|
suara keramat
aku ingat lagi masa tahun 1999, keluarga aku pernah diboikot jiran tetangga hanya kerana kami menawarkan rumah kami untuk dijadikan tempat ceramah untuk sebuah parti bukan kerajaan. kebetulan pula abang aku berkahwin pada tahun yang sama beberapa bulan selepas pilihanraya. tiada jiran tetangga yang datang bertandang untuk membantu kami sekeluarga. nasib baik saudara mara kami ramai yang datang terutama dari singapura dan kami bekerjasama menjalankan kenduri kahwin abang aku. alhamdulillah, majlis berjalan lancar. lapan tahun berlalu, DUN di tempat aku jatuh ke tangan "pembangkang" dan kami sekeluarga tersenyum sinis memikirkan adakah jiran-jiran tetangga yang memboikot kami itu telah memangkah parti yang dulunya menyebabkan mereka marah sangat kepada keluarga kami. baguslah kalau mereka sudah sedar. pada yang memimpin, kami ini sanggup berkorban demi sebuah kebenaran dan keadilan. tidak apa jika kami hidup susah selepas ini tapi itulah risiko yang perlu kami tanggung. mungkin selepas ini generasi-generasi muda bangsa kami tidak akan terlalai lagi dengan hal-hal remeh berbentuk keduniaan. biar mereka belajar hidup susah tetapi menjadi lebih berani dan sayang kepada bangsa dan negara sendiri. insyaAllah.
last modified Mar 11, 2008 at 17:46
Yeh.People power.
Tak ada siapa menjagka tsunami sebegini besar melanda politik malaysia.Lebih besar dari gelombang 99.
Orang yang dulunya kanan tiba-tiba hari ini bermati-matian menjadi penyokong kumpulan kiri.
|