|
jangan pandang belakang!
aku rasa aku ni tergolong dalam kumpulan orang yang suka ditakut-takutkan. hahaha..kalau tak, masakan aku teringin sangat nak tengok filem jangan pandang belakang. maka dua minggu maghin, aku dan rakan sepejabat bersama teman masing-masing pergilah menonton di klcc. Ada dalam 11 orang jugaklah dalam group aku. Rasanya aku tak pernah tengok wayang ramai-ramai macam ni. Aku selalu tengok wayang sorang-sorang (selalunya filem eropah), dua atau tiga orang tu biasalah tapi 11, boleh tahan ramai tu. filem jpb ni pun boleh tahan seram jugak. kalau boleh aku nak tau kenapa aku ni senang sangat ditakutkan. Serius, sepanjang menonton tu, aku cuma dapat tengok separuh daripada scenes sebab bila time hantu tu keluar aku tutup mata. Tak ke bodoh tu namanya. Rasionalnya dalam usia aku ni, tak sepatutnya aku takut bila tengok sebuah filem hantu sebabnya, ia hanya filem dan bukannya hantu tu akan keluar daripada skrin dan kejar aku tapi kenapa aku takut jugak. ini yang aku tak faham ni. Memanjang aje aku kena gelakkan dengan kawan-kawan. Aku sebenarnya dah berjanji dengan housemates nak tengok filem ni tapi sebab hujung minggu aku memang tak lekat kat KL, jadi dia orang pergi tengok dulu. Hampeh betul!. Berbalik pada cerita jpb ni, aku rasa oklah ceritanya Cuma pelakon perempuan tu berlakon macam kayu, jadi spoiled sikit filem ni. Aku suka lakonan ruminah sidek sebagai opah. Kadang-kadang dialog opah tu lagi menyeramkan daripada hantu tu sendiri. Aku terfikirkan macam mana nak hilangkan rasa berdebar kalau tengok filem hantu. masa aku kecik dulu, abang aku bawak tengok wayang cerita sundel bolong kat panggung. Lepas tu aku takut sampai mengigau-ngigau. Fast forward ke dua tiga tahun lepas, aku tengok semula cerita sundel bolong. Punyalah hampeh cerita tu, bukannya aku takut, gelak lagi ada. Macam tu jugak dengan cerita poltergeist. Tak takut langsung bila tengok balik. Aku rasa ketakutan ni ada berkaitan dengan minda bawah sedar kot. Dulu masa aku masih lagi bekerja kat tempat lama, ada jugak kena kerja outstation sekali sekala. Kalau tinggal kat hotel memang tak pernah sorang sebabnya aku penakut dan polisi syarikat pun memang selalu suruh share tapi dengan tempat kerja baru ni, outstation tu dah part of the job. Every month memang confirm keluar punya. Bila dah macam ni kena belajar tidur kat hotel sorang-sorang. Walaupun rasa takut tu dah hilang tapi aku tetap tidur bukak semua lampu. Even kat rumah sewa pun aku memang tidur bukak lampu pun. Hahaha… Tapi ada jugak hotel-hotel yang aku pergi yang tiba-tiba boleh menaikkan bulu roma aku secara tiba-tiba. Aku pun tak tau kenapa. Ada satu hotel kat langkawi tu, dah tiga malam aku tidur tak ada apa-apa tapi malam keempat tu, masa dah nak tidur tiba-tiba bulu roma aku naik, jantung berdegup kencang secara tiba-tiba. Aku pun apa lagi selubung bawah selimut sambil baca ayat Ya Amanal-Khaifin. Aku pun tak tau daripada mana datang perasaan takut tu. Yang aku tau, aku benci sangat perasaan takut yang macam tu. Keesokkan paginya tu, ada jugaklah tiga empat orang yang tinggal di tingkat hotel yang sama dengan aku yang mengadu kena ganggu malam tu. Dan masanya hampir sama dengan masa aku tiba-tiba takut tu. Sampai sekarang budak-budak lelaki tu tak nak cerita apa yang dia orang nampak. Aku tak nampak tapi aku rasa. Misteri…. Walaupun aku ni penakut tapi aku ada banyak koleksi filem hantu pelbagai negara. Teori aku, kalau aku tengok banyak filem hantu, nanti aku akan jadi immune dan dah tak takut lagi tapi tak jugak. aku tak taulah sampai bila aku akan macam ini, takut kepada mainan kamera dan dimanipulasi oleh muzik seram.
last modified Apr 19, 2007 at 0:54
...pelikkan, selalunya orang yang takut tengok filem seram tetap akan suka tengok filem seram, walaupun sekadar tengok celah jari...hehehehe.
p/s: tengah seram sejuk tunggu perlawanan kedua MU-A9
hahahahahaha..Siti, jangan pandang belakang anda sekarang!
masa mula2 tengok gazette jpb di cd cinta, alahai seramnya citer nih. lepas tu bertekad tak nak tengok citer ni. tapi bila dah lama2, rasa macam nak tengok la plak. rasa ingin tahu lebih banyak dari rasa takut. tapi belum berpeluang lagi nak menonton citer nih.. nanti la beli cd. tapi sanggup ke nak tengok sorang2 kat rumah... eeeiiii takmo la
|