|
Misai : seekor kucing
Kucing saya namanya Misai. nama itu diberi oleh saya sebab di bawah hidungnya ada tompok hitam seperti kumis manusia .Misai berwarna putih dan hitam. Selain daripada misai, Misai juga juga ada tompok hitam di dadanya (bulu dada). Misai ini kucing jantan. Misai diberi oleh peminat saya yg suka mendera kucing. saya kasihankan Misai dan setuju mengambilnya sebagai haiwan peliharaan. Misai tak nak makan nasik. dia hanya makan ikan kembung saiz kecik, saya tak slalu beli ikan kembung, lagi pun mahal. Saya juga tak boleh bagi Misai makan nasik sebab saya jarang2 masak nasik. Lalu saya bagi Misai makan makanan dalam tin, mahal dan cepat rosak. akhirnya saya belikan Misai biskut untuk kucing. Misai makan biskut itu, tapi sikit sajer. setiap hari saya akan letak bungkusan biskut tersebut di tepi tangga bersama dengan semangkuk air paip. Sebabnya bila Misai makan biskut dia akan dahaga.Misai tak akan makan makanannya kalau tak disuruh. setiap kali saya nampak dia saya kene cakap: " Misai, meh makan", dia akan pandang muka saya dan pegi makan. setaipa bulan saya cuma perlu membelikan sebungkus biskut kucing yg beratnya 1.5kg sahaja untuk Misai. Misai ini seekor kucing yg jimat. Misai akan ikut ke mana saja saya pergi kecuali keluar pagar rumah saya. kalau saya pegi toilet pun dia nak ikut.waktu malam dia akan ikut saya naik tangga menuju ke bilik tido dan dia nak tido atas katil. saya tak suka lalu saya letak dia kat luar pintu bilik. Misai akan tidur, di depan pintu bilik sampai pagi. besoknya saya kene tolak pintu dengan kuat sebab dia baring depan pintu dan menghalang laluan. Suatu hari, saya kene pegi belajar kat tempat yg jauh dan tak boleh bawak Misai sekali. Saya terpaksa eksport Misai ke rumah mak saya. Mak saya suka kat Misai sebab dia baik dan mendengar kata. bapa saya yg tak brapa suka ngan kucing juga ada cakap Misai comel sebab mata dia bulat. Selepas habis pegi belajar, saya cakap nak amik balik Misai dan bawak ke rumah saya. Mak saya cakap jangan la. Mak saya kata nanti saya tak jaga dia betul2. sebenarnya mak saya suka kat Misai dan tanak bagi saya balik. Selepas itu mak saya paksa saya beli biskut kucing setiap kali saya telepon dia. saya suruh mak saya bagi jer Misai makan nasik. Tapi mak saya kata keisan kat Misai. Sebenarnya kesian kat kucing2 dia yg lain yg dah mula belajar makan biskut kucing. Baru2 ini bila saya balik ke rumah mak saya, Misai buat tak tau jer kat saya. dia dah berlagak sejak duduk ngan mak saya. kalau dulu bila saya panggil namanya dia terlompat lompat dan berlari datang ke saya. Sekarang ni Misai makan nasik dan kelihatan lebih gemuk drp dulu.
kali terakhir diubah pada: Jun 9, 2004, 2:09
Add a comment
|