|
dan jendela pun berbisik...
"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) "I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 "A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous "If you read, you will judge" - Kurt Cobain
last modified Mar 17, 2005 at 0:17

last week, the muse managed to convince me to buy the twilight series novel by stephanie myers. i have almost finished the first book called twilight. and everyday, at breakfast we discussed the book and giggling like teenagers again. well, we never claimed to be those intelectuals who only read non-fictions or classic literatures.
but the book was written for teenagers for goodness' sake. both the hero and heroin in the book are 17 years old. well, not exactly because the hero looks 17 but he is actually a more than 100-year old vampire. you get the picture? even my housemate which is in her early 20's commented on it when she saw me reading the book. " akak pun baca twilight! bestkan, tapi buku ni untuk budak2 baca," she said. i was bristling but just smiled politely at her. so what? it's not a crime to read novel about teenage love right!
but of course it was kinda weird for me and the muse to giggle like teenagers at our breakfast table and gushing over edward the vampire hero. damn! the last time were excited about book was when we both read the time traveller's wife, a long time ago.
i guess it doesnt matter what books we read as long we can share the experience and what we felt about the book even though it was just over some silly expression or quote by the hero or heroin. it such a simple, sometimes i cringe when i read about the mushy stuff but at the same time it made me feel good and young again. and it made us remember about our teenage year, about our crush for some guys in our class and all that before we became this jaded about life. hah!
i havent finished reading twilight but i have already planned to buy the second book - new moon!. sigh!
dua minggu lepas aku, liza ngan supik tengok beauty and the beast broadway musical kat kl convention centre. aku ada free tickets so terus ajak dia orang tengok even though the performance was on week-day. kesian tengok dia orang rushing all the way to KL after work to catch the musical.
beauty and the beast was all about nostalgia, at least untuk orang yang berumur 30-an seperti kita orang ni kan. yalah, masa kecik baca and tengok beauty and the beast so secara tak langsung mengingatkan kita kat zaman silam. pasal show ni, aku punya high expectation untuk show yang telah dicalonkan untuk 9 tony awards. entahlah, lepas habis tengok tu aku rasa macam tak adalah hebat sangat pun musical tu. baju belle pun hodoh macam langsir aje aku rasa. it's subjective anyway. ada orang rasa hebat ada orang yang macam aku rasa biasa-biasa ajer. tak meninggalkan kesan pun kat aku. aku rasa macam the second part tu rushing sangat and bukanlah aku nak performance tu mencengkam jiwa macam phantom of the opera ke apa tapi naklah rasa somethingkan. tapi ni tak rasa apa2 pun.
apa2 pun seronok dapat tengok show macam tu dengan liza and supik. walaupun tak enjoy the show sangat tapi enjoy the time that aku share dengan two of my closest friends.

aku rindukan suasana nyaman di bandung. kawah putih yang menakjubkan dikelilingi pohon-pohon yang batangnya hijau diseliputi lumut. kalau di tangkuban perahu nun jauh di utara bandung, anginnya kuat sehingga boleh melayang dibuatnya, kawah putih di selatan bandung ini pula nyaman sekali. tiada peniaga-peniaga jalanan yang mendesak-desak di sini. bau sulfurnya juga tidak berapa menyentap hidung dan mungkin keindahannya itu membantu kami melupakan baunya. suasana yang sedikit sejuk menjadikan jagung bakar yang dimakan di situ bersama liza, supik dan pak hilman bertambah lazat rasanya.

menjelang tengahari, kawah putih kami tinggalkan untuk meneruskan perjalanan ke danau yang tidak berapa jauh dari situ. perjalanan ke danau seperti sebuah mimpi apabila dikelilingi oleh kebun-kebun teh yang menghijau. tingkap kereta sentiasa terbuka kerana udara luar lebih sejuk dan menyegarkan. kelihatan pekerja-pekerja ladang teh berkumpul di tepi jalan dengan bakul-bakul yang dipenuhi daun teh, berbual sesama mereka sambil menunggu kenderaan datang
kata pak hilman, teh-teh kelas pertama ini akan dieksport ke eropah. aku hanya tersenyum sinis. sama sahaja di malaysia, rakyatnya diberi produk-produk yang paling rendah kualitinya manakala orang-orang putih diberi makan dan pakai produk kelas satu. minda apakah yang ada pada mereka ini. apa rakyat sendiri tidak layak untuk makan dan pakai produk kelas satu?

sampai di danau aku teruja lagi. kabus yang mula meliputi danau itu tidak aku hiraukan malah termakan pujukan guide di situ untuk menaiki bot mengelilingi batu cinta yang katanya bisa buat aku mudah mendapat jodoh. kami ketawa aje tapi tetap menaiki botnya kerana mahu menikmati keindahan danau bukan untuk mendapat jodoh ya. hahaha....
kalau aku kaya, mahu aje aku bina sebuah rumah percutian di sini. keindahan warisan alam di sini terlalu menusuk di hati. pengembaraan kami masih belum tamat lagi, ada kebun strawberi yang menunggu di sepanjang jalan di ciwidey. kami berhenti pula di salah sebuah kebun strawberi. kebanyakan iklan di situ tertampal kata-kata singgah dan petik sendiri. apa lagi kami bertiga beria-ia memetik strawberi sambil bergambar macam orang gila. oleh kerana kami berada di atas bukit, pemandangan di bawahnya sangat-sangat indah. kelihatan sebuah masjid besar di kelilingi rumah-rumah yang berlatar belakangkan padi huma. kami masing-masing menghela nafas dan mengucap syukur kerana diberi peluang melihat keindahan alam nun jauh di ciwidey, bandung ini. setelah penat memetik strawberi, kami masuk ke dalam kedainya pula untuk membeli homemade jem strawberi dan segalanya strawberi dari makanan sehinggalah ke beg. pak hilman menggeleng-geleng kepalanya melihat kami memborong barang di kebun strawberi.

hari hampir malam apabila kami pulang ke kota. sehari suntuk rupanya kami menghabiskan masa di selatan bandung. tapi hati ini puas sekali dan di bilik kami masing-masing makan strawberi yang kami petik tadi sehingga perut kembung. hahaha...aku rindu.....
|