org ketawa

..............SOFEANNY...........

***************************************** 
~catatan diri orang yang emosional
kalau rasa menyampah jangan baca 
*****************************************

Monday, October 20, 2008

Kami sudah berpindah

Saya dah berpindah kerana si dacnchan ni asik tutup manjang, kalau rajin nak mlawat saya sila ke http://sofeanny2006.blogspot.com/

Thursday, July 10, 2008

rebus telo dan makan ais kacang

hari tu la kan, saya ada pegi tempat air panas ni.

driver seludup satu pek telo Omega ke dalam tempat tu, patutnya tak leh bawak pasal tempat tu suruh beli telo yang dia sendiri jual, mahal giler wa cakap lu, macam telo kasawari mahalnya.

peh tu tak lupa jugak dia beli kicap, sebab nak makan ngan telo tu, pilih punya pilih kicap terpaksa beli kicap cair Maggi sebab dia satu-satunya kicap yang mudah dibuka dan tak menitis sewaktu disorok dalam beg baju mandi.

sampai tempat tu, kitorg terus menuju ke tempat rebus telo tu la, huha tak de org, bestnya, memula driver rebus lima biji telo, kat situ ada papan tanda yang tulih berapa berapa minit untuk rebus telo separuh masak, tiga suku masak dan masak sepenuhnya (org Jepun yang dtg kat situ sebut 'furllr boirlll ne')

tengah tunggu telo masak, datang le sekumpulan pegawai kerajaan, pakai smart2 siap ngan name tag segala, sinsing kain ngan seluar rendam kaki diorang kat situ (sebab tak de telo ayam utk direbuih) sambil sorang pekerja kat situ yg driver kenal sibuk bercerita itu ini (beri penerangan). diorang rendam kaki jauh skit kat tempat rebuih telo tu, tapi driver nak tunjuk terrer rendam kaki dia dekat2 ngan sumber air panas rebus telo tu, peh tu suruh saya pun tunjuk terrer, saya kata tak apalah sebab saya lebih sayangkan kaki saya daripada belagak tak tentu pasal.

peh tu pegawai kerajaan tu blah, datang pulak satu kumpulan org Jepun, muka memasing merah padam, asik lap peluh, bwah pokok pun pakai payung, punya la paneh malaysia ni.

dia punya pemandu pelancong cakap punya la laju, semua pelancong tu pakat renung2 telo rebuih kitorg, nasib baik diorang tak amik, saya dah jeling2 dah, kalau ada yg berani tepaksa la saya tunjuk skill bahasa jepun saya tahap ketiga tu.

peh tu diorang blah, saya rasa la kan, pemandu pelancong tu suruh diorang buat aktiviti bebas. saya nampak dua org makcik jepun berebut gi beli telo, teringin nak rebuih telo jugak rupanya.

lepas dah abih rebuih telo, kitorg gi mandi air sejuk, mandi air panas, mandi lagi air sejuk peh tu gi kafe utk minum.

jumpa lagi Jepun satu bas tu beratur punya la panjang, rupa2nya nak beli ais kacang la pulak. berebut2 you, kesian I tengok macam sedap sangat ais kacang tu, rasanya kat negeri diorang pun ada mende lebih kurang cam tu, tapi rasanya tak de la letak cendoi ngan buah kabung kut.

ha nak bagitau, ais kacangnya punya la mahai cam beli kat kedai francais.

Wednesday, July 9, 2008

Saya sakit gigi

Saya nak mintak kawan saya yang baru dapat RM2000 tu pinjamkan duit sebab saya nak gi jumpa doktor gigi. dia bagi alasan kalau gigi sakit tak leh gi cabut gigi, itu saya pun lama dah tau, gigi ni pun bukannya sakit 24 jam, masa tak sakit tu bole la gi cabutkan.

kawan saya ni blagak berjiran ngan doktor gigi kerajaan, siap nak temankan saya gi klinik kerajaan jumpa jiran dia tu, tapi saya pulak takut nak gi sebab saya ni tak pernah jumpa doktor gigi seumur hidup untuk cabut gigi, sekali saya jumpa untuk scaling dan lain2 masa darjah-darjah dlu, itupun sebab misi datang skolah bagi berus gigi ngan ubat gigi colgate percuma.

