home
login::signup
we::blog

dan jendela pun berbisik...

"Life is not about what you've gained, but what you've done" - Wong Ka Kui (1962 - 1993) 
 
"I disapprove of what you say but I will defend to the death your right to say it" - The Friends of Voltaire, 1906 
 
"A dirty mind is a terrible thing to waste" - Anonymous 
 
"If you read, you will judge" - Kurt Cobain

last modified Mar 17, 2005 at 0:17


Wednesday, June 10, 2009

aku dan kereta

lepas kerja hari jumaat hari tu, aku singgah uptown damansara. aku nak beli yong tau foo favourite aku untuk dibawa balik ke seremban. masa dah nak sampai tu, tiba2 aku rasa macam kereta aku berat dan senget sebelah. aku dah cuak dah, tapi aku bawak jugak sampai kat tempat yang nak dituju. keluar aje dari kereta, aku terus check tayar. memang sah tayar depan sebelah kanan aku pancit. bukan pancit tapi melepek habis macam lempeng.

aku takdelah panik sangat, siap pergi beli yong tau foo dulu baru lepas tu aku fikir macam mana nak tukar tayar. nasib baik ada workshop dekat deretan kedai tu. aku approach satu mamat cina tu dan mintak dia pasangkan tayar spare, nasib baik tayar spare aku tu ada angin. aku tengok mamat tu berpeluh jugak nak tukar tayar, lepas tu terpaksalah aku bayar dia RM20. kenapalah hidup aku ni tak macam dalam novel ya. kalau dalam novel tu, kereta heroin pancit tepi jalan, mesti ada hero yang offer tukarkan tayar. hahaha..tak habis2 angan-angan aku.

aku ingat lagi masa belajar dulu, aku pernah janji dengan diri aku bila ada kereta nanti, aku mesti pandai tukar tayar sendiri, mesti tau mana satu carburetor, in short, aku mesti pandai berdikari dan tau benda-benda basic pasal kereta sendiri. aku siap cakap kalau boleh nak pandai baiki kereta sendiri kalau rosak. dah tujuh tahun aku pakai kelisa tu, jangankan nak baiki kereta, nak check minyak hitam dengan air pun aku malas, apa lagi nak tukar tayar sendiri. reti. kalau tanya aku pasal carburetor, lagilah aku tak ambil peduli.

aku cakap dengan the muse yang aku ni konon ajer nampak macam wanita moden yang independent tapi sebenarnya taklah berapa nak independent. kata the muse pulak, it's not about being independent at all. sometimes, if we have extra money, why should we want to change the tyre ourselves when somebody else can do it for us. betul jugak cakap dia tu.

cerita kereta aku ni tak habis setakat tu aje. balik seremban, aku call liza dan suruh dia tempahkan slot untuk aku tukar tayar baru. aku ni memang kes teruk. bayangkan sepanjang tujuh tahun aku bawak kereta, adalah dalam enam kali aje aku pergi service centre perodua kat seremban tu. selalunya, kalau aku nak service kereta, liza akan ambik kereta aku kat rumah bawak pergi ofis dia dan tinggal kereta dia kat rumah aku. aku tau bayar ajer. itupun nasib baik liza kerja dengan perodua. yang kelakarnya, staf dia kalau nampak kereta kuning dengan sticker ac milan, memang dah kenal sangat dengan kereta tu tapi tak pernah tengok tuan punya kereta.

apa yang bestnya, mekanik dia akan explain kat liza pasal condition kereta aku dan liza pulak akan explain kat aku dan bagi aku ruang untuk decide sendiri sama ada nak ikut cadangan dia orang tu ke tak. dan dia orang tu jenis tak berkira sangat especially macam kes tayar ni, aku dapat diskaun dan dia orang tak include pun service charge ke apa. lagilah menjadi-jadi perangai aku bila "dimanjakan" macam ni.

bukannya aku tak sayang kereta kelisa kuning aku tu. hey! walaupun dah nampak macam besi buruk yang bergerak tapi ramai jugak yang offer nak beli kereta aku tu. walaupun luar buruk tapi dalam semua tip top condition, thanks to mekanik2 perodua tu. boyfriend anak buah aku siap offer cash RM25k nak beli kereta aku tu, dont play2. oh tidak! kalau kereta aku tu maintain elok, aku rasa macam nak pakai sampai bila-bila, boleh ke macam tu.

apa-apa pun, aku sangat-sangat berterima kasih kepada liza dan staf dia di perodua seremban tu kerana memastikan kereta aku tu dalam keadaan baik. kecik-kecik macam tu, lepas jugaklah buat road trip tiga hari ke kedah. tak payah pakai 4 wheel drive, kereta aku sampai kat sungai sedim, lembah bujang dan baling, boleh.

aku bukan macam orang lain yang bagi nama pada kereta. the muse panggil kereta dia betty boo. kereta aku kelisa jadi itulah nama kereta aku. orang kata kereta hanyalah satu liabiliti tapi apa yang aku tahu, aku dan kereta kelisaku akan bersama selama-lamanya selagi termampu.

161794 | posted by sitinesta at 21:28 | 3 comments