|
kITAR SEMULA
Ni kawan saya la yg cakap. meja saya kelihatannya seperti pusat kitar semula, cuma tak de tong2 berwarna membezakan mata tempat kaca, kertas dan lain2. . kenkadang ada jugak org kata macam kantin, sebab sesiapa yg bawak makanan mesti nak makan dekat2 ngan meja saya, pas tu letak bekas makanan atas meja saya padahal masa makan tak jemput saya makan sekali pun.....tin2 biskut pun banyak, ada yg ada isi lagi, ada gak yg dah kosong...bila saya letak kat tong sampah, ada pulak tah sesapa yg letak balik dekat2 meja saya. kerusi komputer saya pulak, tempat sandarnya dah nak tercabut, kawan2 seopis kata sebab saya pengguna paling kerap komputer, semua tu yg org cakap, tapi saya ada penerangan untuk semua yg org cakap tu tak btul: meja saya berselerak sebab saya rajin carik bahan dan rujukan untuk menyiapkan kerja2 saya bukan buat gitu2 ajer, pakai hipotisis sendiri. Meja saya jugak macam kantin sebab saya ni pemurah, sebab dulunya saya yg slalu bawak makanan bagi kengkawan makan, jadi kengkawan teruskan amalan tu dan menjadikan tempat org paling baik hati iaitu saya sebagai tempat menjamu/bersedekah pada kengkawan, saya tumpang berkat. kerusi komputer saya hampir rosak kerana banyak org datang kat saya tanya tang hal2 kerja dan saya pulak mempunyai rekod lengkap dan juga dokumen2 yg diperlukan dalam urusan kerja dibandingkan dengan org lain, kira komputer saya ni tempat rujukan yg lengkap dan teratur la, dan juga org lain perlukan khidmat saya untuk tengok2 semua tu sbb nak tengok kene pakai passwordkan.....pas tu saya kene la duduk masa nak buat semua tu, takkan nak berdiri kut, lain la komputer tu letak kat atas almari....tu sebab la kerusi saya rosak, kalau nak kata sebab saya berat...hampir tak logik, kalau sebab berat tentulah kaki kerusi yg patah....idakpun tempat duduk...ni cuma tempat sandar.....(sebab ramai org bersandar pada kerusi saya) dan yang terakhir, saya mmg suka puji diri saya sendiri........sebab saya best....
kali terakhir diubah pada: Jul 8, 2004, 0:21
Add a comment
|