home
login::signup
we::blog

dan jendela pun berbisik...

"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) 
 
"I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 
 
"A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous 
 
"If you read, you will judge" - Kurt Cobain

last modified Mar 17, 2005 at 0:17


Sunday, December 23, 2007

manusia hipokrit itu adalah aku

minggu lepas aku mintak tiket free untuk concert dewa kat mr yeop, the press sec. entah macam mana editor aku, kak maze terdengarlah pulak. dia tanya aku bila concert tu dan aku dengan rasa malu dan bersalah bagitau dia tarikh.

apa lagi kena lectured le aku dengan bos aku tu. siti tak baik tau, hari tasyrik belum habis lagi, jemaah tak habis melontar lagi, kamu nak pergi tengok concert plak, blah, blah, blah...sidda yang selamba tu pun sibuk je mencelah. selamba ajer dia cakap masa jemaah melontar tu, aku termasuklah dalam yang kena lontar. siut punya kawan.

itulah sebabnya aku rasa aku ni hipokrit. ok, i believed i've been a good woman throughout this year tapi still kalau aku pergi konsert tu, aku tak menghormati langsung aidiladha. sepanjang minggu tu aku berperang dengan conscience aku dan keimanan yang tak berapa nak teguh tu kan. finally, last friday, a day before the concert, mr yeop suruh aku collect the free passes. it turned out to be a vvip pass and there were eight of them. terus conscience ke mana, iman ke mana, habis aku contact kengkawan lain ajak pergi concert tu. dah tak pasal-pasal aku tanggung sekali orang lain punya ....

ini lastlah aku cakap, lain kali aku tak buat lagi. balik nanti boleh buat sembahyang taubat macam pengarah bahagian aku selalu buat. ada orang cakap, tuan haji kalau kena pergi event2 yang merapu atas urusan kerja, balik dia mesti buat sembahyang taubat. the fact is that sometimes my conscience ni annoying betul. dia buat aku enjoy tak enjoy tengok concert dewa tu. bila aku macam terleka sikit, tiba-tiba teringat. tapi tak cukup kuat pun untuk menghalang aku daripada pergi stadium negara tu dengan kawan aku supik.

conscience asides, concert tu memang bestlah. aku suka duet lagu laskar cinta antara rabbani dan dewa19. memang best, terasa sampai ke dalam hati. bait-bait korus dengan adunan tiga suara memang kelas babe!

laskar cinta…
Sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati
laskar cinta…
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
karena cinta adalah hakikat dan jalan yang terang
bagi semua umat manusia


ok, kelemahan aku adalah dewa19 dan football games. mudahnya aku digoda oleh dua benda ni. kenapa boleh jadi macam ni ya? damn! one great thing about the concert was i got to hang out with my old friend from high school, sufina @ supik. aku kenal dia masa form six kat king george v, seremban. kita orang tak pernah lost contact tapi supik bukan kawan hang out macam aku dengan liza. aku pun tak tau kenapa, padahal minat muzik yang sama. baru-baru ni aje, kita orang macam rapat. ini kira first time, aku pergi tengok concert dgn supik and it was so bloody great. pastu terus buat plan nak pergi bercuti sama-sama.

last june, aku dengan liza bercuti kat singapura sampai nak patah kaki berjalan ke sana ke mari. itu pun tak sempat cover semua. and thanks to my cousins jugak yang let us tumpang rumah dia orang kat tampines and jurong. maybe next year, we can add supik in our group. hehehe...dah tau dah nak pergi mana next year.

tahun ni dari segi kerja, agak mencabar jugak. aku tak cukup masa nak menulis di blog ni. aku risau jugak sebab nanti aku tak ingat apa yang aku buat sepanjang tahun ni kalau aku tak put them on writing.

aku rasa paling best raya tahun ni adalah kat rumah the muse. lepas makan, aku jamming dengan anak-anak tiri the muse yang terer main gitar tu. dia orang perkenalkan aku dengan group Rama yang main lagu Bertahan dan Drive yang popular dengan lagu Bersama Bintang. aku lawan main lagu menghitung hari dengan the kids. dia orang main simple chords tapi best gila berbanding aku yang main perfect chords tapi sangkut2. biasalah, dah lama tak praktis. hehehe....

banyaknya aku nak cerita dalam blog ni. banyak trips satu Malaysia yang aku pergi and semua tempat-tempat tu sangat2 istimewa especially Bukit Larut, Taiping dan white water rafting kat Gopeng. Dapat dua adik angkat, rai yang cantik di Kuantan dan Nazim yang hensem gila kat gopeng.

tahun ni jugak aku kehilangan nenek dan pakcik tersayang yang tinggal di singapura. hati aku remuk bila Kaka, kucing kesayangan aku mati. empat tahun ajer aku sempat bersama dia, singkat sangat rasanya. tapi aku jugak baru dapat anak buah baru, Solihin yang lahir disember lepas and next January lagi sorang. aku rasa dah lebih 30 orang dah anak buah aku. mak aku cakap silap2 anak-anak buah aku yang baru grad dan baru nak start kerja tu yang kawin dulu. takpelah, aku suka aje.

tahniah kat tipah dapat anak keempat, ajun yang dah sarat anak kedua dan zal sebab dah pregnant three months. tahniah kat liza sebab baru dapat adik ipar. tahniah jugak pada rakan di Jakarta, wahyu yang berkahwin 1 Disember lepas. Sedih sebab tak dapat menyaksikan hari istimewanya. terima kasih sebab hantar gambar perkahwinan kamu, isteri kamu cantik banget. hehehe....

apa lagi ya! ada banyak lagi nak tulis tapi tak cukup masa dan banyak yang aku dah lupa. hahaha....oh ya! tak suka permainan yo yo Liverpool dan AC Milan. Dua-dua team hancus. but Torres, I like. hmmm....

aku rasa hindraf tak berhak nak komplen sampai buat perhimpunan haram bagai. mereka tak layak sebab aku rasa yang paling layak menuntut hak sebegitu adalah orang asli bukan korang. jangan nak perasan. dan aku nak hidup aman di negara ini.

apa-apa pun, Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan aku semuanya. ciao!

160620 | posted by sitinesta at 23:15 | 2 comments