home
login::signup
we::blog

dan jendela pun berbisik...

"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) 
 
"I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 
 
"A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous 
 
"If you read, you will judge" - Kurt Cobain

last modified Mar 17, 2005 at 0:17


Thursday, May 29, 2008

so long, farewell

semalam, aku dan kawan-kawan buat surprise party untuk second big boss. dia akan bersara isnin ni lepas 31 tahun berkhidmat. bayangkan betapa lamanya dia kerja kat sini. dia yang kita orang panggil datin adalah orang yang bertanggungjawab membawa aku masuk ke agensi ni. semalam dia tanya aku sama ada i've ever regretted joining this agency. no, this is the best thing that has ever happened to me. ive great colleagues and friends here. normally, dulu dia direct boss aku sebelum dinaikkan pangkat.

memang dulu aku selalu mengata dia sebab cara dia kerja boleh buat aku jadi gila. she's a perfectionist ok. there were times when i have to write her speech over and over again sampai dia puas hati. but now, kalau aku tulis speech untuk menteri kita orang atau sesiapa sahaja, aku mesti akan bayangkan yang aku tulis tu untuk dia so everything must be perfect.

kalau nak fikir dia memang banyak berjasa kat bukan sahaja kita orang tapi jugak agensi ni. semalam she gave her last speech to us. that is one true speech that came straight from her heart. it was really a powerful, spontaneous speech. dia memang terer.

i dont think there was anyone like her, so elegant and classy, beautiful at 56 and kind. oh, she wasn't an angel. she can be like the devil who wears prada tapi kadang-kadang ajer lah. under her tenure, her officers must look smart and fashionable. takdelah nampak typical macam makcik-makcik governmentkan. haha...

anyway, we gave her flower and pearls as a token for remembrance but she has left us all with much more.

so long datin and thank you very much from the bottom of my heart.

161246 | posted by sitinesta at 22:26 | 1 comments

Friday, May 2, 2008

jet li yang murah!

minggu lepas, aku, liza, kinead dan anak lelaki dia farhan pegi tengok filem jet li - the forbidden kingdom. aku rasa daripada zaman sekolah lagi memang kita orang tak miss tengok cerita jet li kat panggung wayang.

fearless adalah filem jet li yang paling last kita orang tengok kat wayang. memang aku suka sangat filem tu. normally, filem2 jet li yang melibatkan produksi amerika, aku elakkan untuk menonton sebab aku rasa dia macam diperbodohkan.

macam jugak p ramlee, kalau berlakon jadi jahat, susah sikit aku nak terima sebab dia dah dikenali dengan aura hero tu kan. jet li yang aku kenal di layar perak adalah seorang hero yang ciri-ciri asianya sangat tinggi, proud without being arrogant. watak wong fei hong tu dah terlalu menebal dan fong sai yuk walaupun playful tapi masih ada aura bila scene fighting.

aku anggap jet li sudah sell his soul to be famous in hollywood. aku yang menunggu klimaks pertarungan monkey king dengan warlord akhirnya kecewa dengan pengakhiran pertarungan itu. bukannya aku harap sangat nak tengok tendangan tanpa bayang dia tu tapi pertarungan kung fu jet li pada aku mestilah sesuatu yang sacred. malangnya aku tidak mendapatnya melalui filem ini. malah aku hampir tertidur menontonnya, sesuatu yang tak pernah aku buat ketika menonton filem jet li. aku kecewa dan merasa tertipu oleh mainan dan pengaruh hollywood dalam filem ini.

aku menganggap jackie chan telah berperanan merosakkan minda jet li dengan garapan hollywood yang begitu bangang sekali. sampai hati jet li mengecewakan peminat-peminat asalnya.

takpe, sekurang-kurangnya aku masih ada Donnie Yen untuk diminati. Donnie Yen ajelah hero kungfu sebenar yang masih tinggal pada pendapat aku. tak kiralah filem period ke atau filem moden ke, tapi kalau fighting scene dia tu, all out gila. tengok aje seven swords dan yang terbaru SPL dan Flash Point. Dia macam jet li bukanlah method actor tapi aksi kungfu dia tu dah cukup untuk aku menonton filem2 dia. kalau lawan takde maaf punyalah si Donnie Yen ni. aku harap dia tak pergi hollywood dan filem-filem dia akan kekalkan kungfu fighting scene, hong kong style ok. wachaaa!!

161141 | posted by sitinesta at 3:33 | 0 comments

peminat bola terlampau

semalam bukan hari yang bagus untuk aku sebagai peminat liverpool. kekalahan kepada chelsea adalah satu pengalaman yang begitu pahit untuk ditelan. namun serangan dari peminat-peminat MU buat aku trauma. bangang!

seawal pukul 4.45 pagi, handphone aku sudah dihujani sms dari peminat2 MU. aku tak perasan yang selama ini kawan-kawan aku kebanyakannya adalah penyokong MU. sms pertama mestilah dari trainer gym aku. i hate him. aku tak mau pergi gym seminggu lepas ni, mogok.

aku tak balas dan bangun lewat pagi khamis semalam dengan kepala yang berat diserang migraine. argh!!!sia-sia aje cuti kalau kena migraine. baru isnin hari tu aku mc sebab migraine jugak. aku tau puncanya adalah stress kerja tapi nak buat macam mana dah memang banyak kerja. sejak dapat menteri dan timbalan baru ni, kerja berlambak sampai macam nak muntah darah. bawak team berpuluh-puluh tapi takde yang boleh menulis ucapan ke? hampeh!

tengah kepala sakit phone tak henti berdering, rasa macam nak baling ajer phone tu. tengok nombor trainer aku, ah tak nak jawab. lepas tu tak lama keluar nombor tak kenal, aku jawab jugaklah takut orang dari ofis tapi rupanya ada sorang mamat gym si peminat MU tu yang call. sanggup dia pi cari nombor phone aku, mesti trainer aku tulah yang kasik tuh. mangkuk betul. semata-mata call nak menyindir aku pasal kekalahan liverpool. siap pujuk aku jadi penyokong MU. blah le, aku sokong liverpool daripada zaman merudum sampai sekarang le, takkannya aku tukar. pastu siap cakap, team yang aku sokong semua hampeh, milan belum tentu masuk Champions league and liverpool apa piala pun tak dapat. sakit betul hati aku. trainer aku tu pulak selagi aku tak jawab dia akan call. bencinya, kenapalah trainer aku ni peminat MU. lepas ni aku tak nak cakap pasal bola lagi dengan dia orang. sakit hati ni tak boleh nak tahan2.

masalahnya aku ni very hot tempered. pantang kena provoked sikit mula lah aku hangat hati especially kalau pasal bola. tapi at least aku boleh kasik jawapan yang rasional sikit bila dia orang mengata team aku.

mak aku kata peminat macam aku ni menang sorak kampung tergadai. minat benda tak bermanfaat kata mak aku. tapi dah aku minat nak buat macam mana. tak sabar nak balik kampung dan bercakap pasal liverpool dengan abang aku yang sorang tu. dia ajer geng aku yang sokong liverpool dan liza of course, my best friend.

macam aku cakap whatever the future hold, The Reds tetap di hati.

nanti nak cerita pasal bandung! cuma belum berkesempatan. heheh..tapi sejak balik dari bandung dua minggu lepas, selang dua hari mesti kita orang bertiga akan call each other and talk about bandung. gila! semua dah gila bandung!

161140 | posted by sitinesta at 2:27 | 0 comments