gigi saya mengikut keturunan gigi bapak saya la ni, sebab bapak saya sekarang ni bole dikatakan fully rongak.

mak saya pulak giginya cantik putih berseri lagi kuat dengan gusi yang berwarna merah jambu. masa mak saya jumpa doktor nak operate, sepuluh kali doktor susruh dia tanggalkan giginya sebab takut tertelan masa dah dibius. mak saya cakap tak leh tanggal la doktor, ini gigi saya yg asli tadak tiluan punya la.

tapi sekarang gigi mak saya pun dah sompek tang depan sebab mak saya dah menopause, jadi kurang kalsium, tetiap bulan mak saya suruh saya belikan dia susu Anlene Gold.

saya pun selalu makan kalsium jugak tapi tak elok pun gigi saya seperti makan sup tulang,tulang ikan bilih, tulang ikan sadin,kapur sirih kulit kerang dan sayuran hijau tapi saya kureng la nak minum susu pasal dah boring dan tak lazat la.

Tuesday, July 8, 2008

kerusus best sangat!

yer saya akui saya suka pegi kursus yang berkaitan dengan dunia IT atau apa2 ajer la yang berkaitan dengan komputer.

saya lagi suka kalau ada makan2 free ker waktu duit dah tinggai sikit ni lagipun Jusco day kan dah dekat, kene la berjimat sikit.

dua ari ni saya pegi la kursus kat pejabat org lain, bunyik cam best jer.

memula nak start kursus, tuko2 bilik la, jauh plak tu. tak per lagi.

waktu pun jangan lupa tuko la kan cam kebiasaan org Melayu yang agung.

ok la, tempat org kan ikut jer la.

penceramah kursus memula dah tunjuk segan katanya dia pangkat rendah malu la pulak nak ajo, masa panggil kursus cam hebat sangat, makan masa sebulan.

suara dah la pelan. tak per lagi.

peh tu bagitau nota kursus tak potostet la pulak, dia cuma potostet untuk geng dia ajer.

dia bukak komputer kat depan, carik program yg nak diajo, tak jumpa2. nasib baik lelama jumpa juga makan limabelas minit jugak.

peh tu dia tunjuk ikon2, terang gunanya, peh tu dia pun diam, main2 lukih2 kat dia punya program.

peh tu dia bole kata program ni org dah tak pakai dah, dah ketinggalan zaman.

aiyok! ini la kursus yang paling mencabar minda bawah sedo saya. rasa nak tempelen jer penganjurnya lapan belas kali dan yang penting sekali tak de makan free, kedekut lahabau btui.

Tuesday, June 24, 2008

Budus tahap kelima

boss saya punya la budus, ada ker patut dia suruh saya jadi pengerusi seminar yang pesertanya semuanya lelaki.

yang dia tu sendiri lelaki tak ade gunanya agaknya.

memula masa dia suruh saya jadi pengerusi seminar tu awai2 lagi saya cakap saya tanak.

peh tu saya rasa tak pueh ati, jadi saya pun pegi lak kat bilik boss tu dan tanya dia atas dasar apa saya kene jadi pengerusi seminar tu? dia jawab ngan takut2 katanya pasal kami yang menganjurkan jadi saya pulak la kene jadi pengerusi, maknanya tak de la kaitan dengan kemahiran saya kerr, sebab saya terrer ker, saya insan terpilih ker tau lepas ni gaji saya naik dua kali ganda ker.

saya suruh dia pilih kawan baik dia yang lelaki tentunya untuk buat keje tu, lagi pun kan dia sayang sangat ngan kengkawannya tu, tak payah buat apa2, gaji naik jugakkan.

boss saya ni memang cenggini, tang buat keje susah2 semuanya saya, tang penghargaan bagi la kat org yang pandai bodek walaupun tak payah buat keje best2.

