home
login::signup
we::blog

dan jendela pun berbisik...

"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) 
 
"I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 
 
"A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous 
 
"If you read, you will judge" - Kurt Cobain

last modified Mar 17, 2005 at 0:17


Wednesday, November 8, 2006

sitinesta's book club



jangan ingat Oprah ajer yang ada book club. aku pun ada book club aku sendiri yang dianggotai oleh aku, the muse, sidah dan auntie kedai buku favourite aku tu. hehehe...

walaupun aku mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk menghabiskan novel The Time Traveller's Wife, aku rasa novel tu memang best gila. memang benar-benar menyentuh hati dan perasaan lebih-lebih lagi bila baca surat terakhir yang ditingalkan oleh sisuami untuk isterinya sebelum dia mati. serius aku cakap bacalah novel ni

sekarang ni aku gila nak baca medical thriller balik. lepas kathy reichs, lama jugak aku tercari-cari author yang se-genre dengan dia. dua bulan dulu, secara kebetulan masa aku tengah tunggu kelas nak mula, aku ternampak novel tu kat atas meja cikgu aku. aku belek-belek sinopsis, rasa macam best ajer buku tu. lepas kelas terus pergi central market untuk cari novel tu. jumpa ajer terus sambar dan bermulalah affair aku dengan author yang baru. hahaha..

macam jugak kathy reichs, cornwell dan patterson, tess gerritsen pun ada series dia jugak. dr maura isles dan detektif jane rizzoli adalah dua watak utama dalam novel ni. alah macam dr temperance brennan dgn ryan dalam novel kathy reichs tu tapi kali ni dua-dua perempuan. in terms of forensic atau autopsy ke apa benda, dia taklah bagi detail explanation macam kathy reichs tapi lebih ringan dan menghiburkan sudut gelap aku. hahaha...setakat ni aku baru baca the sinner dan baru nak mula baca the apprentice...happy reading!

157295 | posted by sitinesta at 19:27 | 1 comments

Monday, November 6, 2006

selamat hari raya aidilfitri

perjalanan ramadan yang sangat2 meninggalkan kesan kepada aku tahun ini kerana lebih banyak berbuka dan bersahur sendirian tapi dalam masa yang sama memberi aku kekuatan untuk melebihkan ibadah di bulan puasa.

dah beberapa bulan jugak aku tinggal sendirian kat apartment tiga bilik ni. jenuh jugak kalau time nak mengemas tuh. hahaha...aku malas nak pindah dan tak berapa suka nak ambil orang baru yang aku tak kenal. jadi tinggallah aku sorang2 kat rumah ni. memang sakit nak bayar sewa yang mahal ni tapi lama-lama aku suka pulak duduk sorang. gendon dengan kaka macam tahu yang kami ni tinggal bertiga aje, dia orang jadi lebih rapat dengan aku.

aku tak sangka yang benda aku paling miss masa bulan puasa ialah pergi gymnasium. aku ambil keputusan tak nak pergi masa bulan puasa tapi ni dah tiga minggu raya pun aku masih belum start balik gym. dia orang kat gym pun dah sibuk telefon tanya bila nak datang. tak sangka lepas hampir setahun aku pergi gym, badan pun dah semakin sihat dan kawan2 pun dah semakin ramai. well, not exactly friends but in a way they are my friends. weird, i know. i miss our long talk lepas penat-penat bersenam tu. dulu-dulu lepas bersenam, aku akan terus balik tapi lama-lama kita duduk lepak dulu, berborak sampai berjam-jam baru aku balik. itulah komuniti gym aku (walaupun semuanya lelaki) dan itulah masanya aku nak bersosial pun. favourite topik of courselah pasal bola. kalau liverpool kalah, masak aku kena kerjakan. tau-tau ajerlah dia orang ni. entah bila aku nak start balik gym tak taulah.

raya memang tiap-tiap tahun pun seronok. tahun ni family aku buat open house hari raya kelima, ya allah ramainya datang sampai tak cukup makanan. semua orang happy gila. jiran depan rumah, sebelah rumah, belakang rumah, kengkawan dan saudara mara, aduh pengsan melayannya. kawan aku dari KL datang, aku keluarkan gendon nak tunjuk kat dia tapi jiran aku sound kat aku. dia kata kalau kawan datang orang akan tunjuk anak masing-masing, yang kau sibuk tunjuk kucing kau pulak. aku cakap biarlah, kucing aku cantik. dia gelak ajer.

minggu kedua raya, hari selasa aku pun naik pejabat. dalam perjalanan ke ofis tu kereta aku pulak kena hentam dari belakang. aku terus telefon abang aku, dia tanya kereta apa yang langgar, aku pun tak tau kereta apa entah, zaman tok kadok dulu, plat kereta pun memang zaman atuk aku dulu. geramnya aku. kereta kelisa aku yang kuning meghelit ni pun dia orang tak nampak-nampak jugak ker. kawan cina aku kata warna tu tak sesuai dengan aku. CHOY! terketar-ketar aku pergi balai polis buat repot, mamat tu pun pergi report dengan aku, duduk sebelah-sebelah sambil bincang sampai polis tu ingat dia sedara aku. padahal dia orang yang langgar aku. lecehnya bila eksiden ni kan.

nasib baik ada abang trafik yang baik nak tolong aku. belum sempat aku uruskan claim insuran, dah kena pergi Taman Negara jumaat maghin. best gila, tapi itu untuk cerita yang lain...Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

p/s: malas nak cerita pasal bola sebab dua-dua team aku main macam bangang dan dua-dua kat mid-table. so aku tengah depressed, tak boleh cerita banyak.

157244 | posted by sitinesta at 0:09 | 2 comments