home
login::signup
we::blog

dan jendela pun berbisik...

"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) 
 
"I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 
 
"A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous 
 
"If you read, you will judge" - Kurt Cobain

last modified Mar 17, 2005 at 0:17


Friday, April 28, 2006

muzium sungai lembing - kuantan



hari kedua di kuantan, aku pergi pulak ke muzium sungai lembing. muzium ni asalnya rumah general manager syarikat lombong bijih timah. aku memang suka sangat muzium ni. dahlah kat atas bukit. pemandangan kat luar dah sah-sah cantik.

dulu sungai lembing ni lombong bijih terpanjang dan terdalam kat dunia. bayangkanlah masa zaman british dulu, pekerja dia aje sampai 15 ribu orang. bila tengok replika lombong tu, tak boleh nak bayang dia orang kerja bawah tanah bertingkat-tingkat macam tu. primitif gila dan aku respect lah kat pekerja-pekerja dia yang boleh lalui suasana kerja yang macam tu. tengok artifak-artifak lombong yang ada kat dalam muzium buat kita macam seolah-olah berada dalam zaman tu. i just love museums. gambar-gambar pekerja, even replika lombong tu aje dah buat aku teruja gila.



tapi aku rasa macam sayang sangat sebab lombong-lombong tu tak dapat diselamatkan. terowong-terowong pun dah tutup. bayangkan kalau dia orang masih simpan lagi kapal korek, kapal stim yang angkut bijih atau pun boleh preserve lombong tu dan kita boleh naik lif pekerja lombong dan turun kat bawah tanah dan lihat bekas-bekas peninggalan lombong bijih terbesar dunia tu. tapi itu hanya angan-angan aku ajer. dapat tengok artifak lama kat muzium tu pun jadilah and as for the rest of them , i will leave it to my imagination.



tak jauh dari situ, ada satu perkampungan, kira rumah pegawai-pegawai syarikat lombong tulah. kampung tu aku lupa pulak namanya tapi kalau nak pergi kena lalu jambatan gantung. klasik gila. penduduk kat situ aku tengok campur cina dengan melayu. memang bestlah sungai lembing ni pada pendapat aku, penuh bersejarah.

153473 | posted by sitinesta at 0:34 | 2 comments

Tuesday, April 25, 2006

kuantan - part 1



aku ingat lagi tahun 1999 merupakan kali terakhir aku pergi ke kuantan. itu pun sebab aku masuk treasure hunt. menang nombor satu pulaknya. 1 april maghin aku pergi ke kuantan dan betapa terkejutnya aku bila tengok kuantan dah berubah. aku rasa aku suka kuantan yang dulu, tak terlalu sibuk, tak berapa nak traffic jam dan masih banyak pokok-pokok.

kat kuantan, aku dibawa melawat sarsha riding centre di kampung sepat. tempat ni memang agak tersorok sikit dan riding centre pun tak berapa nak siap lagi pembinaannya. tapi aku suka gila tempat ni. kalau kat indonesia, zoo dipanggil kebun binatang dan aku rasa perkataan tu paling tepat untuk aku panggil sarsha riding centre.

mula-mula kita orang diperkenalkan kat setiap kuda yang ada kat stable tu. aku kagum gila dengan staff dia yang kenal every kuda kat situ. dia tau sejarah kuda-kuda tu dan itulah yang aku paling kagum sekali terutama pada owner tempat ni sebab kebanyakan kuda yang dia beli tu sama ada kuda lumba yang dah tak dihargai atau pun kuda-kuda yang pernah kena abuse. lepas tu dia orang latih dan rawat balik kuda-kuda tu. bukan senang nak bagi kuda yang pernah kena abuse untuk percaya pada manusia. bila cerita pasal kuda, rupanya banyak jugak yang aku tau pasal kuda ni, tak sangka. hahaha. mungkin sebab banyak sangat baca buku historical romance masa study dulu. ada jugak gunanya buku-buku tu. hahaha....

aku memang dah lama nak naik kuda, cuma tak pernah berkesempatan dan takut nak mencuba. tapi masa kat kuantan ni, maybe sebab lepas aku jumpa semua kuda-kuda yang berperangai segala macam, terus aku jatuh cinta ngan haiwan ni. jadi bila dia orang ajak tunggang kuda bernama ricky tu, aku pun apa lagi tungganglah. dah le panjat kuda tu pakai tangga, mula aku gelabah jugak tapi bila dah duduk atas pelana tu dan pegang leher ricky aku terus rasa macam suka gila nak mati punya. sampai rasa tak nak turun. memang satu pengalaman yang tak dapat aku lupakanlah. kalaulah kuantan tu dekat, dah tiap-tiap hari aku pergi tunggang kuda-kuda tu. hahaha...