Thursday, June 5, 2008

Ketidakpuasan hati

selama saya kerja ni, mesyuarat adalah menda yang paling menyampah sekali nak dengo apatah lagi untuk dihadiri, pendapat ini turut dikongsi oleh semua geng2 sya di opis ni.

tapi sekarang semuanya dah berubah, mesyuarat adalah menda yg tak sabo sya nantikan sbb dah ramai yg berani bersuara semasa di mesyuarat bagi menyuarakan ketidakadilan yang sedang giat berlaku di opis sya kebelakangan ini.

malangnya yg brani bersuara itu pun ada kureng skit, jadi senang2 jer dapat dikalahkan oleh sebab diri sendiri pun cakap tak srupa bikin.

tapi rasanya kebanyakan staff kat sini tak de'telo'. diam ajer.

Monday, May 26, 2008

Melawat Universiti Lama

pi mlawat unibersiti lama masa blajo umo 19 tahun dlu, saja tengok-tengok. dah lama lama dah blajo kat sana tapi ingat lagi la bangunan kat sana.

terjumpa ngan sorang lect pompuan yang kamceng ngan saya dlu, peh tu ngan sorang lect lelaki yang jahat sangat, yang saya pernah berazam anto surat layang kat dia supaya dia insaf skit, penampilan alim ulamak tapi sikap dia.....malas nak akap la.

tengok lect pompuan tu teringin nak tegur tapi segan sikit, teringat pesan dia dlu, kalau dah dapat keje bagitau la dia, tapi saya tau la, itu cuma berbasa basi kan, tapikan cakap cikgu ni kita kena ikut kan.
jadi saya pun beranikan diri pi tegur dia. saya cakap kat dia, kenai tak saya, dia kata kenal rasanya, saya pun sebut nama saya, dia kenai la, siap crita sejarah saya la pulak masa blajo, malu plak rasanya.

sembang skit2, saya cepat2 mintak diri sebab malas nak cerita pepanjang sangat takut org menyampah, lect tu mintak no tepon saya.

saya pun bagila, tapi yang paling terharu tu, dia tau nak eja nama saya dengan btuinya, lengkap dengan semua hurup tersembunyi dan yang nyata, al-maklum la nama saya ni susah nak eja skit. tak sangka saya. sedangkan kat tempat kerja saya ni slalu jer org tak tau nak eja nama saya.

saya pun ada jumpa gak junior yang sama coz ngan saya, saya blagak2 skit depan diorang, kagum la diorang sesikitkan. saya pun kembang la idung sampai balik umah.

Tuesday, May 20, 2008

Sang Kelembai

Org cuti panjang hujung minggu ni tapi saya lagiiii cuti panjang dari hari Khamis membawak le ke semalam.

Saya dah lama sangat nak pegi memancing, driver ajak gi area Mersing, saya kata kat sana belanja mahal, bukan mahal kat mana pun mahal sebab jalan kene bayar tol. jadi saa pilih untuk pergi tempat sejarah siakap saya dlu kat Kuala Besut tak payah bayo tol.

Kami pun pegi la ikut jalan Cameron-Gua Musang, saya drive.

Dah sampai Gua Musang munuju pulak ke Kuala Krai, masa kat tengah jalan tu jumpa la satu lori balak jalan perlahan sangat sbb naik bukit kat luk tujuh tu, tetiba nampak la sorang mamat ni ikut belakang lori balak tu, dekat sangat cam nak cium jer kayu balak tu, nak kata mengelak angin cam tak logik jer pasal lori tu dah tahap org berjalan jer lajunya, patutnya mamat tu ikut tepi ker kot2 la nak ikut peraturan kan tanak memotong.

masa tu driver pulak drive, jadi driver ngan selambanya memotong lori balak tu, jadi budak mamat ni pun ikut potong jugak la sekali, saya rasa mamat ni penakut skit, jadi jenuh la kami menggelakkannya dari dalam kereta, tak tau le dia perasan ke idak.

saya sempat la perati mamat tu, naik moto kapcai, pakai t-shirt long sleeves, muka cute la jugak, rasa2 umo dalam 16-17 tahun, kunci moto dia ada sekor teddy bear, rasanya dia ni mat jiwang kot, agaknya dalam perjalanan nak jumpa awek kot, tak de bawak barang apa2 pun.

