home
login::signup
we::blog

when adventure comes calling

lima tahun zal jadi teman sebilik aku, sekali pun dia tak pernah berjaya pujuk aku ikut dia pergi trekking, panjat gunung tak pun teroka gua. selalunya ada aje alasan yang aku bagi. dah dua tahun dia kahwin. hari tu aku telefon dia kata dah tak aktif macam dulu. sigh!  
 
aku rasa tahun ni, aku banyak enjoy benda-benda baru. treasure hunts ajer, dah tiga kali aku pergi dan semuanya dengan orang yang berlainan. ya aku sudah lebih terbuka untuk mengumpul kawan-kawan baru. aktiviti treasure hunt ni bawak aku sampai ke negeri sembilan, melaka, johor baharu, perak dan putrajaya. tapi team aku selalunya bukan serious hunters, kita orang lebih pada nak enjoy the trip sambil menguji minda. walaupun tak dapat nombor satu tapi kita orang selalunya dalam top tenlah jugak. haha...setakat ni, aku dapat hadiah handphone, rice cooker, blender, seterika dan vacum cleaner. oklah tu kan. hehehe... 
 
bulan november ni ada satu lagi. katanya ke terengganu. insyaallah, aku akan join yang itu jugak.  
 
dah jauh aku menyimpang ni. sebenarnya aku nak cakap pasal aktiviti eko. lepas terkena gigitan sungai kampar bulan lepas, siang malam aku asyik teringat nak pergi white water rafting lagi. satu ofis ni semua tahu aku dah gian dengan aktiviti lasak tu. 
 
dalam masa yang sama, aku pun dah gian nak mendekatkan diri dengan alam lagi. kebetulan pulak seminggu sebelum puasa kawan aku ajak ikut konvoi 4 wheel drive ke sungai lembing. seronok bukan main lagi aku. kesian the muse, terpaksa aku tolak ajakan dia untuk berkelah kat kuala selangor.  
 
berkobar-kobar betul aku bangun pagi sabtu tu. bila kawan aku datang jemput dengan ford ranger dia, aku rasa macam cool aje naik 4wd tu. hahaha...perasan. perjalanan ke sungai lembing memang best. pemandangan hijau yang indah dan mendamaikan mengiringi kami sepanjang perjalanan. dalam kenderaan, kita orang menyanyi, mengutuk kerajaan dan macam-macam lagilah. hehehe... 
 
sungai lembing kalau korang tahu sejarahnya memang menarik. suasana kat situ macam tak pernah berubah sejak berpuluh tahun dulu. sungai lembing dulu kaya raya sebab ada bijih timah. sayangnya, tentera jepun telah memusnahkan industri bijih timah kat situ. tuan baker yang menjaga sungai lembing dulu dikatakan melarikan diri ke dalam hutan dan died of broken heart. yalah, dia dah berusaha bersungguh-sungguh dan bertahun-tahun membangunkan bandar sungai lembing tu tiba-tiba dimusnahkan jepun dalam sekelip mata. mana tak patah hati kawan tu.  
kalau tengok balai polis sungai lembing masih lagi berdindingkan papan, berciri-cirikan senibina melayu. macam tengok balai polis bukit kepong aje aku rasa.  
 
 
 
dari bandar sungai lembing yang sepi tu, kita orang mula bertolak untuk trip offroad. perjalanan ke tempat camping kita orang taklah berapa teruk sangat. tak perlu membina jambatan dan tiada 4wd yang tersekat dalam tanah liat. aku memang rasa teruja sangat masa 4wd kita orang menyeberangi sungai cetek yang penuh batu-batuan tu. rasa macam berada dalam washing machine pun ada jugak bila 4wd tu terenjut-renjut untuk sampai ke seberang sungai. 
 
