|
muka spirulina....
saya dah lama dengar pasal spirulina dan biasa baca iklan tentang spirulina. di opis lama saya, seorang pak haji menceritakan kisah ayahnya yang dah sangat tua, apabila mengambil spirulina kesihatannya bertambah baik. daripada tak berapa lalu berjalan dah pun berjalan jalan ambik angin depan rumah. operator opis (dah senior(tuo dah tapi bersuara lunak)) pulak cakap dia dapat kesan sampingan yang teruk, namun begitu dia masih makan jugak spirulina, katanya mula2 memang la gitu, nanti ok la. sekarang ni budaya spirulina dah menjangkit kat beberapa staff wanita (yang cuma 2-3 org jer lain semua lelaki) dengan tujuan untuk kelihatan cantik...terutamanya untuk menempuh gerbang persandingan nanti (ramai nak kawin bulan nam ni) yang saya perhatikan(ada la sorang tu), bila mengambil spirulina, semua jerawat kat muka keluar dan muka jadik berminyak minyak mengalahkan org minyak. sebelum saya tahu puncanya, saya ingat dia ni ada masalah ke, sakit ker, runsing ke, rupa2nya sebab mengambil spirulina. dengan sebab itu, setiap kali saya nampak wanita muda yg bermuka gusar, berminyak2 dan ber spot lightsss, saya akan bertanya dulu kot2 diorang pun amik spirulina. sekarang ni setiap org yg nampak kusut jer, akan dipanggil muka spirulina...... k/l: saya tak makan spirulina, saya nak makan free, nampaknya dah 2 hari berturut2 makan free ni. emmm...bestnyer....hari khamis ke jumaat ke...adiema lak nak bawak saya makan free. j/j: TQ adiema, ko jangan lupa kat aku lak...... saya gi makan dulu......ada org sampaikan khabar....: makan free hari ni lebih sedap dr semalam.
kali terakhir diubah pada: Apr 27, 2004, 21:47
Add a comment
|