|
Hospital Bahagia
semalam tengah sedap2 tido petang atas sofa (sofe tido aras sofa), saya dikejutkan oleh satu suara yg bercakap dengan sangat kuat. terkejut beb! dah la masa tu ponteng keje (buat keje kat umah...ekekekeke). saya pun bukak tingkap skit dan mengintai, nampak sebuah kereta peronda polis...ALAMAK!!! takkan nak tangkap saya lak...rasanya tak buat salah....takkan sebab ponteng keje kut... polis tu bercakap2 dengan nyonya sebelah umah. rupa-rupanya dia suruh polis tangkap anaknya yg dah tak beetui dan hantarkan ke Hospital bahgia dengan harapan dia berbahagia di sana. saya terdengar polis tu mintak ngan nyonya tu seploh ringgit (bukan rasuah) sbb nak beli borang kat Hospital bahagia. masa mula2 saya pindah kat umah sekarang, saya mmg syak anak jiran saya ni ada masalah. anaknya semua lelaki, tak pernah saya nampak yg pompuan balik ker (kalau ada la kan). setiap pukul 4 pagi, saya akan terbangun sebab family ni akan start pegi berniaga, bunyi bising diorang start kete dan bukan pintu pasti tak lupa mengejutkan saya. sorang anaknya yg saya agak dalam awal 30-an asyik menyapu sampah dari dalam umah sampai ke luar. sorang lagi anaknya dalam 20-an pulak asik pasang radio ker tv ke kuat2 waktu mak bapak dia berniaga, vcd yg selalu dimainkannya ialah konsert Mariah Carey. sampai naik muak saya mendengarnya. pas tu kenkadang waktu malam saya dapat dengar salah seorang anaknya menjerit jerit sekuat hatinya, pas tu marah mak dia. waa...masa tu punya la takut...kut2 dia keluar dr umah bawak parang datang umah saya...ekekekke..selalu jer saya teringat ingat peristiwa org mengamuk, takut jadik kat saya lak. lepas ni (agaknya la), tak yah saya rasa takut kene bunuh ngan org gila lagi sbb dia dah di hantar ke tempat yg sepatutnya, cuma tinggal yg suka sapu sampah jer...itu tak kisah sangatkan, sbb dia pembersih...tapi ada jugak org gila sbb pembersih sangat, jangan dia datang umah saya dah la........
kali terakhir diubah pada: Jun 1, 2004, 21:25
Add a comment
|