masa sampai kat tempat camping tu, dah pukul empat lebih. masing-masing pilih port yang best untuk buat khemah. group aku dua lelaki, dua perempuan. bila kawan aku, si zalin ni cakap yang kita orang akan berkhemah, aku bayangkan yang aku akan tidur di dalam khemah kecil yang tertutup dengan dia. rupa-rupanya konsepnya bukan macam tu. dia orang buat atap khemah aje tapi tidur atas camp bed dan tidurlah telentang telangkup kat situ campur-campur. termenung aku sekejap. jiran kita orang pulak satu group lelaki dan kena pulak kongsi khemah tu dengan mamat-mamat tu. lagilah aku termenung. nasib baik zalin bawak sleeping bag, bolehlah aku selubung dalam tu. 
 
 
sitinesta was here 
 
pasal makan, takde masalah sebab organiser yang masakkan. campsite kita orang tu tepi sungai dan memang open gila. aku dah panik bila fikir macam mana nak answer nature's call. ah, sudah! mandi sungai tu aku tak kisah sangat tapi bab nak tukar baju tu kat mana? tak keruan aku dibuatnya. zalin tu dia memang selamba dan dah biasa ikut trip-trip macam ni.  
 
nasib baik camping semalam aje, aku tak rasa aku boleh survive camping in the open macam ni. nak jaga aurat tu yang susahnya. memang seksa sangat masa nak tukar baju. si zalin pulak pecah-pecah perut ketawakan aku. tak guna betul dia. esoknya tu, memang aku tak mandi sampai balik KL. lantaklah apa dia orang nak kata. tapi aktiviti masa hari kedua best sangat bila organiser adakan mock challenge untuk group yang berminat. lepas habis challenge tu kita orang makan tengahari dan bersiap-siap untuk bertolak balik. 
 
dia orang tanya aku berminat tak nak join lagi aktiviti macam ni. entahlah, aku belum ada jawapannya tapi hati ni meronta-ronta nak sertai another adventure. hahaha...pengalaman offroad trip, 4 wheel drive aku sebenarnya mild ajer tapi ia sesuatu yang baru buat aku. yalah orang kata it's the journey yang importantkan. aku kenal banyak orang baru dan berjumpa "seseorang" yang cool tapi seperti biasa, minat itu akan hanya aku simpan dalam hati. sigh!!!  
 
Chance is always powerful. Let your hook be always cast; in the pool where you least expect it, there will be a fish.  
 
Ovid
 
 
the muse kata, aku ni late bloomer. aku sebenarnya susah nak mulakan sesuatu tapi bila dah mula, kalau aku suka, memang susah nak stop. aku akan jadi passionate tentang benda tu. kalau bahasa pasarnya, aku akan jadi poyo. itulah sebabnya aku tak boleh nak control keinginan aku untuk aktif dalam aktiviti eko ni. satu hari nanti aku akan cuba jugak benda-benda lain macam rock climbing, teroka gua atau abseiling tapi white water rafting tetap nombor satulah kan. maaflah zalin, panjat gunung belum lagi, aku tak sanggup. tapi aku akan pergi jugak air terjun pelangi tu walau pun kau kata kena trekking berjam-jam. aku mesti pergi, aku nak tengok sendiri pelangi di air terjun macam yang kau dan mr cool cakapkan tu. ;-)

last modified Sep 21, 2007 at 2:09



[ add a comment ]

biar betul nie....

Hi kak....ko biar betul...terkuzat aku...dah lah water rafting membuatkan aku terkejut...ni, lagi lah....tp itulah benda yang aku inginkan, tp aku tak sanggup....

apa lagi lah lepas nie yang ko lakukan...jgn buat kerja gila...susah aku nanti....

woitttt....sandal tu mcm aku kenal lah....samalah...sama juga dengan Farah....

treasure hunt terangganu...jgn tak pie...(btul ke treasure hunt nie yg ko nak pie ))))) ye ye je aku...tgk2 salah....jika btul...sahlah apa yg baki cerita kat aku....dia ada jumpa ko dan dia kata ko akan pie....jangan lupa kopok lekor ku....

woitttt lagi satu sebelum aku terlupa....aku nak makan sambal ikan bilis goreng ko lah....boleh buatkan utk aku....harga, nanti bagitau ya....

oklah...salam sayang dari adikmu.....

160124 | posted by durianbelanda on September 25, 2007 at 21:19