|
berakit rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
masa saya bebudak dulu, saya selalu tanya kat mak saya kenapa kita kene beranang bila nak ke tepian sedangkan kita ada rakit, dan mak saya akan memberikan penjelasan secara terperinci, namun begitu saya tetap tak paham. mak saya selalu cakap saya ni mmg banyak bertanya, cikgu saya pun cakap cam tu jugak. kenkadang ada org cakap saya ni tanya soalan kat diorang cam Polis menyoal penjahat. masa zaman saya belaja dlu, saya pernah mengikut satu XPDC berakit kat Sungai Kelantan. Dari Dabong ke Kota Baharu. Memula sampai kat dabong tu, turun2 je dr bas terus kene menyebrang sungai naik sampan ada enjin. kecik jer sampannya, masa tu saya terpikir...kalau la sampan ni tebalik, cemana yer, saya nak berenang ke arah mana yer....beg dah la berat, namun begitu saya sampai jugak ke seberang sana begitu jugak dengan kengkawan yg lain. Malam itu kami tido kat sekolah Dabong tu, ada ceramah dr JPS Kelantan tentang keselamatan air. Besoknya pagi2 lagi kami pun naik rakit buluh, satu rakit brapa org saya pun tak ingat. punya la susah rupanya mendayung rakit ni, penat giler, patut la org tua2 dlu cakap berakit-rakit ke hulu, pas tu berenang-renang ke tepian. kenkadang rakit yg kami naik tu ditarik oleh bot berenjin, masa tu la dapat relek skit. bila malam kami berhenti kat tebing sungai dan bina khemah dan tido kat situ sambil ada aktiviti persembahan la,dan cemacam lagi. hari yg ketiga kami sampai ke sebuah kampung, dekat situ kami akan dapat keluarga angkat dan menjalankan aktiviti baktisiswa la pulak. kat tebing sungai kg tu ada ramai org kampung yang menunggu anak2 angkat untuk di bawa pulang ke rumah. macam2 rupa org kg ada kat situ. saya nampak seorang tua yang nampak macam best dibuat bapak angkat. masa tu saya sempat berangan angan agar saya dapat org tua tu sbg keluarga angkat.dalam ramai2 org tu jugak saya ada ternampak seorang lelaki yg agak muda berseluar jeans dan nampak rugged, saya kata dlm hati: " takkan la org cenggini pun nak amik anak angkat, harap2 jgn la aku jadi anak angkat dia". selepas itu diadakan sedikit ucapan daripada wakil kg dan nama peserta XPDC dipanggil dgn nama keluarga angkat. seorang demi seorang peserta klua dan berjumpa dgn keluarga angkat. saya menunggu giliran nama saya dipanggil dengan hati yg berdebar debar. akhirnya nama saya dipanggil dan nama keluarga angkat saya disebut. saya tak brapa dengar nama keluarga tersebut kerana suasana agak bising ketika itu yang saya dengar cuma, "tokey karpet". saya nampak pemuda yg berseluar jeans tu yg keluar ke depan sbg keluarga angkat saya. punya la terkejut. impian saya untuk mendapat keluarga yg tua dan best hancur musnah dan yg paling saya tak larat saya kene naik moto ngan 'bapa angkat' saya yg muda remaja untuk balik ke rumahnya. samapai di rumah saya diperkenalkan dengan 'mak angkat' saya yg juga muda remaja lagi cantik jelita. 'bapak angkat' saya suruh saya panggil dia "abah", 'mak angkat saya diam ajer jadi saya panggil dia "kakak". keluarga angkat saya ni terdiri daripada suami isteri tadi, 4 org anak yg comel dan seorang nenek yg sangat garang tapi baik hati. akan disambung.......
kali terakhir diubah pada: Jul 15, 2004, 0:01
Add a comment
|