home
login::signup
we::blog

dan jendela pun berbisik...

"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) 
 
"I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 
 
"A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous 
 
"If you read, you will judge" - Kurt Cobain

last modified Mar 17, 2005 at 0:17


Thursday, May 27, 2004

to play or not to play

hari tu aku mintak diy temankan aku cari sports shoe kat petaling street. kawan2 sepejabat pun terperanjat bila aku kata aku tak ada sports shoe. abih tu yg pergi tai chi every weekend tu pakai apa, dia org tanya. aku pakai selipar je tak pun sandal. buat tai chi bukan kena berlari pun. diri setempat dan kalau bergerak pun sebab nak luruskan kaki ke depan ke belakang, tu je. hahaha...

tai chi!! dah lama gak aku tak pegi sbbnya hari ahad susah sikit nak bangun pagi. bukan jauh pun kat tasik titiwangsa je. tapi aku respect kat uncle cina yg ajar tu, rasanya dah 70 lebih umur dia tapi masih fit giler. yg bestnya sesiapa pun boleh ikut uncle tu. last year campur aku dgn diy adalah dalam 10 org pengikut setia uncle tapi sekarang ni dah ramai yg ikut.

kenapa ye aku takde sports shoe?? kalau pergi kerja aku lebih suka pakai sandal, kasut tinggi aku pun yg jenis open dan mostly ethnic-style. aku rasa mungkin sebab zaman study aku, 24 jam pakai sneakers je. ke kelas, ke town, ke mana2 dgn sneakers kecuali masa aku buat praktikal. masa tulah baru nak belajar pakai kasut yg berciri kewanitaan sikit. hahaha...tapi aku rasa aku gila pakai sneakers masa belajar dulu sbb dari hostel ke kelas kena menapak jauh. dah tua-tua ni kot citarasa dah bertukar. tapi bila kata takde langsung sports shoe nampak sangat aku ni tidak menjalani kehidupan yg sihat. hehehe...

sebenarnya aku sibuk nak beli sports shoe ni bersebab. agensi tempat aku kerja baru nak tubuhkan team futsal wanita. itu yg aku excited giler. dah lama aku bercita-cita nak main bola. selalu dok tengok orang main bola jer, kali ni biar aku sendiri yg main. biar aku tau langit tu tinggi ke rendah. ;-)

so malam tadi, aku sanggup mengorbankan satu episod CSI semata-mata kerana nak training futsal. dgn semangat yg berkobar-kobar aku memujuk diy dan zal utk sama-sama menambahkan kemeriahan berfutsal walaupun dia orang bukanlah ahli kelab atau pun bekerja di agensi yg sama.

pukul 9.30pm kita org bertolak ke opis aku dan dari situ ramai-ramai berkonvoi ke stadium futsal jalan kuching. hati berdebar-debar tapi tak sabar nak main. oh! camni rupanya gudang futsal ya! ada tiga gelanggang semuanya kat situ. aku tengok satu gelanggang semua cina yg main, satu gelanggang lagi semua india yg main dan satu lagi semua melayu yg main. wah! inilah yg dikatakan negara yg multiracial. jadah!!!

masa turn kita org ambil alih gelanggang, rasa excited yg tak terbendung buat keadaan agak kelam kabut, lagi pun semua 10 org perempuan ni tak pernah main futsal seumur hidup. tak warm up terus je main. dahlah tu belasah jer main. mula-mula aku jadi striker tapi tak sampai 10 minit dah pancit, aku tukar jadi defender plak. itu pun tak larat jugak, aku tukar jadi goalkeeper.

ceh! rupanya aku dah jumpa posisi yg aku rasa sangat sesuai dgn jiwa dan ketahanan fizikal aku. ceh! rasa cam Dida plak, penjaga gol milan yg terer tu. aku terus jatuh cinta dengan permainan ini utk seumur hidup. selama ni aku dok mengutuk2 pemain2 bolasepak tu bodohlah apa lah tapi hah kau bila dah main, mang ai!!!

