|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Tuesday, May 13, 2008
Tugas Baru lagi
Memang gaji saya naik, memang gaji saya bole tahan tapi ari ni saya dapat satu lagi surat lantikan untuk tugas baru yang dah saya mula jalankan sejak bulan tige ari tu.
Boss baru ni, asal ader jer tugas2 berat, tak de la nama org lain yang dia bagi melainkan saya. Ntah apa ler die dengki sangat ngan saya ni. Mana yang bebaik ngan dia dari dlu lagi, idak la pulak dibaginya tugas tu, tapi dia nengok le satu ari nanti, apa yang dia buat ni bakal menyusahkan diri dia sendri. jaga la kao.
Saya sebenonya dah boring jugak ngan keje saya ni, tapi bab dapat gaji tu tak le boring sangat, dengan sebab tu hari2 saya datang keje jugak.
161190 |
Dipos oleh sofeanny at 15:05
|
Nak kata apa2? [1]
Monday, May 12, 2008
Semalam ke PWTC
Masa jalan nak masuk dewan jumpa manyak-manyak menteri, hensem2 pakai baju Melayu semua. peh tu kat jalan tu ada manyak-manyak anak muda pegang kad manila tulis-tulis kutuk-kutuk itu org tua OKU Karpal Singh juga.
peh tu dari manyak-manyak bas semua ada klua manyak2 mokche'-mokche' pakai baju manyak-manyak cantik juga suma warna merah juga.
Masa mau pegi register sama itu Metaltech saya juga lihat ada manyak-manyak makanan mau di hidangkan pada suma org baju merah2 yang saya nampak tadi. saya jeles sebab tak dijemput makan sekali.
saya terjumpa kedai jual majalah, saya beli majalah RASA sebiji, edisi khas warna pink.
amboi ramainya org nak register masuk ke Metaltech tu, nak kena isi borang panjang lebo, peh tu nak kene beratur lagi manyak2 panjang. dapt tag, ada taip nama kita. dari kejuruteraan mana-mana.
tengok tak sampai setengah jam, saya pun menyebrang jalan pegi ke The Mall, shopping.(tujuan utama)
Makan bayo sendri, peh tu jalan2 kat Parkson, tido jap kat kerusi empuk customer service tu, peh tu balik umah.
161185 |
Dipos oleh sofeanny at 7:28
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, May 9, 2008
Kenapa saya maleh nak apdet bolg?!
Sebab utamanya ialah identitas saya dah terbongkar. cie-cite saya ialah untuk menjadi penaip misteri tapi semuanya dah punah disebabkan keglameran saya ditempat keje saya ni.
asal ader jer org nak buat blog, semua anak murid blog lama saya cakap gi blajo kat saya pasal diorang maleh nak ngajo org lain tu.(ayat ni semuanya nak bagitau saya pandai buat blog tapi tahap kat sini jer la, kalau kat luar kalah teruk- org kat sini manyak yg buta IT maklum la org tetua)
asal saya nak cerita ker ngumpat2 ker kat blog ni, mesti ada org kat opis yang baca, bosan la asik kene bagi komentar la, itu la ini la.
tapi semenjak TUn Mahathir bukak blog ni, saya rasa beminat balik nak taip blog macam dlu.
161181 |
Dipos oleh sofeanny at 14:41
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, March 4, 2008
Sila Melawat saya
...Kalau Rajin La... kat sini:
http://sofeanny.fotopages.com/
160905 |
Dipos oleh sofeanny at 9:14
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, January 30, 2008
Tambah duit
saya tahu, kalau saya taip hari2 pun kat blog ni pun bukan boleh tambah pendapatan saya, lagipun bukan ramai sangat yang baca pun, yang baca pun sebab sesat jer.
jadi saya tengah menyibukkan diri menulih buku yang boe tambah duit saya.
untungnya saya beli mesin mengurut kaki.
160755 |
Dipos oleh sofeanny at 15:19
|
Nak kata apa2? [1]
Friday, January 18, 2008
Udang galah
Kata kawan saya sekarang ni musim udang galah.
ni ader gambo udang galah yang saya pancing kat kolam.

