|
Sofe di Cameron Highland
termakbul jugak impian saya nak gi Cameron, dah lama saya tunggu peluang ni. kali terakhir saya gi CH kira2 5 tahun yg lalu, nampaknya tak banyak perubahan berlaku kat CH ni terutamanya Tanah Rata. Masa saya pegi dlu, dekat belakang bangunan tempat saya menginap tu baru mula projek pembinaannya, nampaknya sekarang ni dah jadi cam projek terbengkalai. dengar cerita kat sini pembangunannya dah melampau, tak de pun, cuma saya dapat perhatikan Tasik yg slalu masuk Tv tu mmg dah jauh berubah dr dulu, nampak berkeladak dan dah tak dlm, boleh nampak dasarnya kalau di pandang dari atas jalan raya. saya datang ke CH ni sensorang, naik bas lagi. berjaya jugak saya sampai ke sini. masa naik bas tu ada gak rasa cam nak termuntah, bukannya sebab pening tapi sebab bau org yg duduk kat kerusi depan, nak kata busuk sangat pun tidak, tapi baunya tu boleh menggalakkan apa2 yg di dalam perut terkeluar kat mulut. Saya tak kemana setakat hari ni, cuma kat Tanah Rata saja. rasa cam malas jer nak join tour yg harganya cuma RM15 untuk 4 jam. sebab masa dlu saya dah penah ikut tour ni, rasanya boleh ingat lagi tempat2 yg dah pgi tu. lagipun bukannya banyak sangat duit yg saya bawak, baik saya tido dlm bilik sambil menikmati udara nyaman dan sejuk tu. aktiviti yg saya buat kat sini cuma beli majalah dan pegi baca kat Taman bunga yg ada jam besar tu ajer, sambil2 tu tengok bebudak main permainan yg ader kat situ. slalu saya dengar org cakap, udara kat CH ni dah tak sejuk, tapi masa duk kat taman tu saya rasa sejuk ajer, tak tau la kat tempat lain. ramai jugak nampaknya org datang ke CH hujung minggu ni walaupun cuti sekolah dah abis. Yg saya nampak banyak di jual kat Ch ni tak lain tak bukan tentulah durian, nampak cam best jer duriannya, tapai tak terliur pulak rasanya nak makan durian. sebab boring agaknya. Tak tau la nak bebel apa lagi, slalunya on-line free ajer, kali ni kene bayar la nampaknya. dlm CC ni cuma ada saya ngan sorang mat salleh dan yg kedengaran ketika ni cuma bunyi keyboard ni ditekan2 oleh jemari saya. ermmm...tak tau la bila saya nak balik umah yer, kalau dah samapi CH ni selalunya rasa malas nak balik. kalau boleh nak duk sini lelama.
kali terakhir diubah pada: Jun 19, 2004, 4:27
Add a comment
|