home
login::signup
we::blog

dan jendela pun berbisik...

"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) 
 
"I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 
 
"A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous 
 
"If you read, you will judge" - Kurt Cobain

last modified Mar 17, 2005 at 0:17


Wednesday, February 25, 2009

Rela Dipujuk

Aku pernah merajuk panjang dengan danchan kerana menghilang tanpa khabar berita. Lalu, aku jadi perempuan yang curang dan berpaling kepada blogspot tetapi entah kenapa aku selalu teringat-ingatkan danchan.

Mungkin juga kerana selama lima tahun, danchanlah tempat aku mengadu domba, tempat aku melepaskan segala kegembiraan, kesedihan dan ketidakpuasan hati aku. Jadi, aku mengambil keputusan untuk pulang ke danchan seperti sirih pulang ke gagang.

Aku tak tahu apa lagi yang akan danchan lakukan selepas peristiwa hitam itu. Danchan pergi terlalu lama dan aku tak tahu sama ada ia akan berulang lagi atau tidak. Mungkin aku seorang masochist, kalau tidak kenapa aku masih setia di sini.

Tak apalah danchan, aku rela dipujuk. Aku akan menulis lagi di sini dan terus menulis sehinggalah satu saat kau akan pergi terus dan tidak kembali, maka biarlah kehidupan aku di danchan ini berkubur bersamamu.

161687 | posted by sitinesta at 0:14 | 3 comments