 ni gambo udang ramai-ramai, lepas tu masak masam-manih
 ni gambo kolamnya
160710 |
Dipos oleh sofeanny at 10:52
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, January 2, 2008
Kursus Lagi

160654 |
Dipos oleh sofeanny at 12:24
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, December 11, 2007
Kereta saya yang lagi baru BARU Baru
Ini kereta kedua saya yang baru

ini kereta pertama saya yang lama

Buat kengkawan kat opis yer, kete baru tu saya tak bawak gi opis tahun ni, buat gi pasar jer.
tahun depan baru nak bawak gi opis,saje la kan, kasi can dia rehat skit.
bagi yang teringin nak numpang gi breakfast tu, pastikan slimkan badan dulu yer, takut penggunaan minyak meningkat pulak. menurut kajian kejuruteraaan, setiap pertambahan 50 kg (bukan Newton yer) jisim dalam kenderaan maka akan meningkatlah penggunaan bahan apinya pada satu kadar yang saya sendiri dah lupa sbb dah lama sgt grad dah kan.
saya sengaja beli kete jenis ni demi menyahut panggilan naik minyak tahun depan, jadi kita kene bersedia lebih awal, beli le kereta yang jimat minyaknya yer, supaya kita akan kekal senantiasa kaya lagi bergaya.
harap kawan2 bersabo menunggu tahun depan yer!
160566 |
Dipos oleh sofeanny at 10:08
|
Nak kata apa2? [1]
Monday, December 10, 2007
Colmar Tropicale

Hujan sepanjang jalan, itu le yang bole saya katakan sepanjang penggambaran di Bukit Tinggi ni.
Asisten saya pulak sakit gigi mengalahkan org nak beranak. driver la tu, sakit gigi manjang pasal isap rokok gudang garam yang banyak gula tu.

tak bole nak mintak tolong lansung, asik pegang pipi jer, katanya giginya tiga batang dah bergoyang, driver kata sebab selama lima ari dia pegi Terengganu minggu lepas, dia tak dapat lansung isap rokok gudeng garem sebab kat sana tak de jual, cam tak pecaya jer rasanya.

Japanese tea House tak gi pasal masa tu ujan lebat sangat, Rabbit farm pun tengok dari jauh jer sebab semua rabbitnya menggeletar, lagipun setakat nak nengok rabbit kat umah pun ada.
160558 |
Dipos oleh sofeanny at 7:18
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, December 7, 2007
Segan

Masa saya skolah kat luar negeri dulu saya slalu rasa pelik bila rakan sekelas cakap dia 'segan' nak buat kerja skolah. apa la punya pelik org kat sini, buat keje skolah pun malu, pelik2! (kata hati saya). rupa-rupanya segan cakap diorang tu maksudnya malas.
tapi hari ni saya nak cerita pasal nostalgia malu-segan saya masa dedulu.
lama sangat dah tak bernostalgia, sejak2 rajin beli buku 'Cerita Saya Lim Goh Tong', 'Gandhi' dan yang terbaru ni 'setitis embun, semarak api' shahnon ahmad ni meluap luap perasaan nak menaip balik.
saya teringat 2 kejadian.
satu. masa tu baru balik dari umah mak abah saya nak gi kampus balik, kampus saya di pendalaman. ada satu bas lompat2 dan dua tiga bas ekspress. tambang lompat murah, tambang ekspress mahal dan leceh nak berenti tengah jalan dan satu lagi alternatif lain naik teksi yang mahal giler tambangnya.
satu ari tu tiba lewat kat stesen bas, bas lompat2 tu dah mula nak berjalan, tak sempat kejar, siap tepuk2 lagi belakang bas sambil jerit2 cam pompuan sewel, tapi dreba bas buat tak tau jer, kurang asam.
bas belah cam tu ajer, bengang btui, menyumpah2 dalam ati, tapi yang tak syoknya dari jauh saya nampak budak ensem yang saya minat lambai2 tangan kat saya.
CHis, kalau aku tau, aku kejar bas ni sampai drebar dia perasan. api malu pun ada sebab dan menjerit2 pun bas tanak berenti. akhirnya terbang melayang duit dekat tiga ploh engget naik teksi.
Dua, pada satu bulan safar, pegi dating ngan org kaya Selangor naik memula komuter sampai KL Sentral peh tu kene naik LRT lagi (ada ker org kaya ajak awek dating naik komuter ngan LRT, BMW simpan kat umah, merepek!)
dating ngan org kaya kene maintain ayu, org kaya jalan dulu kluar gate nak gi naik LRT, saya belakang sebab maintain ayu, masukkan tiket kat lubang tiket, gate tak mau bukak jugak, apahal ni, kecoh, pak cik jaga datang dekat la pulak, lagi kecoh, malu beb. org kaya pandang2, bukan nak tolong.
rupa-rupanya makcik silap masukkan tiket komuter kat dalam lubang tiket LRT, malu beb, tak ayu dah lepaih tu.
160543 |
Dipos oleh sofeanny at 13:50
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, December 3, 2007
Kerapu Bagan Hailam
semalam saya gi Bagan Hailam dan pegi memancing kat kolam bayar. Dapat sekor ikan kerapu dengan berat kira-kira 3.5 kg.
Lagi dua ekor terlepas, satu ikan siakap, satu lagi ikan jenahak.