problemnya, first half tu aku tak dapat grasp lagi style main dan takde persefahaman sesama pemain. bolos gak lah tiga gol. terer plak team bebudak tu. aku ni plak jenis orang yg tak boleh tahan gelak. jadi mana tak pancitnya, main sikit gelak, main sikit gelak. ya Allah! kalau dari goal post tu boleh tengok gelagat dia org main. memang kelakar gila tapi funlah dan aku respek gak ada makcik kerani tu dah almost 50 jugak umur tapi masih steady lagi.

kengkawan aku zal dgn diy boleh tahan jugak main. diy perasan dia pires. cita-cita dia malam tu nak tahan bola pakai peha dan nak score and in the end, she did both. cayalah lu beb! zal tahan bola pakai perut lepas first half terus muntah. tah apa2 tah!

rehat sekejap, tengok team lelaki pulak main sebab kelab kita org booked daripada pukul 10-12 dan team lelaki pun ada dua, terpaksalah bergilir-gilir. tengok dia org main pun bukanlah terer sangat pun. hehehe...

second half masa tu dah pukul 11 lebih, aku rasa cam nak semput je tapi tak sabar nak main. masalahnya daripada 10 orang tinggal sembilan, jadi team aku main empat org. aku terus je ambik posisi goalie. second half ni aku rasa kita org main bertambah baik. walau pun diserang secara bertubi-tubi oleh pihak lawan, aku berjaya menangkis semua percubaan dia org. wush! terer makcik. kahkahkah!

aku tendang bola ke arah che pah, che pah pass ke diy dan diy membawa bola dan terus menendang ke arah gol. aku yang memerhati dari kawasan penalti terus menjerit gol! macam tak percaya diy finally scored. yeah! way to go girl! lepas tu team lawan menyerang secara berterus-terusan sehinggalah saat akhir aku tak mampu lagi menahan dan keputusannya seri satu sama. sakit jugak badan aku bila merebahkan badan utk menangkap bola yang datang dari kiri dan kanan gelanggang. cewah!

orang kuat kelab agak kecewa jugak bila aku cakap tak dapat bermain utk tournamentnya hari ahad ni. aku lak dah janji dgn family nak pergi penang sebab cousin kahwin. zal dgn diy takleh main sbb dia org bukan ahli kelab. pulak! jadikanlah dia org tu pemain import kan senang.

aku rasa rugi pulak kalau tak main sebab aku rasa dah addicted pulak dgn permainan ni. selama ni kalau kelab buat tournament bowling ke karaoke ke, family day ke, aku tak ambik peduli langsung. family day kat langkawi hari tu pun aku tak pergi. aku join betul2 treasure hunt tahun lepas. dah la kereta paling last sampai sebab sesat, berbulan jugaklah aku kena kutuk satu agensi ni. cis!!!

apa2 pun aku berpuas hati gila dapat main futsal ni. sekarang ni aim aku nak kumpul team sendiri dan lepas tu pegilah main kat mana2. lagi pun zal kan jadi manager team bola sepak kat opis dia, senanglah kalau nak pinjam kon dgn bola utk praktis kat rumah. boleh main dgn gendon dan anak-anaknya sekali. hehehe...

forza futsal!

107946 | posted by sitinesta at 1:12 | 3 comments

Tuesday, May 25, 2004

lorong neraka

menonton teater lorong neraka isnin maghin membuka mata dan minda aku dan diy. jarang-jarang sekali aku dapat menonton bahan2 yang bisa mengusik jiwa dan meruntun hati.

untuk memberi pandangan memang mudah. oh si anu lakonannya over-acting, si dia kenapa perlu terjerit-jerit, si pengarah kenapa biarkan cerita itu meleret-meleret, itu, ini, begitu begini. tidak mau aku mengulas daripada segi teknikalnya tapi pada pendapat aku, teater yang satu ini sudah cukup asam garamnya, jika pun ada yg terlebih, hanyalah cilinya sahaja.

muzik yg dimainkan pun secara tidak langsung memberi impak kepada lorong neraka. teater ini diringi muzik live yg dibawakan penyanyi berambut gondrong bersama gitar kapoknya. sayang aku tidak tau namanya maupun siapa dia tapi suaranya sangat merdu. lagu-lagu seperti kepadamu kekasih dan suratan atau kebetulan amat sesuai dgn jalan ceritanya.

