|
Apasal????
waaa....dah 3 hari tak menaip kat blog ni. menggeletar jari nak menaip.....ekekekke. dari petang jumaat membawa ke hari isnin, kepala otak saya kurang dapat memproses maklumat sebab sakit kepala bukan sakit otak, kesan sampingan ubat yg saya makan. hari selasa masa cuti panjang tu, saya ada pegi ke sebuah klinik yg konon-kononnya best la sebab ada org rekemen. punya la jauh, kat hujung negeri. sesampai di sana, saya tengok kliniknya tak de la besar sangat, tapi bila masuk ke dalam kira ok la jugak. staffnya pun ramai. doktornya baik jugak. selepas sesi soal jawab. doktor tanya brapa tahun? saya hantam je cakap 2 tahun. dia pun buat test itu ini, dalam pikiran saya habislah duit aku....saya ader bawak RM150 ringgit jer, ceman kalau kene bayar lebih? malu la...kalau tak dapat bayar, nanti doktor tu crita la kat org yg rekemen tu....kekekke Last2 Doktor pun suruh la staff dia kasi ubat, namanya cam pelik je, pas tu siap cakap ubat ni mahal skit yer...aiyok sekali lagi....habis la duit saya.... pas tu doktor suruh tunggu luar sebab doktor nak bersembang dengan driver (diorang ni kawan lama).saya pun menunggu diluar dengan hati yg berdebar2 (takut mahal). semasa nak ambil ubat dan bayar duit saya cam ternampak seorang staff klinik tu bagi isyarat tangan kat cashier dia, pas tu bisik2 lagi. aduih...ni mesti mahal ni (saya cakap dlm hati). rupa2nya saya kene bayar RM50...kira banyak la tu, patut sepluh ringgit dah la...nasib baik tak melebihi duit yg saya bawak...agaknya driver mintak diskaun ngan Doktor tu kut..... bila balik umah, saya makan la ubat tu, memang sangat berkesan, tak sampai satu hari dah nampak kesannya. saya gembira la sebab tak de la membazir duit saya...tapi tak sangka la pulak kesan sampingannya sangat teruk. itu la org cakap, kalau nak baik tu mmg susah kene tempuhi berbagai cabaran....ekkekeke, yg penting sekali tentulah cabaran duit.......
kali terakhir diubah pada: May 10, 2004, 20:03
Add a comment
|