|
hujan lebat
diiringi hujan lebat semalam tercapai juga hasrat untuk bershopping. saya cuma sempat beli dua bekas air dan set garfu, pisau dan sudu teh berdiskaun 70%. semasa dalam perjalanan pulang adiema sempat bercerita kepada saya, salah seorang rakan seopisnya telah meluahkan perasaan terhadapnya. saya tumpang gembira dengan cerita tersebut. namun dengan tidak disangka2, di opis saya pun ada org meluahkan persaannya terhadap saya...ekekekeke.nasib saya dan adiema rupa2nya hampir sama minggu ini. walaupun saya dah tua bangka berbanding adiema, masih ada yg berminat pada saya nampaknya. malahan jejaka ini sanggup bersunat (dia hanya paham bila sebut 'potong' oleh rakan lelaki Melayu seopis) untuk memiliki saya. ini kerana dia berbangsa dan beragama bukan Islam. setiap kali berjumpa dgnnnya saya berasa rimas walaupun saya tahu itu cuma gurauan darinya. apapun saya boleh berlagak dengan adiema kerana buka dia seorang yg muda remaja saja ada peminat, saya pun ada jugak....ekekekekekke!!!!
kali terakhir diubah pada: May 27, 2004, 19:43
Add a comment
|