jadi kami pun teruskan perjalanan, sempat gi beli lemang pendek, empat batang seploh rengget.

nak sampai sangat dah ngan pekan Kuala Krai, saya nampak mamat moto tu sebelah kete kitorang, saya cakap kat driver, eh! budak tadi la, jauhnya dia naik moto, mesti penat gila, lagi2 kalau dia buat perangai ikut belakang lori balak cam tadi, saya peratikan teddy bearnya ada lagi. driver kata dia pinjam moto kakaknya kot, tu yg ada teddy bear tu.

lepas cakap tu, saya nampak ada kereta kelabu plat DAK cam berenti jer kat tengah jalan tu, ntah la buat apa, macam jalan mak bapak dia jer, driver pun masuk lorong lagi satu sambil mata nengok mamat moto kat belakang, driver kata"eii, budak ni nak kene langgar agaknya" abis jer driver cakap saya pun nampak mamat moto tu buat aksi akrobatik kat sebelah saya dia suda hantam itu kereta Wira DAK tu, mamat moto tu dengan motonya sekali melambung berpusing lompat kuang separuh setengah pusingan kat atas jalan, saya nampak eksperesi muka budak tu sambil pipi kanannya menyentuh jalan raya.

kami tak berenti sebab DAK tu dah berenti pun, kalau kami berenti lagi satu kemalangan bole berlaku. saya dan driver pun menceritakan kembali kejadian tersebut sesama sendiri, masa tu jam 2.04 minit petang , pada jam 2.07 ada sebuah ambulan dari Kuala Krai laju menuju ke arah kawasan kemalangan, peh tu kami terjumpa sorang lagi mak cik sesuka hati berenti kat tengah jalan, rasanya nak buat u-turn, agaknya ini memang tebiat org kat sini suka berenti kat tengah jalan sambil mengakibatkan eksiden.

dalam peristiwa ini driver lah menjadi Sang Kelembai sebab abis jer dia cakap budak tu pun menemui eksiden.

tak tau ler apa nasib budak tu yer...!

Tuesday, May 13, 2008

Tugas Baru lagi

Memang gaji saya naik, memang gaji saya bole tahan tapi ari ni saya dapat satu lagi surat lantikan untuk tugas baru yang dah saya mula jalankan sejak bulan tige ari tu.

Boss baru ni, asal ader jer tugas2 berat, tak de la nama org lain yang dia bagi melainkan saya. Ntah apa ler die dengki sangat ngan saya ni. Mana yang bebaik ngan dia dari dlu lagi, idak la pulak dibaginya tugas tu, tapi dia nengok le satu ari nanti, apa yang dia buat ni bakal menyusahkan diri dia sendri. jaga la kao.

Saya sebenonya dah boring jugak ngan keje saya ni, tapi bab dapat gaji tu tak le boring sangat, dengan sebab tu hari2 saya datang keje jugak.

Monday, May 12, 2008

Semalam ke PWTC

Masa jalan nak masuk dewan jumpa manyak-manyak menteri, hensem2 pakai baju Melayu semua. peh tu kat jalan tu ada manyak-manyak anak muda pegang kad manila tulis-tulis kutuk-kutuk itu org tua OKU Karpal Singh juga.

peh tu dari manyak-manyak bas semua ada klua manyak2 mokche'-mokche' pakai baju manyak-manyak cantik juga suma warna merah juga.

Masa mau pegi register sama itu Metaltech saya juga lihat ada manyak-manyak makanan mau di hidangkan pada suma org baju merah2 yang saya nampak tadi. saya jeles sebab tak dijemput makan sekali.

saya terjumpa kedai jual majalah, saya beli majalah RASA sebiji, edisi khas warna pink.

amboi ramainya org nak register masuk ke Metaltech tu, nak kena isi borang panjang lebo, peh tu nak kene beratur lagi manyak2 panjang. dapt tag, ada taip nama kita. dari kejuruteraan mana-mana.

tengok tak sampai setengah jam, saya pun menyebrang jalan pegi ke The Mall, shopping.(tujuan utama)

Makan bayo sendri, peh tu jalan2 kat Parkson, tido jap kat kerusi empuk customer service tu, peh tu balik umah.

