|
dan jendela pun berbisik...
"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) "I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 "A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous "If you read, you will judge" - Kurt Cobain
last modified Mar 17, 2005 at 0:17
seminggu sebelum menjelang aidilfitri, banyak benda bersejarah berlaku dalam hidup aku. aku rasa agak tertekan dan banyak benda bermain kat fikiran aku sampai aku lost weight. tapi bagus jugak tak payah aku diet. hahaha...
aku tau apa yg aku buat tu ada pro dan kontranya dan kalau aku buat benda tu my reputation would go down the drain tapi aku percaya sesuatu yg berlaku tu tentu ada hikmahnya. dan org yg kenal aku dan kenal bos aku mesti faham kenapa aku buat apa yg aku buat. lepas 4 tahun bekerja di agensi ni, aku ambik keputusan nekad berhenti 24 jam. memang aku buat kejutan of the year bukan sahaja utk bos aku tapi semua org yg kenal aku. ofismate aku semua tahu plan aku tapi kau suruh dia org rahsiakan dan aku suruh dia org cakap dia org tak tau apa2 pasal aku nak berhenti. aku tak mau dia org dimarahi oleh bos aku.
sakit jugak raya ni, bila aku kena bayar gaji sebulan sebab berhenti 24 jam. menggigil jugak aku bila bayar kat assistant manager akaun tu. dia pun terperanjat gila bila aku kata nak berhenti. so, 8 november hari tu secara rasminya aku berhenti. seminggu sebelum tu bos aku pergi singapore, so memang aku tak jumpa dia langsung. weekend tu aku kemas semua barang-barang aku, tinggalkan souvenir kat atas meja ofismate aku dan akhir sekali tinggalkan surat resign atas meja bos. aku memang tak nak jumpa dia langsung, i didnt want to give her the chance to pounce on me before i leave macam yg dia buat kat senior aku yg berenti seminggu sebelum aku. dia torture kakak tu sampai demam.
isnin tu aku datang hantar surat resign kat HR. aku ucap selamat tinggal kat semua staf HR, teknikal dan semua org yg kenal aku kecuali bos aku. i know it's a coward way out but like i said, i didnt want her to have the last word.
aku sebenarnya berhenti bukan sebab bos aku aje, ada banyak sebab lain. kerja aku misalnya, aku dah boring tahap dewa. it's not something that i created, aku cuma distribute aje. takde satisfaction dan buat aku jadi brain dead. i need a job that can give me the adrenaline rush. jadi, dah sampai masanya aku buat sesuatu utk merubah kehidupan aku instead of whining about it in this bloody weblog.
sebenarnya sebulan yg lepas, aku pergi interview kat another gov agency. masuk minggu ketiga puasa, dia org telefon cakap aku dapat job tu. alhamdulillah syukur. gaji memang lumayan tapi aku tau kalau aku pilih kerja ni, hidup aku hanya akan dipenuhi dengan kerja, kerja, kerja. aku tak tau apa yg menunggu aku di tempat baru nanti. aku mungkin seperti keluar mulut harimau masuk mulut buaya tapi aku rasa aku dah bersedia utk menghadapinya.
it's not like i havent got the experience, eh! 5 jobs in 6 years. teruk betul aku ni. umur dah suku abad tapi masih tercari-cari kerja yg sebati dgn diri aku. kat tempat baru ni, aku akan mula kerja 1 dec nanti. aku rasa aku akan suka dgn kerja baru aku ni. and in my line of work, aku tentu akan jumpa rakan-rakan dari ofis lama. silap-silap, kena berurusan dgn bos aku. ironinya, bos-bos baru aku pernah berurusan dgn bos lama aku dan dia org tak impress langsung dgn atitude bos aku. dia org cuba gak nak korek pasal bos lama aku masa interview hari tu tapi aku diam jer.