sebelum ini sudah banyak kisah yg aku dengar tentang lorong haji taib namun realitinya tidak pernah aku lihat secara langsung. malah jarang sekali aku melintasi kawasan itu. melalui teater ini seolah-olah aku berhadapan dgn realiti hidup di lorong itu.

ada dialog-dialog yg dilontarkan sangat mual utk didengar namun itulah realitinya. telinga mendengar mata melihat namun hati aku seperti mau menolak ungkapan-ungkapan seperti itu. cumanya aku perlu ingat itulah realiti kehidupan yg pelbagai. aku tidak boleh tidak perlu menerima bahawa itulah yg banyak berlaku di lorong-lorong gelap seperti itu. perbualan seperti itu sudah menjadi perkara biasa di kalangan penghuninya.

hidup ada hitam dan putih, ada terang dan gelap, ada manis dan pahit, ada lelaki dan perempuan. tapi kalau di tengah2 hitam dan putih ada kelabu, di tengah2 pahit dan manis ada tawar, di tengah2 lelaki dan perempuan ada apa??? pondan!!! adakah kewujudan mereka kerana dugaan tuhan yg tidak tertanggung atau disengajakan???kalau pun mereka tidak pinta dilahirkan begitu kenapa mesti melacur???itu yg aku nak tau sesangat.

dulu masa belajar, ramai jugak lelaki lembut tapi bukan pondan kat school. bila bergaul dgn pondan mereka berubah terus ke arah itu. kenapa boleh jadi camtu? aku pernah tak keluar lepak kat seksyen 2 shah alam hampir satu semester sbb takut kena kejar dgn student2 pondan kerana menulis artikel pasal dia org kat akhbar fakulti. banyak benda yg aku persoalkan dalam artikel tu sampai dia org kata nak kerjakan aku kalau terjumpa. bukan aku tak berkawan dgn pondan-pondan ni. dia org ni kebanyakannya manusia kreatif, ada baik dan jahatnya macam jugak aku.

dadah, bab dadah yg disentuh secara bersahaja oleh rosdeen suboh sebagai yasir memang power. aku suka skrip yg sebegitu yg memandang gejala menghisap dadah dari sudut yg lain. betul jugak kata dia kenapa budak2 melayu ni hisap dadah poyo sangat. hisap dadah ikut hati dan perasaan. hisap sikit2 sudahlah. dalam maksudnya tu.

macam watak aishah yg masih bersekolah dan membesar di lorong gelap tu, mak bapak dia bukak warung dan dalam masa yg sama sewakan bilik-bilik kat rumah kedai dia org tu utk manusia-manusia sesat melampiaskan nafsu. aku tak dapat nak bayangkan hidup dalam suasana yg macam tu. sama ada aku akan membesar menjadi seorang psycho atau menjadi seorang insan yg berguna bergantung jugak kepada keadaan sekeliling dan cara bagaimana aku dididik. tapi tak boleh nak cakap jugak, kadang2 ada org memang dilahirkan jahat.

susah nak cakaplah sebab kehidupan itu sendiri satu misteri pada pendapat akulah kan. hanya tuhan saja yg mengetahui jawapan kepada semua persoalan hidup yg tak terjawab oleh kita...

107682 | posted by sitinesta at 22:40 | 3 comments

Wednesday, May 19, 2004

bolasepak, football, futbol, calcio, soccer

i think it's not too late to congratulate my favourite team AC Milan for winning the hard-earned scudetto. they haven't win the scudetto since 1999. congratulations also to other champions like arsenal, valencia and ajax. they deserved the title.

congratulations also to liverpool for winning the champions league spot. hopefully, they'll do better next season.

milan played its final game last sunday and i bloody missed the game. hell! i wanted to watch it so badly because it was Roberto Baggio's last match. I wont be able to watch him play anymore. sheesh! He's my hero throughout the 90s. I could still remember the details of the 94' World Cup. The divine ponytail or little buddha as he's known in Italy, is my favourite striker of all time. An artistic player who rarely missed his shot, that's Baggio. he finally called it quit at the age of 37. im sure going to miss him.