160525 |
Dipos oleh sofeanny at 7:46
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, November 30, 2007
Eye On malaysia sebelum kau di bawa pulang

masa saya naik eye on malaysia, tak takut pun, tak gayat lansung.

saya sibuk amik gamba jer. naik lif lagi seriau dari naik eye on malaysia ni.
160513 |
Dipos oleh sofeanny at 6:47
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, November 28, 2007
bercuti di Teluk Batek
memula saya nak sewa apartment 2 bilik tapi bila kompom balik katanya pekerja yg menguruskan dah berenti, saya pun datang awal dan pegi riki jumpa la satu tempat dengan apartment 3 bilik, sewa munasabah, sarapan percuma utk nam org.
 gambar aeroplane tengah berehat
yang paling penting swimming pool nya bukak dari jam 7 hingga 10 malam. sangat sesuai untuk perenang olimpik cam saya.
 bersiram di kolam
saya asik mandi kolam sampai selesema. mandi laut tak pun.
 naik bot jenjalan ada.
160489 |
Dipos oleh sofeanny at 14:36
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, November 22, 2007
Bunga




160415 |
Dipos oleh sofeanny at 6:52
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, November 20, 2007
Adik dah sedia

adik dah sedia nak gi berenang kat laut ngan kolam renang, tapi baju renangnya longgar la pulak.
tapi tetap cute cam mak sedaranya.
160406 |
Dipos oleh sofeanny at 11:58
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, November 19, 2007
Pesta Chuichak
saya, driver dan adik lelaki saya pegi ke Chuichak untuk melihat pesta menangkap ikan bila padi dah masak.
air sawah dilepaskan, org berkumpul menjala ikan dan menggagau udang galah.
wow best1 saya tengok aje sambil sun bathing, panas giler, tapi demi minat ku teruskan juga.
hasilnya saya dan hitam legam.


160401 |
Dipos oleh sofeanny at 14:42
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, November 14, 2007
Sialan Semalam
2024.Pecah Amanah.
160370 |
Dipos oleh sofeanny at 6:36
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, November 13, 2007
Teluk Nipah Pangkor
Hari ahad saya ke Pangkor, naik feri tambangnya RM10 pegi balik, kemudian naik teksi van pink satu hala ke Teluk Nipah RM10 lagi.
duduk tepi pantai, bawak tuala, baju mandi tapi tak mandi sebab maleh nak salin baju.
nak naik jet ski, tapi rasa cam mahal sangat dan tak berbalaoi RM180 sejam.
makan laksa, sedap.
tak dapat tangkap gambo sebab kamera tertinggal dalam kereta sebab kereta teringin nak pinjam dan sebab tuan punyanye pelupa makan kepala ikan ngan terminum air bersemut.
balik, singgah tangkap gambo kat taman paya bakau cuma dari cermin kereta, maleh nak turun, ramai sangat peminat monyet kat sana.
dalam perjalanan singgah Rosegar, beli Tiramisu, makan dalam kereta, sampai ari ni tak abis lagi kek tu.