aku harap aku akan dapat kepuasan dengan kerja baru aku ni. walaupun, aku terpaksa melalui semula perkara remeh temeh, memperkenalkan diri, terpaksa menyesuaikan diri dgn rakan ofis yg baru tapi aku anggap itu sebagai daripada proses kehidupan yg perlu dilalui. walau apapun, yg pastinya, aku tahu segelintir manusia yg aku kenal di agensi lama tempat aku bekerja merupakan manusia-manusia paling baik yg tuhan anugerahkan kepada aku dan untuk itu aku bersyukur kerana mereka bukan setakat rakan sepejabat tetapi lebih dari itu dan aku akan pastikan persahabatan itu akan terus terjalin...insyaAllah
aku jatuh cinta hari sabtu hari tu. aku tak pernah ada perasaan macam ni. kata orang cinta pandang pertama. tengok terus suka. lepas tu dah tiga hari ni aku tidur tak lena, makan tak kenyang sebab teringat-ingatkan cinta aku tu.
asalnya, aku pergi kelas macam biasa hari sabtu hari tu. hujan pulak renyai-renyai, aku pun takdelah suspek akan ada sesuatu istimewa yg akan berlaku ke apa ke. aku pun dah dua minggu tak pergi kelas. praktis pun macam ikut mood.
sampai-sampai aje terus mula kelas, borak sikit-sikit lepas tu cikgu aku kata dia nak ajar satu lagu beatles - let it be. aku pun suka jugak lagu tu. dalam setengah jam tu aku praktis lagu let it be. chord dia mudah jugaklah lagi pun aku boleh curi tulang sikit tak payah main barre chord. plucking aku dah ok sikitlah aku rasa, cuma yg istimewanya lagu let it be ni ada sikit permainan bass kat hujung lagu. aku suka part yg tu jelah pun.
lepas tu dia kata nak ajar aku satu lagu beatles favourite dia. tajuknya And I love her. aku ada 20 lagu beatles dalam simpanan tapi aku tak ada lagu yg ini. budus betul aku ni. bila cikgu aku mainkan lagu tu, bedebush! terus aku jatuh cinta...kat lagu tulah bukan kat cikgu aku walaupun dia cute giler. aku tak taulah, dah banyak jugak lagu aku main tapi macam ada sesuatu kat lagu 'and i love her' ni.
berhantu gila sampai buat aku teringat-ingat. especially intro lagu tu, E, F#m, E. jarang aku nak praktis lagu sampai berjam-jam tapi dgn lagu ni aku sanggup walaupun cikgu aku kata nak main lagu ni tangan memang akan sakit sikitlah especially bila banyak barre chords. susah nak main especially untuk beginner yg pemalas tahap dewa macam aku ni.
entahlah! rasanya memang aku dah betul-betul jatuh cinta dengan lagu ni. malam tadi aku praktis dekat empat jam sampai pukul 2 pagi. pergelangan tangan kiri aku dah cramp, tak pasal pasal zal kena urut. semalam petang, sibuk aku cari lagu ni nak bubuh kat weblog aku as a background music. aku rasa geram sangat sebab masih tak boleh nak main dgn baik lagu ni. tapi aku macam dapat satu motivasi pulak nak berusaha bersungguh2 praktis sampai mahir. strumming style dia pun aku suka, sumerlah aku suka tentang lagu ni.
jadi aku rasa nak dedicate jer lagu ni pada sesiapa saja yg datang ke weblog aku ni sama ada secara sengaja atau pun tidak sengaja.
p/s: kalau mak aku tau ni mesti dia cakap baguslah tu, org berjaga baca quran, bulan puasa ni, kau main yg bukan-bukan.
betul jugak tu kata mak aku. minggu kedua puasa aku cuti seminggu, lepak kat kampung. habis jugaklah dua tiga juz quran aku baca. bila dah balik kl ni hampeh. teruk betullah aku ni. kalau tak kena bebel tak buat. aku selalu ingat oh sembahyang lima waktu dan baca yassin tiap-tiap malam jumaat tu dah cukup bekalan aku nak ke akhirat. memang tak senonoh, tah bila nak berubah. insyaAllah.
|