|
hari Jumaat, cerita ikan
ikan saya yg bernama Tikan, dah semakin besar. tapi selera dia luar biasa skit. dia tanak makan makanan biasa2, dia nak makan benda yang pelik skit, yg slalu ada makan2 kat FEAR FACTOR tu... ikan saya ni nak makan lipas, lebih tepat lipas rumah. kalau saya letak je lipas, cepat je dia menyambar....cam sedap sangat. masalahnya ialah kat umah saya ni, susah sangat nak jumpa lipas, setakat lima ke nam bulan saya duduk kat rumah ni, lipas yg sempat saya tangkap cuma 2 ekor tapi yg tak sempat saya tengok tak tau la. slalunya saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangkap lipas untuk Tikan. saya akan menggunakan penyapu lidi dan mengejar lipas hingga ke luar rumah. pelet makan ikan tropika nampak tak berapa diperdulikan oleh Tikan, sehingga kan salur penapis airnya tersumbat. dedulu sewaktu saya masih rajin pegi memancing, saya banyak terpancing ikan flower-on ni, slalunya saya tak bawak balik ke rumah kerana ikan jenis ni cepat meninggal. pernah sekali, saya dapat kira2 sebelas ekor iakn flower-on, budak2 dari kampung berhampiran tempat saya memancing datang mengendeng2 dan tanya kat saya: "akak tu ikan flower-on kan", ala diorang buat tanya2, sebenarnya hendakkan ikan tu. setiap kali saya dapat menaikkan ikan flower-on, diaorang yang menjerit2. kesian tengok diorang, saya bagi lah salah seorang daripadanya seekor drp ikan yg saya dapat. bila sorang dah dapat, yg lain jeles pulak. kesian lagi, saya bagi lagi sorang da sorang lagi, setiap sorang dapt sekor, pas tu saya dapat menaikkan lagi ikan fower-on saya bagi lagi, pas tu diorang bergaduh sebab ada yg dapat dua ekor. last2 diorang wan-tu-som, ikut giliran setiap kali saya menaikkan flower on, sapa yg patut dapat. akhirnya diorang terpaksa blah sebab tokey kolam suruh diorang balik.kalau idak, habis flower on satu kolam tu diorang nak. rupa2nya diorang jual ikan tu kat tokey kedai ikan hiasan, patut la berebut2.
kali terakhir diubah pada: May 6, 2004, 21:21
Add a comment
|