Friday, May 9, 2008

Kenapa saya maleh nak apdet bolg?!

Sebab utamanya ialah identitas saya dah terbongkar. cie-cite saya ialah untuk menjadi penaip misteri tapi semuanya dah punah disebabkan keglameran saya ditempat keje saya ni.

asal ader jer org nak buat blog, semua anak murid blog lama saya cakap gi blajo kat saya pasal diorang maleh nak ngajo org lain tu.(ayat ni semuanya nak bagitau saya pandai buat blog tapi tahap kat sini jer la, kalau kat luar kalah teruk- org kat sini manyak yg buta IT maklum la org tetua)

asal saya nak cerita ker ngumpat2 ker kat blog ni, mesti ada org kat opis yang baca, bosan la asik kene bagi komentar la, itu la ini la.

tapi semenjak TUn Mahathir bukak blog ni, saya rasa beminat balik nak taip blog macam dlu.

Tuesday, March 4, 2008

Sila Melawat saya

...Kalau Rajin La...
kat sini:

http://sofeanny.fotopages.com/

Wednesday, January 30, 2008

Tambah duit

saya tahu, kalau saya taip hari2 pun kat blog ni pun bukan boleh tambah pendapatan saya, lagipun bukan ramai sangat yang baca pun, yang baca pun sebab sesat jer.

jadi saya tengah menyibukkan diri menulih buku yang boe tambah duit saya.

untungnya saya beli mesin mengurut kaki.

Friday, January 18, 2008

Udang galah

Kata kawan saya sekarang ni musim udang galah.

ni ader gambo udang galah yang saya pancing kat kolam.




ni gambo udang ramai-ramai, lepas tu masak masam-manih


ni gambo kolamnya

Wednesday, January 2, 2008

Kursus Lagi

Tuesday, December 11, 2007

Kereta saya yang lagi baru BARU Baru

Ini kereta kedua saya yang baru



ini kereta pertama saya yang lama



Buat kengkawan kat opis yer, kete baru tu saya tak bawak gi opis tahun ni, buat gi pasar jer.

tahun depan baru nak bawak gi opis,saje la kan, kasi can dia rehat skit.

bagi yang teringin nak numpang gi breakfast tu, pastikan slimkan badan dulu yer, takut penggunaan minyak meningkat pulak. menurut kajian kejuruteraaan, setiap pertambahan 50 kg (bukan Newton yer) jisim dalam kenderaan maka akan meningkatlah penggunaan bahan apinya pada satu kadar yang saya sendiri dah lupa sbb dah lama sgt grad dah kan.

saya sengaja beli kete jenis ni demi menyahut panggilan naik minyak tahun depan, jadi kita kene bersedia lebih awal, beli le kereta yang jimat minyaknya yer, supaya kita akan kekal senantiasa kaya lagi bergaya.

harap kawan2 bersabo menunggu tahun depan yer!

Monday, December 10, 2007

Colmar Tropicale



Hujan sepanjang jalan, itu le yang bole saya katakan sepanjang penggambaran di Bukit Tinggi ni.

Asisten saya pulak sakit gigi mengalahkan org nak beranak. driver la tu, sakit gigi manjang pasal isap rokok gudang garam yang banyak gula tu.



tak bole nak mintak tolong lansung, asik pegang pipi jer, katanya giginya tiga batang dah bergoyang, driver kata sebab selama lima ari dia pegi Terengganu minggu lepas, dia tak dapat lansung isap rokok gudeng garem sebab kat sana tak de jual, cam tak pecaya jer rasanya.



Japanese tea House tak gi pasal masa tu ujan lebat sangat, Rabbit farm pun tengok dari jauh jer sebab semua rabbitnya menggeletar, lagipun setakat nak nengok rabbit kat umah pun ada.

