|
peminat bola terlampau
semalam bukan hari yang bagus untuk aku sebagai peminat liverpool. kekalahan kepada chelsea adalah satu pengalaman yang begitu pahit untuk ditelan. namun serangan dari peminat-peminat MU buat aku trauma. bangang! seawal pukul 4.45 pagi, handphone aku sudah dihujani sms dari peminat2 MU. aku tak perasan yang selama ini kawan-kawan aku kebanyakannya adalah penyokong MU. sms pertama mestilah dari trainer gym aku. i hate him. aku tak mau pergi gym seminggu lepas ni, mogok. aku tak balas dan bangun lewat pagi khamis semalam dengan kepala yang berat diserang migraine. argh!!!sia-sia aje cuti kalau kena migraine. baru isnin hari tu aku mc sebab migraine jugak. aku tau puncanya adalah stress kerja tapi nak buat macam mana dah memang banyak kerja. sejak dapat menteri dan timbalan baru ni, kerja berlambak sampai macam nak muntah darah. bawak team berpuluh-puluh tapi takde yang boleh menulis ucapan ke? hampeh! tengah kepala sakit phone tak henti berdering, rasa macam nak baling ajer phone tu. tengok nombor trainer aku, ah tak nak jawab. lepas tu tak lama keluar nombor tak kenal, aku jawab jugaklah takut orang dari ofis tapi rupanya ada sorang mamat gym si peminat MU tu yang call. sanggup dia pi cari nombor phone aku, mesti trainer aku tulah yang kasik tuh. mangkuk betul. semata-mata call nak menyindir aku pasal kekalahan liverpool. siap pujuk aku jadi penyokong MU. blah le, aku sokong liverpool daripada zaman merudum sampai sekarang le, takkannya aku tukar. pastu siap cakap, team yang aku sokong semua hampeh, milan belum tentu masuk Champions league and liverpool apa piala pun tak dapat. sakit betul hati aku. trainer aku tu pulak selagi aku tak jawab dia akan call. bencinya, kenapalah trainer aku ni peminat MU. lepas ni aku tak nak cakap pasal bola lagi dengan dia orang. sakit hati ni tak boleh nak tahan2. masalahnya aku ni very hot tempered. pantang kena provoked sikit mula lah aku hangat hati especially kalau pasal bola. tapi at least aku boleh kasik jawapan yang rasional sikit bila dia orang mengata team aku. mak aku kata peminat macam aku ni menang sorak kampung tergadai. minat benda tak bermanfaat kata mak aku. tapi dah aku minat nak buat macam mana. tak sabar nak balik kampung dan bercakap pasal liverpool dengan abang aku yang sorang tu. dia ajer geng aku yang sokong liverpool dan liza of course, my best friend. macam aku cakap whatever the future hold, The Reds tetap di hati. nanti nak cerita pasal bandung! cuma belum berkesempatan. heheh..tapi sejak balik dari bandung dua minggu lepas, selang dua hari mesti kita orang bertiga akan call each other and talk about bandung. gila! semua dah gila bandung!
last modified May 2, 2008 at 2:27
|