160367 |
Dipos oleh sofeanny at 6:26
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, November 9, 2007
Letih
hari selasa gi Penang, hari Khamis gi Aquaria & Eye on Malaysia. Penat woooo... peh tu gi Suria, gi IKEA, gi the Curve, peh tu gu lak pasar malam, tadi gi Giant.
Walaupun shopping ni minat utama kaum wanita,tapi penat juga kalau dibuat beberapa hari berturut-turut.
Nanti-nanti saya letak gambo - gambo sepanjang perjalanan saya.
tak brapa menarik gambarnya tapi cukup la sebagai kenagn di masa tua nanti.
 Gambar katak besar kat Aquaria, pehanya sedap dimasak kicap(menurut kat papan kenyataan didepan kandang katak tersebut)
160342 |
Dipos oleh sofeanny at 15:08
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, November 2, 2007
kAMERA BARU KU
semalam saya gi beli kamera baru, oh bestnya, impian ku dah tercapai.
sekarang ni sibuk belanja orang, ari2 belanja org, umah terbuka tak pegi jugak.
cadangnya esok nak gi beli rantai ke, gelang ker.
hujung bulan ni pulak nak melancong sekeluarga, mak abah adik, kakak, abang, anak -anak sedara, adik ipo. kakak ipo, sedara ipo dan sebagainya. hotel dah tempah.

