 
show tahun ni istimewa sedikit sebab cak nun ajak ramli sarip naik menyanyi lagu ketuhanan dia tu secara spontan. takde dalam program pun. bila ramli sarip nyanyi lagu iqra', liriknya ada sebut Kalaulah matahari di tangan Nya, Walau bulan di tangan kiri Nya, Biar hancur, Jasad terkubur. habis aje ramli sarip nyanyi lagu tu, mengucap panjang Cak Nun sebab secara kebetulan kiai kanjeng akan mendendangkan lagu yang hampir sama liriknya. meremang bulu roma aku dengar. tapi memang best gilalah show tu tapi aku rasa macam sekejap sangat. takpelah tahun depan, mintak2 cak nun nak datang lagi. insyaallah.

last modified Apr 20, 2006 at 2:40



[ add a comment ]

wahyu: betul, kiai kanjeng memang best. nanti kalau mereka ke sini lagi. jangan lupa kasi tahu sama saya ya.

zuril: what can i say. dia itu seorang pujangga. ;-). nanti kalau ada rezeki, next year, zuril pergilah nonton persembahan kiai kanjeng.

153427 | posted by sitinesta on April 25, 2006 at 23:02

saya cuma tahu satu sahaja sajak emha ainun najib.
(yang saya temui dalam novel faisal tehrani)

Tuhanku,
Sungguh ganjil
Bagaimana bisa sekian lama
Aku tergiur
Oleh yang bukan Engkau.

153396 | posted by zuril on April 25, 2006 at 10:46

Sebulan sekali

Di Jakarta Kyai Kanjeng mengadakan performance sebulan sekali. Kyai Kanjeng memang best ;-)

153351 | posted by wahyu on April 22, 2006 at 1:47