home
login::signup
we::blog

muzium sungai lembing - kuantan

 
 
hari kedua di kuantan, aku pergi pulak ke muzium sungai lembing. muzium ni asalnya rumah general manager syarikat lombong bijih timah. aku memang suka sangat muzium ni. dahlah kat atas bukit. pemandangan kat luar dah sah-sah cantik.  
 
dulu sungai lembing ni lombong bijih terpanjang dan terdalam kat dunia. bayangkanlah masa zaman british dulu, pekerja dia aje sampai 15 ribu orang. bila tengok replika lombong tu, tak boleh nak bayang dia orang kerja bawah tanah bertingkat-tingkat macam tu. primitif gila dan aku respect lah kat pekerja-pekerja dia yang boleh lalui suasana kerja yang macam tu. tengok artifak-artifak lombong yang ada kat dalam muzium buat kita macam seolah-olah berada dalam zaman tu. i just love museums. gambar-gambar pekerja, even replika lombong tu aje dah buat aku teruja gila.  
 
 
 
tapi aku rasa macam sayang sangat sebab lombong-lombong tu tak dapat diselamatkan. terowong-terowong pun dah tutup. bayangkan kalau dia orang masih simpan lagi kapal korek, kapal stim yang angkut bijih atau pun boleh preserve lombong tu dan kita boleh naik lif pekerja lombong dan turun kat bawah tanah dan lihat bekas-bekas peninggalan lombong bijih terbesar dunia tu. tapi itu hanya angan-angan aku ajer. dapat tengok artifak lama kat muzium tu pun jadilah and as for the rest of them , i will leave it to my imagination. 
 
 
 
tak jauh dari situ, ada satu perkampungan, kira rumah pegawai-pegawai syarikat lombong tulah. kampung tu aku lupa pulak namanya tapi kalau nak pergi kena lalu jambatan gantung. klasik gila. penduduk kat situ aku tengok campur cina dengan melayu. memang bestlah sungai lembing ni pada pendapat aku, penuh bersejarah.

last modified Apr 28, 2006 at 0:57



[ add a comment ]

sis..lama tak ke sini...maafkan hs
baru lepas birthday ya ...
happy belated birthday....hope it's not too late...
I always feel that everyday is our birthday...
sehari lebih tua dari semalam ...
moga umur kita semakin diberkati Allah...
take care sis....

153504 | posted by hanyasayang on April 29, 2006 at 20:51

i'm jeles... bila saya sampai di sana ya? hehe

153493 | posted by wahyu on April 29, 2006 at 0:05