Friday, December 7, 2007

Segan



Masa saya skolah kat luar negeri dulu saya slalu rasa pelik bila rakan sekelas cakap dia 'segan' nak buat kerja skolah. apa la punya pelik org kat sini, buat keje skolah pun malu, pelik2! (kata hati saya). rupa-rupanya segan cakap diorang tu maksudnya malas.

tapi hari ni saya nak cerita pasal nostalgia malu-segan saya masa dedulu.

lama sangat dah tak bernostalgia, sejak2 rajin beli buku 'Cerita Saya Lim Goh Tong', 'Gandhi' dan yang terbaru ni 'setitis embun, semarak api' shahnon ahmad ni meluap luap perasaan nak menaip balik.

saya teringat 2 kejadian.

satu. masa tu baru balik dari umah mak abah saya nak gi kampus balik, kampus saya di pendalaman. ada satu bas lompat2 dan dua tiga bas ekspress. tambang lompat murah, tambang ekspress mahal dan leceh nak berenti tengah jalan dan satu lagi alternatif lain naik teksi yang mahal giler tambangnya.

satu ari tu tiba lewat kat stesen bas, bas lompat2 tu dah mula nak berjalan, tak sempat kejar, siap tepuk2 lagi belakang bas sambil jerit2 cam pompuan sewel, tapi dreba bas buat tak tau jer, kurang asam.

bas belah cam tu ajer, bengang btui, menyumpah2 dalam ati, tapi yang tak syoknya dari jauh saya nampak budak ensem yang saya minat lambai2 tangan kat saya.

CHis, kalau aku tau, aku kejar bas ni sampai drebar dia perasan. api malu pun ada sebab dan menjerit2 pun bas tanak berenti. akhirnya terbang melayang duit dekat tiga ploh engget naik teksi.

Dua, pada satu bulan safar, pegi dating ngan org kaya Selangor naik memula komuter sampai KL Sentral peh tu kene naik LRT lagi (ada ker org kaya ajak awek dating naik komuter ngan LRT, BMW simpan kat umah, merepek!)

dating ngan org kaya kene maintain ayu, org kaya jalan dulu kluar gate nak gi naik LRT, saya belakang sebab maintain ayu, masukkan tiket kat lubang tiket, gate tak mau bukak jugak, apahal ni, kecoh, pak cik jaga datang dekat la pulak, lagi kecoh, malu beb. org kaya pandang2, bukan nak tolong.

rupa-rupanya makcik silap masukkan tiket komuter kat dalam lubang tiket LRT, malu beb, tak ayu dah lepaih tu.

Monday, December 3, 2007

Kerapu Bagan Hailam

semalam saya gi Bagan Hailam dan pegi memancing kat kolam bayar. Dapat sekor ikan kerapu dengan berat kira-kira 3.5 kg.

Lagi dua ekor terlepas, satu ikan siakap, satu lagi ikan jenahak.



Friday, November 30, 2007

Eye On malaysia sebelum kau di bawa pulang



masa saya naik eye on malaysia, tak takut pun, tak gayat lansung.



saya sibuk amik gamba jer. naik lif lagi seriau dari naik eye on malaysia ni.

Wednesday, November 28, 2007

bercuti di Teluk Batek

memula saya nak sewa apartment 2 bilik tapi bila kompom balik katanya pekerja yg menguruskan dah berenti, saya pun datang awal dan pegi riki jumpa la satu tempat dengan apartment 3 bilik, sewa munasabah, sarapan percuma utk nam org.


gambar aeroplane tengah berehat

yang paling penting swimming pool nya bukak dari jam 7 hingga 10 malam. sangat sesuai untuk perenang olimpik cam saya.


bersiram di kolam

saya asik mandi kolam sampai selesema. mandi laut tak pun.


naik bot jenjalan ada.

Thursday, November 22, 2007

Bunga







Tuesday, November 20, 2007

Adik dah sedia



adik dah sedia nak gi berenang kat laut ngan kolam renang, tapi baju renangnya longgar la pulak.

tapi tetap cute cam mak sedaranya.

Monday, November 19, 2007

Pesta Chuichak

saya, driver dan adik lelaki saya pegi ke Chuichak untuk melihat pesta menangkap ikan bila padi dah masak.

air sawah dilepaskan, org berkumpul menjala ikan dan menggagau udang galah.

wow best1 saya tengok aje sambil sun bathing, panas giler, tapi demi minat ku teruskan juga.

hasilnya saya dan hitam legam.