160299 |
Dipos oleh sofeanny at 12:09
|
Nak kata apa2? [2]
Monday, October 29, 2007
cuti raya dah abis
saya cuti raya selama tiga minggu, seminggu sebelum dan dua minggu selepas raya, nak kata best tak best sangat pasal tak jalan ke mana pun.
dari ari sabtu hinnga ke hujung minngu ni jemputan rumah terbuka dah mula masuk dari rakan2 seopis, nak pegi tetapi kekadang tu rasa maleh gak, kang makan lebih2 jadi obes pulak, kena penyakit cemacam.
itu ler cerita raya saya, nanti kalau ader saya tambah lagi
160277 |
Dipos oleh sofeanny at 14:28
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, October 1, 2007
Perjalanan ke QUEENSBAY
Dalam perjalanan singgah pasar Ramadhan Medan Gopeng, beli murtabak Singapore 1, nasi kerabu satu, air kelapa laut sebungkus. nak beli satu ikan pari bakar tapi malas nak tunggu masak nanti lambat pulak sampai.
Teruskan perjalanan sehingga ke R&R Bukit Gantang, ala yang dekat2 dengan peristiwa bas terjun tu. Masa tu dah sampai waktu berbuka, kat R&R tu ramainya orang, jadi driver pun berhenti kat parking sebelah stesen minyak tu.
driver bentang tikar dan kami makan kat situ, wow bestnya cam berkelah la pulak. selepas selesai segala urusan, kami pun teruskan lagi perjalanan.
berhentii jap kat tol Juru. peh tu teruskan lagi naik jambatan pusing kiri ke arah Bayan Lepas dan terus meredah cari jalan ke Queensbay, main hantam jer, betui la pulak.
parking kerete kat luar, kena bayar dua rengget, peh tu masuk dalam jenjalan, amboi luasnnya.
beli baju raya.
jalan lagi, org Jusco buat pengumuman, masa shopping di tambah lagi sehingga jam 11 malam. gi toilet, terjumpa foreigner (Bangla cleaner).
peh tu guard nak tutup pintu dah, kami pun kluar.
gi Padang Kota, saya nak makan balitong tapi dapat, makan kerang rebus jer la.
Naik kete dan teruskan perjalanan pulang.
160149 |
Dipos oleh sofeanny at 6:19
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, September 20, 2007
Makan-makan
Tengok akaun bank kat Internet, menjerit..yee ha! duit dah masuk, bukan duit bonus tapi duit lain, jadi la, walaupun tak banyak, syok jugak waktu kering ni dapat duit.
planning macam2, gi shopping peh tu smalam gi makan buffet steamboat, syedap.
saya makan banyak siput, memacam jenis siput, cendawan, sayur dan apa2 yang saya teringin nak makan dan seekor udang harimau.
driver pulak makan udang harimau dekat sekilo rasanya, saya pun siap pilih udang yang beso-beso bagi dia makan, saya tak berapa berahi makan udang ni semenjak dua menjak ni.
peh tu driver makan ketam yang berisi penuh. saya pilih sup ayam ngan kari.
saya dah pesan driver jangan banyak makan tepung yg fishball la, prawn ball la.
peh tu saya amik pulak sliced lamb, tak leh makan bebanyak nanti muak, minum teh cina, air milo ngan teh lemon
peh tu diakhir oleh aiskrim vanilla + mangga dan sedikit coklat.
balik, masuk dalam kete, driver kata dia nak muntah, saya ok jer.
tak penah makan kat situ waktu bulan puasa. ini kali pertama, kalau bulan lain biasa, ok jer.
driver rupa mmg cam nak muntah. peh tu saya kata, makan le bebanyak lagi yeee! dia kata nak isap rokok pun dah tak leh.
kesimpulannya. kenyang.
160087 |
Dipos oleh sofeanny at 8:37
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, September 12, 2007
Rasanya kompom!
jangan jeles tau.
Kompom saya dapat bonus Ramadhan lebih kurang RM700 lebih sikit.
Bonus Raya atau lepaih raya pulak rasa rasanya.......... dekat2 35K... ekekekeke sukenya ati. makcik kayo.
bagi memana individu, keluarga dan masyarakat yang tak dapat bonus atau tak sure lagi dapat bonus tu jangan kecewa, keluarkan la duit ASB ke, ASW ke A AM ke, peh tu pura2 la itu duit bonus.
harap cadangan saya ni dipertimbangkan.
160038 |
Dipos oleh sofeanny at 6:12
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, September 11, 2007
Makan capati
Malam selasa siang Isnin, round bandaraya, rasa cam nak makan capati.
pegi makan capati, kompom duit dalam dompet ada RM10 jer lagi. cukup la makan capati.
capati sedap.
