|
RM lime puloh
semalam, rakan sekerja saya telah melawat ke sebuah tapak semaian (nursery) yg menjual bebunga, pokok bunga dan juga pasu2 bunga. dia telah membeli 2 bijik pasu bunga kecik yg berharga RM1.30. jadi jumlahnya ialah RM2.60. dia telah memberi RM10 ringgit kepada tokey dan tokey telah membayar bakinya sebanyak RM7.40. kemudia dia pun berlalu pergi daripada nursery tersebut, di dalam kereta, dia hendak memasukkan duit lebihan tersebut ke dalam dompetnya. semasa dia hendak memasukkan wang tersebut, dia dapati duitnya telah bertambah menjadi RM56.40. adakah tokey tersebut org bunian? tapi selalunya, kalau org bunian bagi duit, duit itu akan berubah menjadi daun kayu. maknanya tokey tersebut bukannya org bunian. jelas sekali tokey tersebut telah tersalah anggap RM50 tersebut kepada RM1. sebab duit yg diberi iailah sekeping RM5, sekeping RM1 dan sekeping RM50 dan dua keping syiling 20 sen. rakan saya terasa kesian kat tokey tersebut dan ingin memulangkan wang itu, namun dia telah memasuki Highway dan agak jauh dari lokasi tokey.atas faktor itu dan juga faktor keewangan meruncing. rakan tersebut buat2 tak tau jer dan meneruskan perjalanannya. akhirnya dia sampai ke satu kedai sidi (cd) dan dia membeli secara borong VCD yg berharga RM2 sebanyak 10 keping dan jumlah wang yg perlu di bayar ialah RM20 tetapi tokey (lagi sekali bukan pakcik atau aya) itu mengatakan jumlahnya ialah RM8, rakan tekejut sekali lagi, namun tokey cepat2 membetulkan jumlahnya yg masih tetap salah iaitu lapan belat linggit...., rakan membayar dan tersenyum lagi...dapat lagi RM2...ekekekke sama ada semalam adalah hari bengong tokey se malaysia atau hari rezeki tak halal bagi rakan, saya tak tau la....... apa pun tahniah dan takziah daripada saya untuk rakan.....ekekekke a/s saya dengar rakan nak mencuba lagi nasibnya kat kedai tokey yg lain...hari ini
kali terakhir diubah pada: Apr 14, 2004, 21:45
Add a comment
|