as always when the football season has ended, i dont know what to do. i feel like my life isn't complete. it's not like i let football ruled my life but in a way football has become part of my life. you could say that football is the only "vice" that i indulged in. i will miss talking about statistics, rating, players' skill and other football talk with my friends. my saturday and sunday nights will be boring without football. when the crave was so bad i usually watched the old video tapes. i still use the video player at home. and i like to record some of the games. i still have the old tapes from the Euro 2000 and the 2002 World Cup.

anyway, the current hot topic will be the selling and the buying of football players around the world as if they are some kind of commodities. in a way, they are, i guess. who is going to be the most expensive player this time around, which team has the best scout, whose going where and stuff like that are being discussed everywhere by fans.

however, this time will be different because euro 2004 is just around the corner and i wont go football-hungry. hehehe...my favourite team is of course the Azzurri. Viva Italia! i dont know how are they going to fare this year. i still couldnt get rid of the heartache sufferred during the euro 2000. lots of tears at the time. it was the case of so near yet so far. italy had almost win man! sheesh! come to think of it, this is the year of the underdog, remember champions league??? for all we know, greece will probably end up winning the euro 2004. hahaha...imagine that!!!

all these while when i was supporting both milan and liverpool day in and day out, i was thinking why i felt so much for these clubs when i was not even born and bred at the fashionable city of Milan or along the port at the Merseyside. at times i wanted so much for my hometown to be a famous football club just like milan and liverpool. i wanted so badly to have a Seremban FC being supported around the world by football fans just like im supporting milan and liverpool right now.

it requires a miracle of course but does it? i dont have the answer but i wish that maybe someday, it'll come true. i wish someday the likes of dolah or ahmad or halim will be an icon to the football fans around the world instead of beckham, nesta,owen or shevchenko. foolish dreams again i guess. in the meantime, i'll continue to support both liverpool and milan and occassionally NS Chempaka and Negeri Sembilan....hehehe...

106739 | posted by sitinesta at 3:07 | 0 comments

Sunday, May 16, 2004

RHCP, butterfly and one utama

Under the bridge

Sometimes i feel
Like i dont have a partner
Sometimes i feel
Like my only friend
Is the city i live in
The city of angels
Lonely as i am
Together we cry

c/o: I dont ever want to feel
Like i did that day
Take me to the place i love
Take me all the way


red hot chilli peppers is one of my favourite bands. mostly because of the sounds of its guitar. californication was among the earliest songs that i learned and last saturday, i tried another RHCP's song called Under the bridge. phew! in my humble opinion, it was really fantastic especially the intro/solo.

not so may chords yes but the difficulty was bar chords. i can handle E and A but B and C#M (c sharp minor) are really hard. it's okay if u're playing electric guitar but acoustic is difficult. the strings are really hard unlike classical which used nylon, acoustic mostly used steel. sheesh! my teacher said it was a good way to build your strength. of course people would say dont be so rigid, if u can't play F#M, simply play F chord but still, the sound will be different because F#M provide more bass sounds compared to F chord. and that's just the verse, i've yet to talk about the tablatures, the tempo, urghhhh!!!!! enough said...

after class, diy, zal and i went to One Utama. this shopping complex used to be my favourite hang out during my studies, even though its so far away from shah alam. it's been almost a year since my last visit and i have yet to check out its new extension, one utama 2.

wow! what a cool place. i love the landscapes along the walkway that joined the two buildings. simply superb! i wish i brought my camera and we also dicovered its weekend baazar. im really crazy about those flea markets or sunday markets, whatever you want to call it. most of our furnitures, blouses and accessories were bought at sunday markets, especially at the mont kiara. so many things to choose and it's cheap.

we stopped at this accessories stall and it had so many unique and beautiful bracelets. i have a thing for butterfly. i don't know why but i simply love them. and when i saw a silver butterfly bracelet, i went crazy.it was so beautiful and exquisite, i just had to buy it. the owner actually designed most of the bracelets and necklaces. so i asked her to design an anklet for me exactly like the bracelet. im going to collect it in two weeks time. sheesh! i couldnt wait man!