masa nak bayo, rasa terkejut sebab dalam dompet tetiba ada RM20.
ajaib.
toyol mana la pulak bagi duit lebih ni. (ke pampasan daripada raja tebuan sebab dah sengat saya)
160034 |
Dipos oleh sofeanny at 9:37
|
Nak kata apa2? [0]
Kene sengat tebuan lagi!
hari Isni ada kursus berkaitan komputer, pegi kat satu pejabat sebelah padang golf, banyak flora apatah lagi fauna, semak belukar, maklum la sebelah padang golf yang hijau.
saya pulak pakai baju kurung hijau muda berbunga ros hijau tua.
saya mengadap komputer, tetiba rasa cam terbakar kat peha belah kanan. aik apa ni, nak menjerit malu, ramai la pulak peserta2 lelaki, pompuan ada la sesikit.
raba punya raba tak jumpa sesapa yang buat pasal kat peha tu.
relak dan bertenang, dah naik bengkak, panas jer rasanya. teruskan menaip naip keyboard (menunjuk terrer)
mengadu kat kawan sebelah, dia suruh check kot2 pejenayah menyorok dalam baju, cari punya carik tak jumpa pun.
tak lama lepas tu dia bagi lagi satu das kat belakang bahu, peh tu lagi satu das, tak boleh jadi, saya pun klua lab komputer tu.
raba punya raba jumpa kat depan baju, penjenayah sudah di kesan, keluarkan daripada baju, amboi besonya, panjang badan jer dekat 2cm.
saya geram, tenyeh dia kuat2 kat atas peti merah bomba, simpan dalam angpau hijau, nak tunjuk bukti atau kut2 lepas ni gi hospital bole la tunjuk sapa penjenayahnya, kut2 doktor ada anti venom yang sesuai.
sepanjang kursus saya tahan je, bengkak dan panas, badan seram sejuk.
abis kursus tak pegi hospital pun, maleh.
malam tadi cam tumbuh bisul la pulak kat peha belah kiri, betul la org kata cubit paha kanan, peha kiri yang terasa.
ari ni saya masih gi kerja, walaupun ramai yang ramal saya demam ke, atau masuk sepital.
160033 |
Dipos oleh sofeanny at 9:34
|
Nak kata apa2? [0]
Terkunci dalam bilik air
Saya mandi waktu petang pada hari ahad, pintu belakang rumah saya bukak, pintu depan tutup, depan belakang pagar berkunci.
Saya mandi ...la, la, la, abis mandi saya nak kluar, tapi pintu tak leh bukak, kenapa ni? dah la tak bawak henpon (mana ada org bawak henpon waktu mandi kecuali la ada hubungan sulit).
masa tu saya sensorang kat umah, sapa nak tolong bukak ni?
akhirnya saya rasa saya terpaksa kluar jugak, lalu saya pun menendang pintu bilik mandi dengan sekuat ati, terbukak, nasib baik sebab dia punya selak buat daripada PVC jer.
kalau tandas tu pintunya selaknya daripada besi, alamatnya tido dalam toilet la makcik ari tu.
misteri betui, toyol mana la tolong kuncikan pintu tu dari luar.
160032 |
Dipos oleh sofeanny at 9:25
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, September 3, 2007
ulangtahun hari lahir saya
ialah semalam, tapi tak de org bagi hadiah pun, tahu la saya dah tua, saya ingat la.
159991 |
Dipos oleh sofeanny at 12:56
|
Nak kata apa2? [0]
Friday, August 24, 2007
Kucin Itam
Saya pegi lagi ke Kuala Gula, Tanjung Piandang ke Ban Pecah, Kuala Kurau hanya untuk memancin. Best wooo, ada manyak ikan kat Kuala Gula dan kat Kuala Kurau, Ban Pecah mengecewakan.
Masa nak balik dari Ban pecah menuju ke Kuala GUla, tetiba ada sekor kucin itam menyebrang jalan dengan penuh gaya dengan amat perlahan, lenggang lenggok lalu depan kereta yang dpandu oleh driver, peh tu siap usyhar kitorg lagi dengan penuh makna.
saya maleh nak terlalu percaya menda2 mistik ni tapi masa kecik dulu takut sangat saya nengok cerita Badul yang Prebet Lapuk yang mayat bangun lepas dilangkah kucin itam tu, ngeri jugak masa nak tido, terbayang bayang.
driver terpaksa memperlahankan kenderaan sebab ngeri nak langgar kucin tu sebab macam dari renungan mata dia, dia ada kata kalau ko langar aku jaga la engko, nahas ko nanti.
selepas itu kami teruskan perjalanan, lagi seratus meter nak naik jambatan Sungai Kurau tu tetiba ada sekor kancil dari arah bertentangan kona ke kanan ikut suka atok dia aja tanpa memberi signal.
pakcik yang naik kembara belakang itu kancil sudah panik lalu mau masuk ke laluan bertentangan yang ada kereta yang dipandu oleh driver dan saya sebagai penduduk sebelah driver.
