|
Berpuisi???
Tahukah anda dengan berpuisi boleh meningkatkan IQ anda? Kajian ini telah dilakukan oleh saya sendiri sebagai RO (research officer), baru sekejap tadi. dengan berpuisi akan tampaklah kehebatan anda bermain dengan kata2 dan anda akan berketrampilan yang menakjubkan. namun begitu, saya sendiri tidak mahir berpuisi, dengan itu jatuhlah saya dalam golongan IQ sederhana cuma. saya teringat masa saya belaja dlu, saya penah jadi SA (student assistant utk student PhD) ataupun lebih tepat lagi kuli batak bakal Dr. falsafah. tugas saya termasuklah mencuci alatan makmal, ambil air suling, buat larutan asid, alkali, timbang bahan2 kimia, menaip tesis dan lain lain yang berkaitan. walaubagaimana pun pada ketika itu, saya dibayar RM15 sehari, tak kira la brapa jam saya kerja hatta sejam pun tetap akan dibayar RM15, sebabnya boss saya pada ketika itu baik orgnya dan cun. tugas saya pada ketika itu termasuklah mengendalikan bahan beracun iaitu sianida. saya tengok tangan boss saya semacam jer mengelupasnya akibat bahan bahan kimia yg digunakannya. saya risau gak, tapi dah tersain kontrak terpaksa la teruskan. namun begitu, saya dapat pengalaman berharga iaitu cemana nak basuh bikar, tabung uji dengan berjayanya...ekekkeke. pengalaman tak berharga pula, saya lebih maju dalam mengetahui skandal2 yg berlaku dikalangan pensyarah2 pada ketika itu. Dasat.... am dah menunjukkan 6.10 minit petang, tetapi saya masih di opis, driver saya tak sampai2 lagi. kalau lagi sepuluh minit dia tak sampai, akan melalutlah saya lebih jauh lagi.....
kali terakhir diubah pada: Apr 12, 2004, 4:04
Add a comment
|