after that we went to uptown to buy food and litter for gendon and her kittens. and of course to buy our yong tau foo. return early to watch the last episode of Till Death Do Us Part. i couldnt believe Dave Navarro of Jane's Addiction was that sensitive, well i guess all those mat rock were actually jiwang karat. hehehe...

watching the last game of epl between liverpool and newcastle + arsenal-leicester. watching uber cup final. that's summed up my saturday night. hehehe...

n/b: welcome back to malaysia Liza! thank you for that AC Milan's Snow Cap. it's the greatest gift. and listening to your adventure in Rome, Florence and Venice really made my day. i wish you had a weblog so that you can write about your experience in Italy. grazie un a mia amica

106392 | posted by sitinesta at 22:50 | 4 comments

Thursday, May 13, 2004

our cats



Wanu, Kutsu, Pitu dan Kaka

empat ekor anak gendon dah besar dan nakal giler. tak terlarat nak layan dia org ni. tapi bila penat2 balik kerja, tengok keletah dia org ni memang menghiburkan.

tapi kadang2 tu menyakitkan hati sbb habis meja, pasu bunga semua dia org panjat. bunga hiasan kering yg diy beli utk hias ruang tamu dah lama arwah dikerjakan dek empat ekor kittens ni.

pantang tengok kita org berdiri, mestilah nak bergayut kat kaki kain, sampai tercabut2 benang. majalah dgn suratkhabar memang tak selamat dikerjakan dia org ni. makan dah lah banyak lepas tu suka buat sepah, berlari sana berlari sini. kadang2 terfikir ini anak kucing ke anak setan.

kita org sayang giler kat semua tapi terpaksa buat pilihan utk bagi kat org. tak mampu dan tak larat nak jaga semua. sedih gila bila diy kata bos adik dia nak bela dua ekor. dalam masa yg sama syukur jugak sbb ada yg sudi nak bela kan. kata diy takpe bagi kat bos adik dia tu sbb kita org boleh melawat sekali sekala. betul jugak. tapi sedihnya tak tau nak cakap.

nasib baik diy ada ambik gambar dia org tengah main2 kat rumah. boleh gak tatap kalau rindu. gendon pun mesti rindu kat anak dia yg dua ekor tu nanti. arrgghh!

sayangnya kat korang semua. tunggu ye aku balik rumah besok.

pix courtesy of diy.

105831 | posted by sitinesta at 0:41 | 6 comments

Wednesday, May 12, 2004

NAM meeting

balik kerja semalam, aku masih lagi dibuai mimpi-mimpi indah percutian aku selama seminggu. tapi tup! macam belon yg diletupkan, aku dikejutkan dgn realiti kerja yg bertimbun dan terpaksa pula pergi out-station.

ah! hari ini aku sudah berada di putrajaya, di bangunan serba canggih ciptaan hijaz kasturi ini. aku sebenarnya dah nak hampir mati kesejukan kat convention centre ni menantikan penyudah hari ini. bosan aku. tak tau kenapa aku begitu skeptik dgn persidangan-persidangan antarabangsa ni.

aku tak rasa meeting NAM esok akan berjaya mengubah apa-apa di palestine, so why bother? beratus2 deklarasi pun dikeluarkan, apa tindakan susulannya? meeting OIC hari tu, apa kesudahannya????

hari ini dan esok merupakan hari sibuk buat aku dan rakan2. aku sudah tidak dapat merasakan keseronokannya terlibat dgn persidangan sebesar-besar ini.

aku ni pendendam orangnya. hati aku membara membaca kekejaman di abu ghraib. membaca tulisan karim raslan tempoh hari, aku ralat kenapa peristiwa itu yg baru dapat membuka mata beliau bahawa amerika itu sebuah negara jelik.

aku sudah lama membenci amerika. aku sudah lama berhenti makan makanan-makanan segera keluaran mereka. ia juga tidak membantu sama seperti persidangan NAM/OIC ni tapi sekurang2nya aku puas.