itu kembara sudah mau hantam kereta kami la. nasib baik driver seorang pemandu yang sangat cekap lalu dia dapat mengelak itu kembara lalu kami pun tak masuk hospital. itu sebab la saya gajikan driver untuk jadi pemandu saya sebab dia memang terbukti cekap dan peka.
jadi jangan main2 dengan renungan seekor kucin itam, mungkin dia sengaja memberi kita amaran bahawa malang itu tidak berbau, kalau berbau tak der le kita kena malang. sekian.
159946 |
Dipos oleh sofeanny at 14:14
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, August 2, 2007
Dari KL ku mencari mu ikan
Dari KL, driver mencadangkan kami mengikut jalan Sungai Buloh, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hutan Melintang dan Teluk Intan demi mengisi kemaruk memancing. Mari sini saya ceritakan.
dari Kuala Lumpur saya cakap dengan driver yang saya nak gi naik 'eye on malaysia' tapi driver kata waktu hujan menda tu tak jalan, lalu kami pun masuk Highway sebelum tu saya sempat beli pulasan RM2 sekilo dan longan RM3 sekilo kat Petaling Street.
dalam perjalanan saya pun makan lah buah-buahan tu (ittupun nak cerita).
drive-drive dan drive lagi sehingga ke dekat Sungai Buloh, jumpa satu kedai binatang peliharaan, ingat nak beli cacing ke, katak ker, cengkerik ke, nak buat umpan, tapi terjumpa burung Tiung Siam, rasanya jantan, pasal dengan saya dia cakap 'assalamualaikum" dua kali dengan nada yang berbeza, satu mirip kepada suara lelaki, dan satu mirip ngan suara perempuan, dia akhiri kedua salamnya itu dengan perkataan 'fuy yooo!", pada masa tu saya rasa hebat sebab burung pun tau saya cun. (acah jer tu) TAPI dengan driver dia buat tak tau jer.
drive lagi, naik bukit, jalan lengkok lengkok jumpa satu kereta yang dah eksiden yang dibiar ditepi jalan, agak teruk keadaannya. peh jalan jauh lagi sikit, jumpa lagi satu kereta yang eksiden jugak dibiar tepi jalan, agaknya polis kat situ buat kempen psikologi dengan meninggalkan kereta2 tu utk dijadikan peringatan.
jalan lagi, lalu Kuala selangor, selama ni saya ingat Kuala Selangor tu tak de pekan, rupanya ade, nampak sangat pengetahuan am saya kurang.
teruskan lagi perjalanan sampai sekinchan, jumpa banyak sawah padi dan nampak org memancing, dia asik dapat ikan jer, ikan haruan, beso lengan.
berasa jeles, lalu melabuhkan pancing dikawasan berhampiran, menggunakan umpan roti, haram ikan tu tak makan.
sangat jeles, rasa rasanya org tu dah dapat lima eko ikan, lalu driver pun berjalan kaki menuju ke orang itu, dia pun tanya, org itu pakai umpan katak ngan cacing, dia kata kalau nak beli umpan kena gi pekan Sekinchan, punya la jauh, kene patah balik.
tapi demi hobi tersayang kami lakukan jua. sampai di pekan sekinchan, toke kata "ate katak aje, lain tatak ooo, kalau mau cacing aaa, lu kena gali sendili la". saya frust, driver gembira sbbnya saya tak berani ngan katak dan maknanya saya tak leh mancin.
pegi balik tempat macin tu, driver pun mancing, saya yang frust pun tido dalam kete.
hujan turun lebat, driver mancin jugak, hasilnya seko pun tak dapat. teori kami, ikan tu belum kenal bau kami lagi, dia tau kami org asing. penceroboh.
teruskan perjalanan gi jeti, tak de org jual ikan pun, tapi ada restoren.
drive lagi sampai Hutan Melintang, berenti makan, sangat murah, ikan pari bakar, sotong goreng tepung (ikan dan sotong dipilih lalu ditimbang dan dikira harganya), sup sayur, nasik putih dan minuman RM16.90, saya dan driver sebelum bayar bet dlu berapa harganya, saya meneka dengan hampir tepat cuma terlebih seposen.
lepas makan, drive lagi tapi ada kesesakan lalulintas kira2 sepanjang 2 km, akibatnya telah dikenalpasti, rupa2nya ada majlis perlepasan satu kapal tangki ke laut, jalan penuh sesak sebab semua pengunjung parking tepi jalan.
teruskan lagi perjalanan, sampai dekat2 ngan Teluk Intan, satu lori sudah hantam sama satu perdana, mayat tidak kelihatan, tapi ada manyak Bapak Polisi.
dan perjalanan diteruskan lagi.
itulah cerita saya.
159792 |
Dipos oleh sofeanny at 13:02
|
Nak kata apa2? [0]
|