|
Exam
saya teringat la masa belajar dlu, waktu exam. Waktu yg paling saya menyampah lagi benci. Saya tak suka tanya pensyarah apa soalan masuk masa exam sebab saya tak penah study awal, nanti pensyarah tu tanya balik kat saya, nanti saya menggelabah sbb saya tak tau tajuk yg dia sebut tu ada dlm bab mana. saya tak suka buat 'toyol' sebab saya tak reti buat 'toyol' lagipun kalau nak buat menda tu kene baca nota dlu. waktu org baca buku utk exam, saya tidur sbb saya susah hati nanti tak tahu cemana nak jawab exam. bila org tido, baru la saya tengok2 nota yg diphotostat drp org lain, kenkadang tak faham pun tulisan lalu saya pun buat hipotesis sendiri. tak sampai separuh saya tengok2 nota, jam dah pun pukul 6.oo pagi. Masa tu peluh betina ngan peluh jantan mula keluar walaupun cuaca pagi sejuk sangat. kawan2 yg lain pun dah start bangun, mandi, solat dan ulangbalik fakta2 penting dan topik spot. saya pulak dah mula mengantuk rasa nak tido. pas tu pegi ke dewan peperiksaan ngan kengkawan. kengkawan ketawa suka hati sambil bersembang sembang tunggu pintu dewan di buka. saya pulak sibuk mengingat formula2 sambil sibuk tanya org simbol2 tu apa maksudnya. bila dlm dewan org lain sibuk isi borang kehadiran, saya lak sibuk menulis balik formula yg baru diingat sebentar tadi (slalunya ingat separuh jer, yg atas ingat, yg bawah ingat, yg tengah2 lupa la pulak) bila org mula jawab soalan, saya pulak salin balik soalan sbb jawapan tak mau keluar dari kepala otak. (kenkadang lukis muka org jaga periksa) bila org dah siap jawap, baru la otak saya berfungsi mengeluarkan balik huruf2 yg saya tengok kat nota yg diphotostat tadi. baru saya nak jawap soalan kedua, penjaga peperiksaan kata masa tinggal lima belas minit. saya jadi gabra, tangan menggigil sampai tak leh tulis. pas tu saya dah tak leh berpikir menjawab soalan lagi, saya pun tulis nota kat bawah mukasurat kertas exam: " Dr. **** tolong kasi saya lulus, please! please! please! Lulus pun cukup la." "p/s: Dr. **** memang ensem" "saya dahului dengan ucapan terima kasih." kalau pensyarahnya foreigner terpaksalah saya memerah kepala otak mengeluarkan karangan belas kasihan dalam bahasa kedua iaitu bahasa penjajah, kang tulih melayu tak paham pulak, saya gak yg susah. bila tau jer keluar result, org lain sibuk telepon no teleuni ke, teledera ker, pas tu dengar suara yg dirakam bagitau result. pas tu diorang ketawa gumbira. saya lak tanak telepon sbb takut terima kenyataan. bila masuk sem baru, org lain sibuk mendaftar subjek2 baru, saya lak pi mendaftar balik subjek2 lama sebabb kene repeat paper. pas tu kene pi jumpa Dekan, mintak belas insan nak amik credit hours lebih, pas tu kene caci, maki, hina lagi. pas tu, saya rasa baik tak yah blaja, jutawan, ribuan kat dunia ni banyak yg asalnya tak blaja tinggi pun. saya pun balik kampung tanam jagung, tapi sampai sekarang tak kaya2, esok kut saya jadi org berjaya dan kaya....ekekekekkeke
kali terakhir diubah pada: Jun 2, 2004, 3:08
Add a comment
|