|
hari ni pun marah jugak.....
hutang -hutang pada org telah di bayar tetapi hutang kat bank ada yg blum bayar lagi. saya dah janji tak kan cakap tentang pekara yang satu ni, tapi menaip pasal pekara ni tak per la kut. tahun ini, saya dah berangan angan nak mintak cuti panjang skit, sebab tahun2 sebelum ni saya tak merasa nak bercuti lansung sebab belaja. tahun ni dah tamat belaja, ingat nak rileks kat rumah ker, mana2 tempat percutian ker. namun impian , angan dan harapan saya ini musnah....... ini disebabkan oleh seorang rakan sekerja yg membebankan tugasnya pada saya la pulak. inilah sikap yg sangat saya sanjung di kalangan rakan2 sekerja saya. dengan alasan nak bertunang. itu memang pekara yang baik, tapi tolong la rancang pekara2 sebegini, jangan membebankan org lain dengan kerja anda sendiri, saya tak kisah mengambil tugas rakan sekerja yg ada kursus2 yg perlu dihadiri, nak terberanak ke, nak kahwin ke (ini pun sebenarnya boleh dirancang, tapi masih boleh dipertimbangkan kerana melibatkan banyak pihak)..... sebelum rakan ini nak pergi bercuti, dia ada berjumpa dengan saya dan memberitahu hajatnya itu, kalau saya ni busuk hati, saya pun boleh mencipta alasan dan lari dari tugas yg sepatutnya. tapi setelah saya pikirkan dengan lebih teliti, sekiranya saya juga bersikap seperti dia, maka lebih ramailah org yg tak puas hati wujud kat tempat keje saya ini. ada rakan yg memperli saya kununnya berhati murni kerana masih menerima kerja tersebut. pada saya ini bukan masalah hati murni atau busuk, tapi prinsip saya, buat apa nak menyusahkan org yg tak bersalah (rakan sekerja yang lain), yg patut disusahkan ialah org yg bersalah tersebut. namun begitu, saya telah berjanji dengan diri saya, bahawa saya akan tetap menjalankan tugas tersebut dengan tersenyum. jadi dengan itu, pada bulan Jun ini saya akan tersenyum selama seminggu sepanjang masa saya menjalankan tugas tersebut. walaupun saya tahu betapa berat tugas tersebut, kerana sebelum ini saya dah banyak kali buat tugas tersebut. tak saya sangka2 kali ini saya terkena lagi, tahniah kepada diri saya sendiri. nanti, sewaktu rakan saya ni berpakaian cantik sambil menerima kunjungan tetamu dan juga kunjungan cicin pertunangan yg berkilauan, saya juga akan bekerja di opis dengan kilauan senyuman saya yang pastinya tak ikhlas......
kali terakhir diubah pada: May 24, 2004, 23:42
Add a comment
|