lepas tu kita orang dibawa pulak melawat haiwan-haiwan lain yang ada kat riding centre tu. ada burung unta, helang, monyet, merak, kambing, lembu. cakaplah apa aje, semua haiwan dia orang ada. selalunya aku tak peduli sangat kat kambing dengan lembu tapi kat riding centre ni lembu dengan kambing dia manja dan peramah gila. masa aku lalu kat kandang lembu, salah seekor lembu tu julurkan kepala dan gesel-gesel kat kaki aku. alamak manjanya lembu ni, aku pun gosok-gosok hidung dia. aku boleh nampak yang staff-staff kat situ layan haiwan-haiwan peliharaan dia orang dengan baik dan penuh kasih sayang. cehwah!



dua jam kat situ, aku sebenarnya rasa tak nak balik. best sangat berborak dengan dia orang pasal kerenah haiwan-haiwan peliharaan kat situ lebih-lebih lagi kuda-kuda dia orang. aku respek dgn owner dia yang bukak riding centre tu supaya orang-orang kampung kat situ boleh sama-sama dapat menunggang kuda dengan harga yang murah, takdelah orang kaya aje yang mampu merasa naik kuda. bukan pony tau, kuda betul yang tinggi tu. lewat petang, aku tinggalkan kebun binatang tu dengan seribu kenangan. jangan risau, aku pasti kembali.

153428 | posted by sitinesta at 23:43 | 0 comments

Thursday, April 20, 2006

kiai kanjeng - backdated entry

aku tak cukup masa nak menziarahi blog sendiri kebelakangan ini tapi aku dah janji pada wahyu untuk bercerita tentang persembahan kiai kanjeng di Kuala Lumpur. dah lama sangat dah, aku pun dah tak berapa ingat details show tu.

aku dengan diy pernah tengok show kiai kanjeng dua tahun lepas di tempat yang sama kat panggung dbp tu. masa tu panggung penuh dengan expatriat dan students indonesia. orang malaysia boleh kira. tapi show tahun ni agak ramai jugak orang malaysia. aku nampak erma fatima dan ramli sarip pun ada.

aku dengan diy tak tau apa-apa pun pasal kiai kanjeng masa kita orang first tengok show tu. kita orang ni jenis main redah aje. kalau rasa macam nak tengok, pergi aje tak payah buat research, lagi pun show tu free.

kiai kanjeng diketuai oleh emha ainun najib atau lebih senang dipanggil Cak Nun. sebenarnya cak nun ni mengingatkan aku pada ustadz ismail kamus. dalam lawak-lawak dia tu, mesej yang disampaikan berbekas di hati. dulu masa aku sekolah rendah, bapak aku suka bukak kaset ceramah ismail kamus, boleh katakan setiap hari. sampai aku adik beradik naik lancar dialog2 ustadz ismail tu.

cak nun ni seorang penyajak, intelektual agama dan kepada golongan2 marhain - seorang guru. kumpulan kiai kanjeng ni dah menjelajah merata2 indonesia, hingga ke segala ceruk kampung dan juga hampir seluruh dunia untuk menyampaikan mesej keagamaan dan keamanan. dan yang paling best, dia menyampaikan dakwahnya melalui muzik. cakaplah apa jenis muzik, semua dia boleh nyanyi. alat2 muzik yang digunakan dari gamelan, gitar elektrik sampailah ke rebana dan biola. kalau dia nyanyi dari irama dangdut, rock, lagu asli sampailah kepada musik padang pasir.

kadang-kadang mendengar kata-kata cak nun tak ubah seperti berada dalam kelas sosialisasi yang aku belajar masa kat itm dulu. dia membuka ruang dan mata kita terhadap kelemahan dan kelebihan bangsa2 lain terutamanya yang datang dari indonesia untk bekerja di sini. dulu lecturer aku pernah kata kalau nampak kaum lelaki bangladesh jalan berpegang2an tangan, jangan tuduh dia orang tu gay tapi itu memang sudah budaya mereka.

sebab itu aku memang suka gila tengok show kiai kanjeng ni, macam-macam ilmu aku dapat. tahun lepas aku miss show dia orang tapi tahun ni nasib baik ada rakan baik dari jakarta yang mengingatkan tentang jadual kiai kanjeng di sini. terima kasih gak kat universiti malaya sebab panggil dia orang datang.

show tahun ni istimewa sedikit sebab cak nun ajak ramli sarip naik menyanyi lagu ketuhanan dia tu secara spontan. takde dalam program pun. bila ramli sarip nyanyi lagu iqra', liriknya ada sebut Kalaulah matahari di tangan Nya, Walau bulan di tangan kiri Nya, Biar hancur, Jasad terkubur. habis aje ramli sarip nyanyi lagu tu, mengucap panjang Cak Nun sebab secara kebetulan kiai kanjeng akan mendendangkan lagu yang hampir sama liriknya. meremang bulu roma aku dengar. tapi memang best gilalah show tu tapi aku rasa macam sekejap sangat. takpelah tahun depan, mintak2 cak nun nak datang lagi. insyaallah.

153297 | posted by sitinesta at 2:40 | 3 comments