|
bercuti di Lubuk Timah
hari Rabu nan lalu, saya telah pergi bermandi manda di kawasan perkelahan Lubuk Timah, Jln Ipoh-Cameron HIghland. best wooo... penah ke korang pegi? kat sini ada air sejuk dan panas. tempat ini popular untuk org tetua pada hari2 biasa dan juga popular kepada org2 muda pada hari2 luarbiasa iaitu sabtu, ahad dan cuti am. org2 tetua datang seawal 6 pagi untuk mencelupkan badan mereka ke dalam air suam2 milo di sana. mengikut cerita org tetua yg berada di situ, aktiviti ini dipelopori oleh urang2 ashly yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut (ada banyak pos kat kawasan berhampiran termasuklah pos sungai Raya, sungai PIah). menurut org tetua tersebut lagi, air di kawasan tersebut berpotensi untuk menghilangkan penyakit2 org tetua seperti lenguh2 badan, gout dan lenlain lagi. disamping itu. di kawasan berhampiran, terdapat mata air yg mengeluarkan air yg berkhasiat daripada perut bumi. menurut laporan, setiap hari berpuluh2 org beratur untuk mengambil air tersebut untuk dijadikan minuman harian. melalui wawancara yg dijalankan dengan seorang urang ashly yg tak sempat saya tanya namanya, dia mengatakan "buat apa minum air paip, lebih baik minum air ini, bersih lagi menyihatkan, kalau masak air paip pun tak syetanding dengan ini air, lagipun free ajer". selepas itu saya sempat mewawancara beberapa makcik dan apek yg sedang beratur menunggu giliran. salah seorang berkata " aiyok sini manyak wangi dan sedap. kalau simpan satu bulan pun aaa, tak de keladak wo, manyak bagut wooo!, saya sini ari2 juga lepas balik keja wo!" seorang makcik pulak berkata " dah 2 tahun makcik minum air ni, mmg bagus, senang je rasanya air ni mengalir kat tekak tak macam air paip dan paling penting, makcik tak payah beli mana2 penapis air, lagipun anak2 makcik suka minum air ni, diorang tanak minum air lain dah" itu dia wawancara yg sempat saya petik daripada lawatan saya tersebut. di sana saya telah bermandi manda air panas di dalam kolam2 kecil yg telah disediakan, selepas itu saya mandi air sejuk pulak kat sungai. cam ais !!!! sejuknyer menusuk ke daging batang pinang! selepas puas bermandi manda, saya teruskan dengan aktiviti memancing ikan di kolam berhampiran, iaitu Sungai Piah Fishing Pond, bayarannya murah sahaja iaitu RM18 selama 3 jam pemancingan. ikan2 yg terdapat disini termasuklah ikan patin, ikan ara, ikan keli afrika, baung, tongsan sisik, tongsan hitam, ikan haruan, ikan pacu, puyu, tilapia, jemuduk, layaran dan pari harimau......ekekeke yg tiga terakhir tu acah ajer. persekitaran di kolam ini agak menarik dan beragin, disamping anda dapat melihat kabel2 elektrik bervoltan tinggi ....ekekekkeke. itu sajer laporan sayer mengenai percutian yg saya alami. sekian. terima kasih.
kali terakhir diubah pada: Apr 14, 2004, 21:30
Add a comment
|