|
now & forever (saturday-27/3)
aku ke kelas sorang-sorang sbb zal ponteng lagi. belajar satu jam sbb ada kelas ganti. hari ni aku belajar lagu now & forever - richard marx. aku tak suka sangat lagu ni sebenarnya tapi intronya sangat menarik untuk dimainkan. 1/2 jam aku habiskan utk belajar running bass lagu wonderful tonight dan 1/2 jam lagi utk intro now & forever. hammer on, slide up dan slide down dgn cepat. belajar intro je pun dah separuh mati aku rasa. urgh!!!! nasib baik sempat balik rumah sebelum hujan lebat, kalau tak habis gitar aku. balik, sumer org tidur, gendon pun tidur, aku pun apa lagi tidurlah ditemani guruh dan petir yg berdentam dentum. alamak, terlepas pulak tengok sinchan. malam tu aku dgn zal nak basuh kereta kat kg baru. aku pulak dah janji nak belanja dia org makan sempena birthday ari tu. punyalah banyak kereta malam tu, jam sana sini. aku tinggal kereta kat snow wash kg baru tu, siap cakap tolong jaga kereta sbb kita org nak gi makan. no prob, kata brader tu. hehehe... so, kita org naik kereta zal pegi makan kat vichudda, damansara. menunya, tomyam campur, telur bungkus, udang goreng tepung, ayam masak halia dan kailan ikan masin. makan macam nak mati tak sedar dah 3 jam aku tinggalkan kereta kat kg baru. tapi sempat lagi singgah kedai vcd kat uptown tu. sampai kg baru, dah pukul 1.30 pagi. nasib baik kereta aku ada lagi kat situ. hehehe...lepas tu lepak dlm kereta aku sbb nak basuh kereta zal pulak. sampai rumah lebih kurang pukul dua lebih, alamak apsal gelap gelita. rupa2nya area rumah kita org takde letrik. teringat gendon dgn anak2 dia bergelap kat rumah, cepat2 lari naik lif. bukak je pintu, gendon dah tunggu sambil membebel. sorilah gendon, mana nak tau letrik takde. cari pulak lilin. aiseh! yg ada lilin hiasan, torchlight pun takde kat rumah ni punyalah teruk. takpelah, janji boleh pakai lilin tu. kepanasan, masing2 tak boleh tidur sebenarnya. pukul 3 am, letrik ada balik, tiga2 memang tak boleh tidur. kita org pun bukak lah vcd yg baru beli tadi. The Eye 2. frust giler, citer macam siot jer. seram The Eye lagi. dulu lepas tengok The Eye, aku takut nak naik lif sorang2 waktu malam. The Eye 2, bukanlah citer hantu betul2. jelmaan hantu yg watak utama tu nampak sebenarnya terbit daripada rasa bersalah dia pada isteri kekasih dia yg mati bunuh diri. aku rasa citer ni macam tiru citer Inner Sense jer. citer terakhir leslie cheung sebelum dia bunuh diri. itu baru best...
last modified Mar 28, 2004 at 23:16
tak bes ek the eye 2? ala.. frust la camnih.. :p hehe.. dah tgk ju-on? horror! lepas tgk ju-on nak mandi pon seram!
Siti..sorrilah... aku tau pasal layar tanchap tu .. bebrapa jam b4 start.. so aku rushing pi sana... sorri sangat.. nanti kalau aku tau pasal event lain..aku bagi tau na.. so sorri...
zz: memang cd pirate pun kita org beli. mana pernah beli original. hehehe...tapi qualiti tetap cun.
baru je ingat nak cari cd tu...nanti cari pirate punya lah...
|