Wednesday, November 14, 2007

Sialan Semalam

2024.Pecah Amanah.

Tuesday, November 13, 2007

Teluk Nipah Pangkor

Hari ahad saya ke Pangkor, naik feri tambangnya RM10 pegi balik, kemudian naik teksi van pink satu hala ke Teluk Nipah RM10 lagi.

duduk tepi pantai, bawak tuala, baju mandi tapi tak mandi sebab maleh nak salin baju.

nak naik jet ski, tapi rasa cam mahal sangat dan tak berbalaoi RM180 sejam.

makan laksa, sedap.

tak dapat tangkap gambo sebab kamera tertinggal dalam kereta sebab kereta teringin nak pinjam dan sebab tuan punyanye pelupa makan kepala ikan ngan terminum air bersemut.

balik, singgah tangkap gambo kat taman paya bakau cuma dari cermin kereta, maleh nak turun, ramai sangat peminat monyet kat sana.

dalam perjalanan singgah Rosegar, beli Tiramisu, makan dalam kereta, sampai ari ni tak abis lagi kek tu.

Friday, November 9, 2007

Letih

hari selasa gi Penang, hari Khamis gi Aquaria & Eye on Malaysia. Penat woooo... peh tu gi Suria, gi IKEA, gi the Curve, peh tu gu lak pasar malam, tadi gi Giant.

Walaupun shopping ni minat utama kaum wanita,tapi penat juga kalau dibuat beberapa hari berturut-turut.

Nanti-nanti saya letak gambo - gambo sepanjang perjalanan saya.

tak brapa menarik gambarnya tapi cukup la sebagai kenagn di masa tua nanti.


Gambar katak besar kat Aquaria, pehanya sedap dimasak kicap(menurut kat papan kenyataan didepan kandang katak tersebut)

Friday, November 2, 2007

kAMERA BARU KU

semalam saya gi beli kamera baru, oh bestnya, impian ku dah tercapai.

sekarang ni sibuk belanja orang, ari2 belanja org, umah terbuka tak pegi jugak.

cadangnya esok nak gi beli rantai ke, gelang ker.

hujung bulan ni pulak nak melancong sekeluarga, mak abah adik, kakak, abang, anak -anak sedara, adik ipo. kakak ipo, sedara ipo dan sebagainya. hotel dah tempah.





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU

[BULAN] January 2004
[BULAN] February 2004
[BULAN] March 2004
[BULAN] April 2004
[BULAN] May 2004
[BULAN] June 2004
[BULAN] July 2004
[BULAN] August 2004
[BULAN] September 2004
[BULAN] October 2004
[BULAN] November 2004
[BULAN] December 2004
[BULAN] January 2005
[BULAN] February 2005
[BULAN] March 2005
[BULAN] April 2005
[BULAN] May 2005
[BULAN] June 2005
[BULAN] July 2005
[BULAN] August 2005
[BULAN] September 2005
[BULAN] October 2005
[BULAN] November 2005
[BULAN] December 2005
[BULAN] January 2006
[BULAN] February 2006
[BULAN] March 2006
[BULAN] April 2006
[BULAN] May 2006
[BULAN] June 2006
[BULAN] July 2006
[BULAN] August 2006
[BULAN] September 2006
[BULAN] October 2006
[BULAN] November 2006
[BULAN] December 2006
[BULAN] January 2007
[BULAN] February 2007
[BULAN] March 2007
[BULAN] April 2007
[BULAN] May 2007
[BULAN] June 2007
[BULAN] July 2007
[BULAN] August 2007
[BULAN] September 2007
[BULAN] October 2007
[BULAN] November 2007
[BULAN] December 2007
[BULAN] January 2008
[BULAN] February 2008
[BULAN] March 2008
[BULAN] April 2008
[BULAN] May 2008
[BULAN] June 2008
[BULAN] July 2008
[BULAN] August 2008
[BULAN] September 2008
[BULAN] October 2008

PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer