|
Beli pinggan mangkuk...
pagi tak buta tadi adiema ajak saya gi beli pinggan mangkuk untuk boss dan anak2 buahnya. membeli pinggan mangkuk merupakan misi penting bagi seseorang wanita. disini kita boleh belajar tentang tawar menawar, ketahanan sesuatu bahan kejuruteraan (terutamanya seramik) dan mungkin juga tentang barangan antik (yg tak laku setelah dikeluarkan 20 tahun yg lalu). bujet yg dijangka oleh adiema ilah RM3000, jadi tentulah pembelian kene berhati2 (chewah). saya jadi tukang menyibuk dan juga tukang kritik (keje yg sgt sesuai ngan org pompuan). misi ini diteruskan dengan memaksa bini tokey kedai mengeluarkan segala khazanah yg tersimpan dalam kedai pinggan mangkuknya yg bertaraf muzium. walaupun begitu, sepanjang berada di kedai tersebut, pelanggannya tak putus2 datang malahan ada chef dr hotel terkenal datang nak beli pisau..... semasa adiema sibuk bersibuk2 dgn bini tokeh, saya sempat membeli seplastik biji teratai dan mengunyahnya sambil melihat lihat barangan antik di kedai tokeh tersebut. dapat saya perhatikan satu set teko dan cawan bermotif strawberry, teringin rasanya memaksa tokey supaya mengeluarkan set tersebut, namun saya risau almarinya yg usang akan berantakan dan musnah di situ juga. lantaran itu saya batalkan keinginan saya lalu memilih dua bijik claypot sebagai ganti. balik umah nanti boleh la saya masak nasi ayam claypot walaupun ayamnya belum dibeli lagi. lepas habis memborong pinggan mangkuk, saya pun pulang ke opis dengan kaki yg lenguh2 dan mulut bergetah teratai.
kali terakhir diubah pada: May 26, 2004, 1:10
Add a comment
|