aku membesar dgn membenci geronimo dan askar2 vietnam, betapa gahnya propaganda amerika. pop culture begitu tegar menemani kehidupan remaja aku. nasib baiklah ada didikan agama kalau tak dah lama hanyut. sekarang aku sudah terlalu dewasa utk tidak merasa menyampah dgn propaganda mereka.

lewat malam tadi aku menyaksikan program live di CNN, bagaimana anggota senat amerika menyoal siasat major general mereka berkaitan dgn abuse di penjara iraq. konon, satu patah perkataan pun aku tak percaya. lakonan hidup anggota senat mereka utk menipu rakyatnya dgn lebih yakin.

aku seperti awang selamat tidak akan terperanjat jika bush menang lagi, apa tidaknya jika rakyat amerika rata2nya mengamalkan prinsip ignorant is bliss.

tiba2 aku teringat kata-kata Mido pemain bolasepak berbangsa arab yg bermain dgn Marseille, kelab bolasepak terkenal di perancis. bila ditanya, apa pendapatnya tentang keadaan di palestin. jawab mido, dia simpati tapi palestin jauh dari kampung halamannya di egypt, jadi sukar utk dia merasai apa yg dirasai oleh oleh rakyat palestin...????

105646 | posted by sitinesta at 3:11 | 1 comments

Tuesday, May 11, 2004

rahsia pulau



isnin lalu, 3/5/04 - aku dan zal memulakan pengembaraan kami utk tahun ni dan kita org memilih selatan tanah air sebagai destinasi percutian. sayang diy tak dapat ikut tapi nak buat macam mana, komitmen kerjanya sgt banyak.

kata kawan aku kenapa memilih destinasi yg sama. pergilah tempat yg tak pernah pergi. entahlah pulau tu dah macam syurga dunia buat aku dan zal. tempat kita org melepaskan tension kerja, tempat kita org berlibur. pertama kali pergi dua tahun lepas tapi pulau tu macam memanggil2 kita org utk datang semula.

aku rasa kegilaan aku pada pulau banyak berpunca daripada buku-buku enid blyton yg aku baca masa kecik dulu macam tujuh sekawan dan canary island mereka. aku pun nakkan pulau rahsia aku sendiri.

aku dan zal bertolak ke mersing dari seremban dalam pukul 9 pagi dgn kereta kelisa kuning aku yg tak berbasuh tu. hahaha...aku mencuri peluang utk menikmati pemandangan sbb zal yg memandu. kalau dulu perjalanan kami ke mersing dgn kereta proton iswara zal dan ditemani lagu2 sheila on 7 tapi kali ni aku memilih utk memainkan lagu2 pilihan daripada kaset yg aku dubbed kat kedai. ada lagu dewa, david tao, beyond, weezer, jacky cheung etc, etc. lagu2 tulah yg akan terpahat dalam memori perjalanan kita org kali ni.

dalam tiga jam jugaklah baru sampai kat mersing terus park kat parking khas utk ke pulau tu. pergi register everything semua, dia org cakap bot bertolak 1.30 pm. jadi aku dgn zal sempatlah pergi lunch dan ambik gambar sikit2. panas giler tak tahanlah pulak aku. sebab aku berdua jer dgn zal kita org pilih studio chalet, murahlah sikit. tapi aku suka sebab tempat tidur dia konsep jepun, tilam letak atas pangkin jer camtu. memang best giler.

lepak punya lepak tak perasan dah 1.30, kelam kabut berlari ke jeti. tangan penuh dgn beg baju, beg kamera, beg gitar, digelak dek pemandu bot tu. korang kemana, nasib baik kita org tak tinggalkan, kata dia.aku tanya ramai ke tourists kat pulau, adalah dalam 80 org. alamak ramailah pulak. dulu masa aku dtg deserted sikit, org tak ramai.

naik open boat memang best, boleh terasa kemasinan air laut dan hembusan angin yg kuat dimuka menyegarkan.

