|
Tingkatan 2A
masa umur pat blas tahun, saya masuk tingkatan 2A. masa tu saya sekolah sesi petang. Lepas habis sekolah, saya tak balik asrama tapi saya gi keluar pagar sekolah dan pegi beli aiskrim ngan kengkawan yang suka makan aiskrim (sekarang saya dah tak brapa suka makan aiskrim.) Mengikut akta 2 kurungan 3a sekolah saya, pelajar tak leh keluar pagar...kene duduk dalam kawasan sekolah sahaja....kalau tidak akan menerima hukuman seperti yg saya alami. pada petang yang malang itu, saya dan 4 lagi rakan yg 'baik' telah pegi membeli aiskrim. sewaktu pulang, kami nampak ada satu lembaga bercekak pinggang dekat atas bukit jalan menuju ke asrama. jantung satya berdebar2, setelah hampir barulah saya dapat nampak jelas warden aspuri iaitu Cikgu Da'yah (atau nama timangannya 'dakyah komunis' (DK)yang telah saya berikan padanya secara rahsia (mintak maaf yer Cikgu Da'yah). beliau mencekak pinggangnya yang ramping bak kerengga, walaupun beliau teramat garang selayaknya nama timangan yg saya beri, namun beliau merupakan seorang wanita yang cantik. (selalu pakai gaun, ngaja bahasa Inggeris la katakan) saya dan geng2 tak dapat mengelak lagi......kami terpaksa lalu berhampiran dengan DK dan beliau telah memerintahkan kami berlima berdiri dalam satu bulatan dan saya terpaksa berdiri di sebelah kanan beliau. pada masa itu, aiskrim yang telah dibeli masih belum habis dimakan. DK telah membebel macam2 dan marah2, saya termengalamun sekejap sebab bebelannya panjang sangat. tiba2 saya terkejut dari lamunan kerana saya rasa ada cubitan yg hinggap di tangan saya, kemudian cubitan itu hinggap pula ke tangan kawan2 yg lain. dan 2 kali lagi cubitan itu hinggap kat tangan saya. selepas itu kami pun pulang ke asrama.kami pun membicangkan kejadian tersebut dan telah berjanji takkan menceritakan dengan mana2 rakan sehostel sebab kami malu....ekekkeke dan kemudian saya timbulkan persoalan....kenapa saya kene cubit 3 kali berbanding rakan2 yg lain......adakah saya yg merancang perjalanan itu....TIDAK......saya ketua gengster.....TIDAK.... kemudian salah seorang rakan saya memberikan sebab kenapa saya kene cubit lebih dari org lain....... rupa2 nya aiskrim saya telah cair dan jatuh menimpa kasut dan gown DK yang vogue dan mahal....tanpa saya sedari........ selepas itu, saya dan rakan2 telah ketawa dengan sepenuh perasaan........dan berjanji akan pergi beli aiskrim lagi esok.....tapi ikut jalan lain......ekekkekekeke!!!!
kali terakhir diubah pada: Apr 26, 2004, 1:51
Add a comment
|