|
memancing yang terlarang
semalam lepas jer balik keje terus driver mengajak saya pegi memancing. kali ni lokasinya di sebuah tempat yg dah lama kami perhatikan.airnya nampak cantik jer, pas tu ader buih2 ikan. selepas puch card saya terus balik rumah mandi dan sebagainya lalu terus ke kedai alatan pancing, beli mata kail skit, beli umpan katak ngan cacing. saya bercadang memancing ikan kecik jer(umpan cacing) dan driver nak memancing ikan haruan. sesampai sajer di kawasan yang dimaksudkan, saya dengan penuh semangat telah memasang umpan cacing dan mula mencarik kawasan yg dijangka ada ikan. percubaan saya berhasil dan saya berjaya menaikkan ikan lampam. dengan tak sabar2 saya telah menunjukkan hasil tangkapan pertama saya itu kepada driver. sedangkan driver pada masa itu terkial kial memasang umpan katak. kemudian saya dapat seekor lagi ikan, ikan seluang. driver pula tiba2 terasa pancingnya disentap haruan, tetapi terlepas. kemudian driver membaling lagi umpan katak tersebut dan dapat merasan lagi satu tarikan yg ganas drp ikan haruan, tapi terlepas lagi. kemudian driver menukar mata kali kepada yg lebih kecil. saya kemudiannya dapat lagi sekor anak ikan patung dan tak lama kemudian driver dapat menaiikan ikan haruan yg agak kecil kira2 600 g, namun gaya tarikannya sungguh hebat. sedang driver cuba melepaskan mata kail drp mulut ikan haruan, tiba2 berhenti sebuah land rover berhampiran kami, driver land rover tu cakap: " minta maaf yer Encik kat sini tak leh memancing" driver jawab: " yer ker? tak de pun tulis tak leh memancing..... tu kat belah sana pun ader org mancing gak, tak kan sekejap pun tak leh???" drver land rover cakap: " memang tak boleh la Encik, kami kerja sini pun tak leh mancing, ini semua harta S*** Lag**n, nanti kami nak tangkap semua ikan ni dan ternak ini ikan balik la, hari itu...bla....bla...bla........ driver land rover terus membebel lagi sampai masuk pasal pekerja Viet Nam la dan macam2 lagi last2 saya pun jawab : " ok la saya blah la ni" pas tu driver land rover pun pegi ke kawanan ahli pancing lagi satu, agaknya dia pegi membebel kat situ plak. tak lama kemudian, semasa kitorg tengah berkemas2 alatan pancing datang lak security siap dengan uniformnya, nasib baik tak berhenti kat kitorg dan membebel kat kitorg lagi. tu la, syarikat bengong ni pun satu, lain kali buat la papan tanda besar2, DILARANG MEMANCING DIKAWASAN INI, HAKMILIK PERSENDIRIAN, kalau dah kene tanggal, betulkan la balik bukannya mahal sangat berbanding dengan gaji security yg reramai tu. lepas tu, kitorg pun blah dengan perasaan bengang, baru nak syok memancing dah kene halau balik. hari tu balik rumah dengan perasaan frust dan terus bukak TV main game bodoh bertajuk MAPPY.
kali terakhir diubah pada: May 11, 2004, 20:53
Add a comment
|