sampai jer kat pulau, sudah ada satu perasaan yg lain, satu perasaan lega, tenang dan gembira yg aku tak boleh nak describe. satu yg special tentang pulau ni mengikut pandangan mata akulahkan, landskap dia, memang ada kelass!!! pantai dan laut dia memang tak payah cakaplah kan, best gila tapi banyak pulau lain pun pantai dan lautnya bagus tapi landskap pulau tu yg membezakannya.

aku tengok dah banyak perubahan yg dia org buat, dia org tengah bina restoran baru dan tengah buat spa. aku dgn zal paling surprised bila staff pulau tu ingat lagi kat kita org. dia org siap cakap eh pernah datang dua tahun dulu kan! apa taknya, kita org jer perempuan melayu terakhir yg datang bercuti kat pulau tu. kalau ada pun yg dah berkeluarga atau pun kecik lagi. masa kita org datang tu hanya ada satu keluarga melayu dan selebihnya mat saleh dan pelancong jepun.

sampai jer kat bilik, kita org terus jer lepak2, aku ambik gambar sikit2. rasanya macam aku dah kehilangan kreativiti. dgn kamera aku yg meragam tu, buat aku kadang2 macam nak baling jer dalam laut tapi sayang dah 10 tahun kamera tu berbakti kat aku. im afraid i dont have the passion anymore to take photographs. skill semua pun dah hilang atau dah lupa. entahlah!

dah puas ambik gambar tu kita org tidur sekejap. dalam pukul lima, terus ke pantai, berendam, menikmati keindahan alam sambil main gitar dan baca buku sikit2. lepak sampai dekat nak maghrib baru balik ke bilik.

lepas makan malam, kita org lepak kat jeti sampai pukul 12 lebih. malam2 pun cantik jugak pulau ni. aku nampak ada satu mamat jepun tu tengah ambik night photography sambil pakai tripod. kalaulah dia dapat capture gambar helang tengah berlegar-legar bawah sinaran bulan penuh tu mesti gambar tu antara yg terhebat. kamera aku tak mampu nak ambik gambar macam tu unless kalau aku ada lense 300mm. ok jugak. geram jer aku nak ambik gambar tu. sheesh!

aku dgn zal lepak kat jeti borak pasal macam-macam benda. aku cakap dgn zal, aku dapat rasa yg kita org akan datang lagi ke sini dalam tahun ni jugak. insyaAllah.

pagi esoknya, lepas sarapan, kita org lepak bawah pokok kelapa sambil main gitar. peliknya aku, aku suka laut dan pantai tapi aku tak suka mandi laut sangat. ambik gambar lagi. ambil gambar pokok, jeti dan bot. tak cukup filem aku pergi beli kat kedai souvenir pulau tu. hah! RM24 utk satu filem kodak 200. terjerit aku bila tengok harganya. aku nak yg 400 takde. takpelah, bagi RM10 pun cukuplah kata brother tu. tergelak aku. thanks bro!



sedih rasanya nak meninggalkan pulau ni. kalau ikutkan hati nak tinggal lebih lama lagi tak pun kerja terus kat pulau ni. hahaha...tapi aku tau aku bukan budak pulau. aku boleh dtg bercuti tapi utk tinggal itu bukan aku.

selamat tinggal pulau rahsia!

perjalanan balik zal memandu lagi. aku tau dia enjoy memandu dalam perjalanan jauh. macam satu terapi utk dia. kita org singgah di kampung nelayan mersing, sbb nak beli keropok lekor. sukanya tengok kampung nelayan, cara hidup mereka yg sederhana dan tidak terkejar2 berbeza dgn kehidupan aku di kl.

di R&R air keroh, kita org berhenti berehat. aku mahukan kopi panas dan waktu maghrib tidak berapa bagus utk meneruskan perjalanan. akhirnya kami sampai di seremban dalam pukul 8 lebih. aku meninggalkan zal di rumahnya dan balik ke rumah aku yg tak berapa jauh dari rumah zal sebenarnya. kami berkongsi bandar walau pun tidak setaman.

dan cuti seminggu aku banyak dihabiskan di rumah bersama mak dan adik beradik yg lain. tapi itu cerita yg lain....

105437 | posted by sitinesta at 0:05 | 3 comments